-Disebalik...Lens@ Kehidupan-

" -Pelbagai Kisah Mampu Diungkapkan.....-"

Lens@bah_izz

Minggu Yg Busy..Rumah Oh Rumah !

Published by ab@h_Izz under , on Tuesday, April 19, 2011
 -
Busy ke ? Tak der lah sangat, cuma pening2 lalat jer uruskan mcm2 hal ! Alkisah ummi_izz br jer dpt cari umah sewa tuk menempatkn perabot2 yg ade. Yelah skarang abah_izz dah x de, so ummi_izz stay ngan famili dulu. Nak tggal sorang ngan ank yg kecik2 tu takut la plak.

Bukan sng nak cari umh sewa kat area Subang Jaya ni. Mak aii nak sewa rumah flat tu je pun dh cecah RM600. Mcm x berbaloi jer..klu just nak letak brg jer! Tapi cari pnya cari akhirnya dpt lah gak umah sewa kat area Saujana Putra atas sikit dr Putra Heights. Kat ctu sewanya ok lg sbbnya jauh sket dari shopping mall dan belum ade bnyk pembangunan...

Dlm ummi_izz sibuk nk masuk umah sewa bulan depan, aku tgh duk berkira2 nak cari penyewa baru tuk umah sewa abah_izz & ummi_izz kat BBR, Klang. Nak cari yg memenuhi kriteria ! Buat masa ni ummi_izz masih sayu lagi akan kenangan kat umah BBR. Kami hanya sempat duk kat ctu setahun jagung je !

kat cnilah ummi_izz skluarga duk berehat tenangkn fikiran
Bercakap ttg umah plak, just nk kongsi info ni. Jika berlakunya kematian, harta tak alih contohnya rumah, biasanya ader MRTA iaitu insurans gadaijanji. Bermakna hutang rumah tu dah ader yg cover. So tak perlu risau. Tapi depend juga pd kes. Lets say pinjaman rumah tu dibuat atas 2 nama contoh suami isteri, so klu salah seorg meninggal, bermakna separuh dari baki hutang yang ada perlu dibayar oleh peminjam yg satu lg.

Itu br nak settle kan insurans rumah lum lg yg lain2...1st thing mestilah nak settle kn benda yg beso dulu. Ye lah rumah kan kpluan asas...lg plak harga rumah skarang ni dah macam tak reasonable langsung. Just imagine dgn RM300 ribu dlm keadaan skarang ni pun belum tentu boleh dpt rumah teres 2 tgkat kat area2 yg membangun. Lg plak klu developer nya mmg dah terkenal... Share

Nak makan kek...

Published by ab@h_Izz under , on Sunday, April 10, 2011
-
"Ummi, buatlah kek macam yang masa abah ader dulu...". Huh anak2ku dah mengidam rupanyer ! Nasib bek bukan aku yg mengidam. Rayuan ank2ku begitu 'power' tak sampai hati pulak nak menolaknya. Mungkin diorang pun prasan aku x semangat masuk ke dapur cam dulu lg. "Berilah sedikit masa pada ummi yer, wahai ank2ku..." hati kecilku berkata.

Kenangan 4 thn lps, abah_izz musti beli kek time besday ank..sajer suke2 !
Sepanjang aku menjadi full time house wife slama 8 bulan, aku manfaatkan masa lapang ku dengan blaja membuat biskut2, kek dan kuih muih. Tak attend kelas formal pun. Anganku nak tunggu ank dah beso sikit, br nk serius dlm bidang ni. Tapi jodohku pada kerjaya cikgu rupanya lebih kuat. Kalau dikenang2kan, abah_izz la yg berhajat sangat aku menceburi bidang perguruan ni sehingga dia sanggup tgk aku pergi buat KPLI selama setahun. Aku pulak sejak berkawen pntang kena berjauhan dgn abah_izz. Sanggup buat rayuan pd kolej IBMM tak nak tinggal asrama. Apatah lagi time tu aku dah ade anak sulungku. Aper klass nak duduk asing2 ni..

Time jd weekend housewife setahun lamanya, (skejap jer.. )skali lagi stiap 6 bln skali aku apply nak tuko skola. Tp x dapat. Huhu..Aku siap kata lg kat abah_izz "ke mana jer abang pindah, sayang ngan ank2 tetap nak ikut abang, kecuali ajal jer dapat memisahkan kita ". Ayat dasat time tu, abah_izz tersenyum jer.

Ya allah kenangannya bagiku...ok lah berbalik citer kek tadi, ank2 aku dah siap makan pun. Puas hati tengok dorang gembira. Kalau la ader abah_izz, pastilah dia org pertama jd tukang rasanyer. Kenangan lg !!!!

Klu ader yg sudi nak try, klik la kat cni dapur ummi_izz tuk skodeng respinya. Jumpa lagi ! Share

Anda bersedih? Dengarlah...

Published by ab@h_Izz under , on Saturday, April 09, 2011
-

La Tahzan...Jangan bersedih wahai hatiku...sememangnya kita mudah bersyukur apabila dalam keadaan senang tapi amat payah bersyukur apabila kita ditimpa musibah. Bila dengar ceramah ni, terubat hatiku...

Share

Ilmu baruku...

Published by ab@h_Izz under , on Friday, April 08, 2011
Sejak kebelakangan ini aku banyak 'study' tentang ilmu yg berkaitan dengan faraid ni...Bukan apa yang pergi takkan kembali, tapi yg hidup inilah yang perlu mengurus kehidupan ini sebaik yang mungkin. Termasuklah mendokumenkan apa-apa yang patut untuk pengurusan pusaka arwah abah_izz kepada waris2 yang berhak.

Aku seakan tak percaya yang aku perlu berdepan dengan isu pusaka ni. Nak tak nak aku perlu memulakan langkah proaktif supaya pusaka arwah suamiku dapat diwarisi dengan cara yang baik. Mudah-mudahan...

" Pusaka bukan sekadar mesti diurus, bahkan pusaka juga mesti dirancang. Kenapa kita mesti merancang pusaka? Hal ini penting kerana ia adalah perkara yang pasti. Pasti apa? Pasti mati! "
Peringatan itu perlu diambil berat bagi orang yang masih hidup cam aku ni. Kalau tidak merancang takut-takut nanti waris kita akan terlibat dengan "fitnah harta" plak. Nauzubillah!

Sekadar berkongsi ilmu, 2 instrumen utama yang perlu dilakukan sebelum mengagihkan harta si mati ialah 'membersihkan hartanya' dan mengenalpasti siapa saja yang berhak menerima warisan. Part pembersihan harta tu memang kena dilangsaikan dahulu seperti
@ biaya pengurusan mayat termasuklah menggali kubur, biaya mengusung, sewa kereta jenazah, membeli kain kafan, memandikan dan lain-lain.
@ Hutang piutang - (hutang kepada Allah dan hutang pada manusia)
     Hutang kepada Allah seperti zakat, kifarat, nazar dan haji yang belum   ditunaikan. Hutang kepada manusia seperti pembiayaan perumahan, pembiayaan peribadi, pembiayaan kenderaan, kad kredit, pinjaman pelajaran, hutang dengan individu.
@ wasiat si mati mengenai hartanya seperti yang dibolehkan oleh syara'.

Setelah diselesaikan perkara2 di atas barulah harta si mati yang masih ada diagihkan kepada para ahli warisnya yang berhak. Ya Allah permudahkanlah urusanku...Aku baru jer dalam proses mengenalpasti status hutang-hutang yang ada. Begitu banyak lagi prosedur yang perlu aku lalui selepas ini...Semoga semua proses berjalan dengan lancar dan mudah sehinggalah lebihan harta peninggalan arwah abah_izz itu nanti tetap mendatangkan pahala baginya w'pun abah_izz telah berada di alam barzakh sampaila arwah selamat dari seksa api neraka. Amin !

p/s : sikit atau banyaknya harta bukan persoalan pokok yang penting bagaimana kita nak memanfaat harta ketika hidup dan apa pula yg patut dibuat ke atas harta tersebut apabila seseorang itu sudah mati ! Share

Normalkah aku rasa begini ?

Published by ab@h_Izz under , on Thursday, April 07, 2011
Saat ini,inilah yang aku rasakan...Ya Allah tabah dan cekalkanlah hatiku dalam menahan rindu ini. Hanya rindu padaMu sahaja yang kekal abadi.


Share

Celoteh Anakku

Published by ab@h_Izz under , on Tuesday, April 05, 2011
Sembang2 ngan anakku yang berusia 4 tahun,Ainin Sofiya.Kepetahannya bercakap seringkali membuatku terhibur...


Situasi 1 :(perbualan seharian kami bila time nak tido )


Ainin : Ummi...ainin nak abah...
Ummi : Abah kan dah mati...
Ainin : Oohh abah dah yang kena tanam kat pasir tu ye...
Ummi : emmm (sayu )
Ainin : ainin nak abah...(dgn nada merengek n tak puas ati)
Ummi : nantila bila ainin dah besar cam mak cu n mak wa, abah datang..nnti cuti kita gi kubur ye, tgk abah.


Situasi 2 : (bila dah beberapa minggu...)
Ainin : ainin nak abah...
Ummi : abah kan dah x de...
Ainin : tapi mase dulu ader jer...
Ummi : tu dulu, ni skarang. Ainin ingat x yg abah sakit kt hspital tu...nnti kita gi kubur lg ye.
Ainin : ala gi kubur pun, x dapat jumpa ngan abah pun..


Sayu n aku terkedu. Aku pujuk anakku2 ini dgn memberikan setiap org ankku ini dgn sehelai baju yg sringkali arwah pakai utk mengubat rindu. Setakat ini caraku tadi dpt merawat sikit emosi "kehilangan" yg dialami oleh mereka.




Ramai yg kata muka si Ainin banyk ikut arwah abahnya especially part matanya. Tapi tulah yg si ainin ni mmg byk cakap tp si arwah ni jenis pendiam...Ainin2x... Share

Hijrahku bersama kenangan...

Published by ab@h_Izz under , on Thursday, March 31, 2011

 Sudah tiba masanya aku berhijrah kembali ke tempatku dan membawa bersama segala kenangan suka duka sepanjang kehidupanku di Kuala Terengganu. Tiada apa lagi yang perlu ditunggu kerana sememangnya penghijrahanku ke sini hanyalah semata-mata untuk menjadi "full time housewife" kepada abah_izz. Sedikit pun tidak pernah ku kesal mengambil "cuti tanpa gaji" kerna untuk sentiasa bersama-sama dengan abah_izz. Aku puas dengan pengorbanan yang telah ku lakukan walaupun seketika cuma.

Sedikit demi sedikit, aku kumpul kekuatan untuk menjalani kehidupan yang seterusnya apatah lagi dengan peninggalan amanat yang paling besar iaitu anak-anakku. Buat abah_izz, ummi akan berusaha sedaya upaya memberi didikan yang terbaik seimbang dunia dan akhirat pada anak-anak kita, insya allah. Alhamdulilah Izzah anak sulungku berjaya mengekalkan kedudukan no 1 dalam ujian baru-baru ni. Kenangan manis untuk Izzah sebelum dia berpindah ke sekolah barunya....


Penghijrahan kali ini sungguh bermakna bagiku yang membawa perubahan besar dalam kehidupan ummi_izz sekeluarga. Aku kembali kepada kepangkuan keluarga. Bersyukur padamu Ya Allah kerna aku masih ada mak, abah dan adik-beradik untuk anak-anak abah_izz mendapat belaian kasih sayang. Dari segi kerjaya, insya allah aku kan kembali sebagai seorang guru. Terima kasih pada rakan-rakan seangkatan yang tidak putus-putus memberi kata-kata semangat untukku.

Pada rakan blogger yang masih sudi menjenguk blog abah_izz, terima kasih di atas sokongan moral yang diberikan. Akan tetap ummi_izz mengupdatekan entry walaupun tidak serajin arwah abah_izz buat tatapan anak-anak untuk kenang-kenangan akan datang.

"Kalau abang dah x der, sape lah yang nak jage blog ni ?" itulah kata gurauan yang pernah arwah suarakan semasa mengupdate ntry tentang penyakit G6PD. Tapi masa tu aku tak jawab sebab aku rase soalan tu tak penting..... Share

Hajat abah_izz yang tak kesampaian.....

Published by ab@h_Izz under , , on Thursday, March 24, 2011


Manusia hanya mampu merancang, tapi...Tuhan jua yang menentukan !

Tiga minggu sebelum abah_izz menghadap Ilahi, 2 perkara yang sempat arwah rancang tapi tak sempat ditunaikan. Pertama arwah sudah pun mohon cuti untuk bercuti di kampungnya sempena cuti sekolah yang secara kebetulannya jatuh pada hari pemergiannya. Sudah menjadi aktiviti tahunan kami, asal ada cuti sekolah yg panjang, kami akan bawa anak2 melepas rindu pada atuk,opah, atuk abah dan atuk maknya......

Hajat kedua arwah ialah nak attend kursus DSLR time cuti sekolah ni. Dah bayar pun depositnya. Tapi apakan daya takdir penentu segala-galanya. Diimbas kembali.....kamera tu adalah barangan milik peribadi arwah yang terbaru dibelinya. Ummi_izz sikit pun tak pernh menghalang kalau2 abah_izz nak melangkah jauh dalam bidang fotografi . Sebab tu lah ummi_izz sanggup menghadiahkan kamera tu sebagai tanda cinta kami walaupun abah_izz berkeras akan membayar semula harga kamera tu. Tapi ummi_izz dah lama halalkan, bang......Begitulah sentimentalnya nilai kamera tu walaupun harganya tidaklah segah mana.....

Walaupun abah_izz sudah tiada.....tapi lens@kehidupan bersama abah_izz tetap subur mekar dalam ingatan ummi_izz bersama anak-anank tersayang. Al-fatihah.







Share

Pemergian abah_izz sangat dirindui.....

Published by ab@h_Izz under on Sunday, March 20, 2011
Hari ni genap seminggu abah_izz kembali ke rahmatullah. Abah_izz telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada hari Isnin bersamaan 14 Mac 2011 di Unit Rawatan Rapi, Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu pada pukul 12.30 tengah hari di hadapanku, isteri dan ditemani bondanya serta ayahanda mertuanya.

Baru hari ini aku, isteri arwah memiliki kekuatan untuk berkata-kata di blog abah_izz yang sudah lama tidak berupdate semenjak serangan penyakit yang menimpa arwah. Semuanya sudah tertulis dan tersurat untuk ku dan anak-anakku. Apa yang mampu ku lakukan adalah berdoa semoga arwah suamiku tercinta ini ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Aku redha dan pasrah di atas pemergian abah_izz yang tidak ku sangka secepat ini......Al-fatihah . Share

G6PD......Hampir Terlupa Aku.

Published by ab@h_Izz under , , on Wednesday, February 23, 2011
.
Note: G6PD adalah sejenis enzim dalam sel darah merah. Ianya berfungsi melindungi sel darah merah dari dimusnahkan dengan lebih awal.


Sebenarnya anak aku ni salah seorang yang mempunyai kekurangan G6PD. Hampir aku terlupa...bukan 'aku lupa' macam  (Azmi RL), memandangkan keletah & tumbesarannya macam kanak-kanak yang lain . Jadi bila dah dapat status G6PD ni, sebenarnya seseorang itu ada pantang larangnya. Kadang-kadang terlupa...
  • Bila anak demam/sakit ,terlupa nak maklumkan kat doktor yang anak aku ni kekurangan G6PD, maka bolehlah dia bagi ubat-ubat yang sesuai, sebab sesetengah ubat boleh mengundang bahaya .
  • Tak boleh beli/makan/simpan Kacang Parang. Antara Makanan yang perlu dijauhi, takut dia termakan.
  • Tak boleh beli/simpan/pakai Ubat Gegat kat rumah/kereta dll.
  • Tak boleh makan sebarang ubat,ubat tradisional, jamu atau ubat senseh.
Pada dasarnya G6PD tidak berbahaya tetapi jika ‘pantang larang’ dilanggar, proses hemolisis boleh berlaku di dalam darah seterusnya memberi komplikasi seperti sesak nafas atau pitam.
Tanda utama yang boleh dikesan jika bayi terdedah kepada benda larangan ialah kencing berdarah. Darah yang pecah itu serta merta akan tersumbat di saluran kencing. Ibu bapa perlu segera membawa anak ke hospital bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk.
Satu lagi.....
  • Bila dah besar nanti, kena dapatkan jugalah ‘rantai perubatan’ yang menandakan pemakainya kekurangan G6PD. Sebab kalau ada apa-apa, ia membantu sekiranya berlaku kecemasan sekali gus membolehkan doktor memberikan rawatan bersesuaian.
Sebenarnya, Ibu bapa yang mempunyai anak penghidap G6PD tidak perlu bimbang dengan tahap kesihatan bayi mereka. Seperti kanak-kanak lain, mereka akan membesar secara normal tetapi kekurangan enzim ini akan berlanjutan hingga mereka dewasa. Cuma kena pastikan mereka dijauhkan daripada bahan yang boleh membawa komplikasi.

# Sumber dari pamplet yang doktor bagi kat aku masa anak aku baru lahir dulu kena tahan wad@ppum selama 9 hari.


Share

Kalau Gatai Tangan Takpa Lagi...

Published by ab@h_Izz under , , , on Monday, February 21, 2011
 .


Orang cakap kalau gatai tangan hok belah kanan tu....nak dapat duit la tu. Tak pun gatai tangan yg memang tangannya tak boleh dok diam . Tapi,.... aku sejak 2-3 hari  ni tengah gatai tekak la pulak, termasuklah family aku yang lain-lain. Musim panas kut sekarang ni. Tu yang sedap je belasah air tebu yg jual tepi-tepi jalan atau minum ais.

Orang cakap lagi...nak baik sakit tekak, makan aiskrim, baru sejuk tekak tu,gatai pun hilang....memang dah buat pun, tapi belum baik lagi, mungkin kena perisa lain pulak kut. Tadi baru try gula-gula macam kat atas tu, ambik yg 'extra strong' punya, dengan harapan mungkin lagi kuat nak halau gatai tu, macam iklan dia kat TV tu. Apa yang 'extra stong' pun aku tak tau, rasa manis semacam jer...

Kadang-kadang terpikir gak, boleh pakai ker teori sapa ntah ni, kalau nak baik kita buat/makan apa-apa agen penyebabnya. Macam makan aiskrim , gula-gula tu lah....dll , entahlah, hopefully bertambah baik la jadinya.... .':(


Share

Senyum Di Pagi Jumaat.....

Published by ab@h_Izz under , , on Friday, February 18, 2011
.

Mungkin sebab hari ini cuti kut, aku tersenyum....atau makcik kat pasar ni yang membuat aku tersenyum tadi, atau......



Tak apelah, yang nyata......

Tiada harga atas senyuman ,tapi senyum sangat berharga bagi orang yang diberi senyuman.
Memberikan senyuman kepada seseorang tidak akan membuat kita bertambah miskin, tetapi seseorang yang menerima senyuman , hatinya akan semakin kaya.

Hanya memerlukan waktu singkat untuk tersenyum, tapi ingatan akan senyuman yang kita berikan itu akan terkenang dalam waktu yang lama.

Tidak peduli betapa lemah atau kuatnya seseorang untuk membuat dirinya agar tersenyum, bahkan orang cacat pun boleh memberikan senyuman kerana tenaga untuk tersenyum ada dalam hati yang tulus.

Sebuah senyuman dalam keputus asaan menjadi air sejuk di tengah padang pasir tandus.
Senyuman juga menjadi ubat yang boleh mengubati penyakit yang bernama masalah dan mengubati kerunsingan agar merasa santai.

Tapi senyuman tidak boleh dibeli, diminta, dipinjam, atau dicuri kerana senyuman adalah sesuatu yang tidak berharga bagi sesiapa pun kecuali jika senyuman itu diberikan kepadanya.


              
Share dari sumber yg telah diedit ( Bahasa Indon)  dari : http://blogspreneur.info/senyum

Share

Pahit Akan Manis Akhirnya....

Published by ab@h_Izz under , , , on Wednesday, February 16, 2011
 .
Bila anak-anak demam/batuk/selsema....
Susahnya nak bagi makan ubat kat anak-anak aku ni, tak sedapla, pahitla....semuanya ada. Kalau deman/batuk pergi klinik pun macam tak guna, doktor bagi ubat yang minum, memang akan kena paksalah untuk makannya. Silap-silap tak makan-makan. Baik minta ubat yang selain darinya , itu pun kalau ada. Termasuklah uminya sendiri......sanggup tak makan ubat batuk yang pahit dan minta beli jenama lain yang kurang pahitnya.

Tu yang kena bagi tau sorang-sorang.....Mana ada ubat yang sedap sayang oi!!! Pahit lagi ada le.... tapi yang pahit itulah sebenarnya yang menjadi penawar kannn....macam lagu ukay's  juga  " Pahit Akan Manis Akhirnya .."


Tapi lagu ni liriknya lain macam sikit......bukan pasal ubat tu yang akan manis akhirnya....tapi madu tu yang akan menjadi pahitnya......Antara petikan liriknya;

 "...Wanita manakah
Sanggup berkongsikan kasih
Walau madu bagiku
Tapi hempedu bagimu

Terkadang harus terima
Suratan dariNya
Tidak salah kalau kasih dibahagi
Seadilnya....."

Lama dah tak dengar lagu ukay's ni....sedap pulak dibuatnya....hi..hi2 .


Share

Salam Maulidur Rasul.......

Published by ab@h_Izz under , on Monday, February 14, 2011
.

Selamat Menyambut Hari Keputeraan 
Nabi Muhammad S.A.W 1432H/2011M

Share

" Niat Memang Baik...,Tapi Cara Yang Betul. "

Published by ab@h_Izz under , , on Monday, February 14, 2011
 .

Location@Petronas Complex,Kerteh.
Macam yang aku buat ni la...Niat aku sebenarnya memang nak bagi tau pada semua, yang tempat ni memang tak boleh ambil gambar....Tapi cara aku ni, memang dah sah-sah la salah kan ! ha..ha2

Rasanya banyak lagi perkara-perkara yang kita/orang lain lakukan adalah sedemikian tanpa sedar ataupun dah buat baru sedar.  Antara berkaitan dengannya yang saya ingat adalah :

1.  Selalu berlaku pada Hari Jumaat, ketika khatib sedang membaca khutbahnya, dah baik dah kita menegur anak-anak kita supaya tidak membuat bising ketika khutbah . Kita pun berkatalah ...'diammm'. Maka  samalah ,akan sia-sialah sembahyang Jumaat kita .

2. Kalau kita perhatikan kat tandas-tandas awam, kat dalam lif , dinding yang berconteng-conteng ni memang dah sinonim...tapi, selalunya cerita yang ditulis itu akan bersambung-sambung. Tapi yang tak kenanya, yang menasihatinya pun  menggunakan medium sama untuk memberi keinsafan kepada penconteng -penconteng itu.

3. Bab nak tegur kesalahan orang/orang nak tegur kesalahan kita pun kena ada caranya. Niat kita/sesorang itu memang baik, nak perbetulkan kesalahan yang dilakukan. Ada orang boleh terima, ada orang tidak. Mungkin dengan cara yang lembut sudah memadai. Dia akan mendengarnya. Tak perlu nak tinggikan suara atau memarahinya, silap-silap boleh cari gaduh lagi.

Ada banyak lagi kut perkara-perkara sedemikian berlaku. Tapi....

Apa-Apa Pun Niat Tidak Akan Menghalalkan Cara.
Share

'Drive Thru' : Kat Sini Pun Boleh....

Published by ab@h_Izz under , on Sunday, February 13, 2011
.

Location@ Jalan Marang-Dungun
Memandangkan dah banyak sangat kut gerai-gerai  yang menjual jagung sepertinya. Tu yang dia buat macam tu...mungkin strategi pemasaran bagi menarik dan memudahkan pelanggannya untuk singgah.Baguslah ada keinginan untuk terus maju macam tu. Rezeki ada di mana-mana......

p/s : Kepada yang suka singgah membeli di gerai-gerai tepi jalan ni, Utamakan keselamatan....nak berhenti, berhentilah di tempat yang selamat.

Share

Bukan Roti Canai Saja Yang Kena Tebar....

Published by ab@h_Izz under , , on Saturday, February 12, 2011
 .


Wahh, bestnya dapat menjala seperti itu. Kalau kat kampung aku ni , dipanggil  'malunta'....cari sendirilah kut dalam bahasa apa istilah tu..ha..ha2. Dulu-dulu kat kampung aku, masa semua kerja-kerja bersawah menggunakan kudrat manusia, maksud aku tractor atau mesin padi belum digunakan lagi, ikan sepat,haruan, keli ,puyu  dll mesti banyak  time tu menghuni telaga-telaga dan parit-parit. Sekali tebar jala, penuh satu kawasan telaga itu, memang takde can dah ikan-ikan tu nak lari. Hasilnya,pasti berat dengan ikan -ikan masa nak angkat. Itulah kepuasannya.....

Tapi aku dari dulu sampai sekarang,apa yang aku terkilan....aku masih belum lagi mahir akan 'skill' menebarnya.Mungkin orang ingat senang kut,kadang-kadang jadi...kadang-kadang menguncup tak kembang-kembang.

Takper, nanti aku jumpa pakcik ni lagi, aku akan belajar darinya.....

Share

APabila Gambar Album FBnya Di Plagiat....

Published by ab@h_Izz under , , on Friday, February 11, 2011
 .


Ini berkenaan kisah wife aku a.k.a ummi izz...yang hobinya sejak berpindah kat sini dan dapat pulak jiran yang suka hantar-hantar makanan ni, maka tu yang start rajin nak 'try & error' segala jenis resepi yang diambil di internet. Jiran sebelah rumah pulak memang 'terer' memasak, Tercabar jugakla aku rasa, tu yang ada saja resepi baru yang akan cuba dibuat, tak kanla nak hantar yang lebih kurang jer atau asyik2 kuih tu jer, mentang-mentangla kuih tu jer yang pandai..ha..ha2.

Sampailah sekarang, kalau bukak wall FB dia, penuh la post-post masakannya ,dah boleh buat  Album koleksi masakannya. Tapi semalam, dia cukup 'tak puas hati' sikit, apabila terjumpa satu blog masakan yang menggunakan hasil gambarnya. Cantik sangat hasil 'crop'nya tanpa menampakkan watermarknya. Apalah salahnya bagi 'kredit' sikit kat tuannya, tak rugi pun, cuma tanda kita berterima kasih.  Tak pun bagi jer kredit tu kat pakcik google.......hi..hi

" ni lah blog masakan itu.....serupa tapi tak 'sama'.....
Maka dengan itu, aku 'meracunnya' , supaya buatlah blog sendiri......pada orang lain gunakan dia punya gambarnya baik dia masukkan kat blog dia. Benda dah ada, dan hari-hari akan ada....so, malam tadi ,ntah kul berapa tidur, terhasilya koleksinya di blog :

Album@Suke-Suke Masak  jemput singgah katanya..

Share

Tangan Yang Menghayun Buaian...

Published by ab@h_Izz under , , on Wednesday, February 09, 2011

.

" Ummi...Buai la.........."

Selalu gak mendengar ungkapan ini ;

Tangan Yang Menghayun Buaian...Boleh Menggoncang Dunia. Tentulah ianya dikhususkan untuk insan yang kita sayangi...iaitu Ibu. Menggambarkan betapa besarnya peranan dan tanggungjawab mereka .Tapi bukan sampai buaian ini pun masih mengharapkan ibu kita menghayunkannya. Tunggu dululah yer si Ainin Sofiya.....

Tapi...bila bercakap tentang ibu, terbayang ibuku yang berada di kampung. Untuk tahun ni, belum berkesempatan lagi bertemu , cuma bertanya khabar & kesihatan. Patutkah aku ! 

Jarak dan masa bukanlah alasan rasanya. Kalau nak seribu daya.....Tapi , itu semua perlukan perancangan. . CNY yang lalu ,aku tak ambik cuti tambahan, cuti sekolah seminggu ni, aku belasah semuanya. Ke Parit Buntar sikit...Ke Subang Jaya sikit. Sama-sama dapat saling menziarahi ,sementara ibubapa kita masih ada......

Mungkin ada sinar kebahagian pada mereka, walaupun mereka sebenarnya lebih rindukan cucu-cucunya dari anak-anakya yang dah besaq-besaq ini..hi..hi2.


.
.
. Share

Apa La Aku Ni.....

Published by ab@h_Izz under , , on Tuesday, February 08, 2011
.

Betapa eratnya mereka...
Saling berkejaran..tak pernah kenal erti penat dan jemu dan..
Sentiasa inginkan perubahan....


Inginkan begitu juga, tapi...baru kerja banyak sikit, inspection nak kena buat merata tempat, mulalah kepenatan dan jemu melanda. Ni belum lagi kena involve beberapa siri inspection TA kat  Petronas  yang  equipmentnya agak banyak tahun ni.

Tapi bila cuti, tak gi mana-mana baru-baru ni, nak pergi kerja pulak, tu yang cancel cuti untuk 3 hari yang telah diambil dan diluluskan.

Ni baru awal tahun, kata azam nak berubah....Apa aku ni....

Share

" Dulu Lain...Sekarang Lain.."

Published by ab@h_Izz under , on Sunday, February 06, 2011
.


Bila lalu kat pantai tadi, aku tengok dah colourfull layang-layang sekarang. Nak bentuk apa, warna apa, gambar apa, semua boleh dapat. Untungnya kanak-kanak sekarang. Rasa nak main..... minta je duit kat mak ayah, terus boleh main, senang pulak tu nak naikkannya....tambah-tambah main kat tepi pantai yang anginnya memang sepoi-sepoi banyaknya.

Tapi disebalik itu, sebenarnya dia orang rugi, tak dapat mengenalnya dengan lebih dekat . Kita dulu kalau nak main, terpaksalah cari buluh, raut lidinya dan hanya bercorakkan kertas surat kabar lama sebagai badannya. Kalau nak cantik sikit, gunalah kertas warna. Itu pun belum tentu naiknya keudara. Tak mahir pasang terajunya, menjunamlah ianya. Aku masih ingat.......nak bermain pun terpaksa menunggu tatkala musim menuai padi habis . Itu sajalah tempat permainan selapang-lapangnya duhulu.....orang cakap , dulu lain sekarang lain....Betul! aku akur....seperti :

Pesanan Sayidina Umar Al Khatab :

" Didiklah anak-anakmu mengikut zamannya kerana mereka dilahirkan bukan pada zamanmu."
Share

Pantun @ Selamat Bercuti CNY.....

Published by ab@h_Izz under , on Wednesday, February 02, 2011
.


Buat yang menyambut CNY...Gong Xi Fa Cai diucapkan...
Yang lain-lain Selamat Bercuti, Selamat Berkahwin , Selamat Bertunang ...dan selamat hendaknya semua. Mungkin ramai yang dah pun bercuti panjang ataupun last day ini hari sebelum ke destinasi percutian masing-masing , diucapkan dengan iringan pantun ini ......

"Makan Limau Di Chinese New Year....
Tinggal Sebijik Di Atas Kalender 
Berhati-hatilah Di Jalanrayer...
Jangan Sampai Ada Yang Takder."





Share

Planning Cuti CNY...@ Kelantan

Published by ab@h_Izz under , , on Monday, January 31, 2011
 .

Hari weekend yang lepas, tak gi mana-mana pun, malas nak keluar. So, akunya aktiviti 'outing' dslr outdoor pun takderla. Ntah, rasa macam malas jer nak jalan-jalan, banyak lagi tempat menarik kat Ganu ni aku belum gi. Mungkin dah duduk dekat-dekat ni bila2 pun boleh pergi kut. Cuti CNY ni pun rasanya ,ramai gak yg plan akan gi melawat kat sini.... So , Selamat Datang di ucapkan..

Planning aku cuti CNY, mungin tak balik kampung & tak balik KL. Kalau diikutkan sehari jer dapat cuti am kat sini, sekolah anak aku pun tak ambik cuti gantian ( Melayu belake.. ). Sebab tak balik, bukan dah lupa kat kampung..hi..hi ( InsyaAllah bulan 3 , cuti sekolah seminggu akan balik juga kesana..)

" Nak gi Airport ni  la.........nak ambik gambar signboard ni...hi..hi "

Mungkin plan  cuti CNY ni, akan ke Kelantan kut. Memang dah pernah sampai pun Kelantan tu, cuma lalu jelah, tu pun masa aku balik kampung ikut Grik. Ni lah nak ambik peluang jalan-jalan kat sana, singgah beli apa yang patut. Umiizz pun tak pernah jejak lagi kat walaupun aku rasa kami memang banyak kawan-kawan dari belah-belah sana, cuma sedara jer yg takde kat pantai Timur ni.

Tujuan pergi, nak jalan-jalan tempat best, nak jalan-jalan cari makan,nak tangkap gambar , nak jumpa memba-memba, nak beli toto &  orang cakap best gi sana......
Share

Ohhh...Apam, Yang ku beli masa Balik....

Published by ab@h_Izz under , on Friday, January 28, 2011
 .

Mungkin tu yang yang namanya apam balik kut...ha..ha2, pandai jela. Makan minum petang tadi, sedap la pulak, tapi aku rasa, yang jual sekarang, makin lama, makin nipis lak...boleh nampak bayang sebelah dah aku tengok.



Dulu aku rasa, makan satu pun dah kenyang. Tak tau la pulak..ada banyak versi apam balik lak. Try google kat http://ms.wikipedia.org/wiki/Apam_balik..OOOOooo baru ku tau ada....versi Apam Balik Keropok, patutla nipis semacam je, rasanya bukan salah yang jual kut, aku kut yang salah, dia buat versi tu...kalau nak yg macam tebal2..jagung banyak2 ,buat sendiri la kan!...



Sedikit info pasal ni..

Apam balik atau juga dikenali sebagai apom balik, merupakan sejenis kuih tradisi Malaysia dan Singapura, sesuai dimakan pada waktu pagi dan petang secara bersantai. Ia merupakan sejenis kuih apam berkulit tebal yang dibakar dengan lapisan mentega dan ditaburi inti kacang dan jagung di atasnya dan kemudian dilipat dua. Apam balik sedap dimakan panas-panas.

Secara kasar terdapat dua jenis apam balik iaitu:-
  1. Apam balik tradisional: Merujuk kepada apam balik yang biasanya bersaiz kuali yang gebu.
  2. Apam balik keropok: Merujuk kepada apam balik kecil yang garing, kulitnya nipis dan rangup seperti keropok.


    Share

    Sehari untuk Seminggu....

    Published by ab@h_Izz under , , on Friday, January 28, 2011
    .

    Sehari ke Pasar untuk Bekalan seminggu...

    Selalu macam tulah...tak rajin sangat pergi pasar, cukup kut..leh simpan stok dlm peti ais.Agak-agak emergency leh singgah lagi...sekarang pun dah banyak dah kedai-kedai runcit  yg sekali ngan mini pasar ni. Tak pun boleh singgah juga kedai2 makan kat tepi jalan..ha,,ha2

    Dulu, masa dok Klang, walaupun dekat juga ngan Pasar Besar,Klang, memang susahla nak pergi sana. Lebih banyak pergi tempat lain. Pasar juga..tapi Pasaraya Besar. Mengapa orang suka pergi ke Pasaraya Besar ??Mungkin dah jadi trend @ hampir semua pasaraya besar kini dah pun menyediakan kemudahan pasar basah. Bezanya, kalau aku pergi pasar basah,,sorang jelah..ha.haa2, anak-anak lagi la tak nak ikut. Tapi kalau gi yg satu lagi....semua nak ikut dan boleh lama-lama lagi smpai sarap & lunch sekali kat situ.

    Bila aku dah dok sini, aku kena ikut  sini dan suka pergi  pasar pagi jumaat@Rusila yang selalunya meriah, semua yang jual 'orang kita' dan ....macam2 ada..


    Share

    Tak Cukup Tidur Dibuatnya...

    Published by ab@h_Izz under , on Wednesday, January 26, 2011
    .

    Selalunya aktiviti berblogging , aku akan lakukan pada tengah malam, pabila semua anak2 aku dah tidur semuanya. Memandangkan pada waktu siang/bekerja kalau duduk di opis adalah masa untuk curi2 BW dan sebagainya. Tapi  selalunya memang tak akan ada kat opis selalulah...kena pergi inspection luar daerah, memang tak sempat nak bukak PC dan sebagainya untuknya.

    Itu saja cara nak menghidupkan dan menjelajah blog rakan2 blogger. Tu yang asyik tak cukup tidor je dibuatnya. Sampaikan 'org rumah'dah pun tegur...hi..hi2. Tengoklah cam mana nak buat nanti.....yg penting aku akan terus berblogging.

    " sedapla pulak anak aku ni tidur....abah dia tak tidur lagi., tengah main tenet...."
    
    Google2 pasal tidur ni, boleh pulak JPApencen  keluarkan info ni kat web dia....mungkin byk lagi yg tak cukup tidur agaknya....tapi ni portal untuk org nak pencen ni..adakah aku pun nak kena pencen..ha..haa2, tengoklah....baca ni dulu.
    • 1/3 dari kehidupan manusia dihabiskan dengan tidur
    • tidur adalah waktu untuk berehat, boleh mengembalikan atau memulihkan fungsi badan dan mental. Kurang tidur boleh menyebabkan perasaan kurang selesa, mudah terganggu, kurang daya tumpuan, keletihan fizikal dan mental.
    Ada 2 jenis tidur
    • tidur ayam (tidur tidak nyenyak)
    • tidur nyenyak
    INSOMNIA
    • Tidak boleh tidur apabila sampai waktu menyebabkan seseorang itu kurang aktif dan tidak produktif pada waktu siang.
    • Terbahagi kepada
      • sementara     -        berakhir dalam masa 2-3 hari
      • Kronik           -        berlarutan hingga minggu dan bulan
    Apa yang boleh dilakukan :
    • Menyediakan persekitaran yang selesa
    • mengadakan aktiviti harian mengikut jadual seperti bekerja, berehat dan tidur
    • bangun tidur pada masa yang sama walaupun tidur telah terganggu atau bila berlaku perubahan waktu tidur
    • biasakan dengan tabiat baik sebelum tidur seperti membaca atau minum susu
    • bersenam setiap hari, elakkan senaman yang berat waktu malam.
    • gunakan katil hanya untuk tidur sahaja(bukan membuat aktiviti mental di katil)
    • jangan merokok atau minum minuman keras sebelum tidur
    • jangan minum kopi atau teh atau makan 2-4 jam sebelum tidur
    • jangan berfikir kerana tidak boleh tidur, jika selepas 30minit masih belum terlena, bangun dri katil dan lakukan aktiviti ringan seperti membaca, mendengar muzik, minum susu suam dan kembalik ke katil dengan fikiran terbuka.
    • hadkan waktu tidur disiang hari kepada 1 jam atau elakkan terus.
    Share

    Anak Tidur Buai - Baik & Buruknya...

    Published by ab@h_Izz under , , on Tuesday, January 25, 2011
    .

    Semua anak-anak aku masa ( Start baby sampai lebih kurang 2 tahun lebih) kena masukkan dalam buai barulah dia akan tidur. Kalau tak ,memang tak akan tidurlah jawabnya. Bila anak 1st oklah, tu pun kena beli dua buaian besi, satu letak rumah atuk dia, satu lagi rumah sendiri. Bila masuk yg ke-2, dan yg pertama masih lagi tidur buai, terpaksalah kena tambah lagi beli buaian besi . Tiap-tiap kali bila nak balik kampung , bonet kereta pun separuh dah tentu khas untuk 2 buaiaan besi yug lipat tu sahaja. Teringat akan cerita dulu, ada yg sampai jatuh buai, ada yg buaian sendiri yg jatuh dan macam-macam.Ha..haa2, sib baik, Alhamdulillah.. semuanya selamat.


    Yang ni pulak, anak aku yg ke-4, tapi lelaki...still ikut perangai yg sama akan tidur buai juga.....tapi mungkin 'boy' kut , kudrat dia lebih sikit, selalunya kalau terjaga/bangun tidur akan buat macam tulah..iskh..iskh..bahaya ni, takut jatuh jer dibuatnya.

    Sebenarnya ada beberapa perkara diambil perhatian sebagai panduan bagi ibubapa yg anak-anaknya suka tidur buai:
    • Sememangnya tiada tempat yang lebih selamat untuk menidurkan bayi selain dari baby cot.
    • Buaian boleh menjadi satu punca kepada kecederaan kepala bayi dan boleh mengakibatkan kerosakan pada otak bayi.
    • Otak bayi sebenarnya terapung dalam tengkorak dan jika bayi digerakkan dengan kuat, otak akan bergerak pada hala yang bertentangan dengan tengkorak.Akibatnya, saluran darah yang bersambung pada permukaan otak ke tengkorak pecah menghasilkan pendarahan otak subdural

    • Ada juga kes di mana rangka besi buai jatuh menghempap bayi dan juga spring atau tali putus.
    Walaubagaimana pun..Henjutan buai yang perlahan-lahan itu tidak berbahaya  tetapi pergerakan melantun buai dengan springnya menghasilkan pergerakan atas bawah seolah-olah seperti menggoyang bayi dalam tangan dengan kuat, menghasilkan kecederaan yang sama.

    Lagi satu, hendaklah sentiasa mengawasinya....tak boleh tinggal-tinggal gitu jer. Ok.....

    Info dari Pakar Perunding Kanak-Kanak, Hospital Pakar Shah Alam, Dr. Mohd. Nazir Abu Bakar.

    Read more: http://www.oldtraffords.com/2010/11/kebaikan-dankeburukan-anak-tidur-buaian.html#ixzz1C18ylhaf

    Share

    Santai@Pantai....sambil menyelam minum air....

    Published by ab@h_Izz under , on Monday, January 24, 2011
    .

    Dah 3 hari tak jenguk blog...nak kata sibuk, tak juge...cuma ada banyak benda nak buat,kosentrate pada yang lain sekejap...memandangkan pada sabtu lepas , as a 'beginer' dalam dunia dslr ni aku kena buat semua ni, tak der nanti orang cakap, harap kamera jer dslr..tapi pakai auto lagi.Tengoklah nanti..kalau blur semacam lagi...kena la selalu outing ngan member2 se dslr...

    Setakat teori memang tak jalan, kena la buat outdoor praktikal .Umpama sambil menyelam minum air,tu yang asyik banyak jalan-jalan @pantai Pandak,Chendering ni sambil layan anak-anak ku yang memang kemaruk nak main ombak kat situ....layannz..

    " Ramai gak yg lepak kat atas ni petang2....tengok view yg cantik menghadap laut "

    "Ombak memecah batu....hi..hi2, tapi takleh mandi kat sini.."

    " Ombak yang sedang berkejaran.....pantai ni la yang meragut nyawa 3 orang baru2 ni.. Khabo dah memang tak leh mandi kat sini.."

    " Sate ikan.....jajan petang-petang kat sini..."
    " Ok...sudah bersedia untuk main ombak..."

    " Macam takut-takut.....
    " Tapi...itulah dia....sudah syokk nampak...."
    ainin sofiya....

    izzah 'atirah.......
    alya qistina............
    Share

    Ingat-Ingat Sebelum Nak Makan....

    Published by ab@h_Izz under , on Friday, January 21, 2011
    .
    Just nak share...ni pun aku ambik petikan dari kata-kata Dr Fadzilah Kamsah berkenaan pasal makan, mungkin ada yang ambil kisah pasal bab-bab makan ni...ada pula main belasah jer,tolak batu dan kayu & kat mana pun boleh, ada yang betul-betul cerewet dan sebagainya.

    Itu tak mengapalah..nak makan,nak melahap atau mengketedarah ker...terpulanglah..tapi sebelum tu,kita tengok apa yang Dr.F katakan pasal makan ni.......
    " Alhamdulillah.....ni dulu2 aku baru habis makan...hi..hi2"
    •  Orang yang makan sampai habis tidak tinggal sedikit pun makanan walau sebutir nasi di pinggannya
    = cermat, tertib, tidak boros.
    •   Orang yang makan tetapi di pinggannya masih terdapat sisa makanan dan banyak makanannya yang tidak habis dimakan
    = boros, tidak berapa peka, kurang teliti.
    •   Orang yang suka makan daging putih (ayam dll)
    = sabar, tidak suka marah.
    •   Orang yang suka makan daging merah (kambing, lembu dll)
    =suka marah, tidak dapat mengawal diri.
    •   80% penyakit berpunca daripada makan.
    • Orang perempuan lebih peka soal makan berbanding lelaki. Atas
    faktor itu, perempuan lebih panjang umur berbanding lelaki (asbab)
    •   Nabi kunyah 40 kali ketika makan.
    •   Makanan boleh jadi racun dan boleh jadi ubat. Makan sesuatu makanan hendaklah berpada-pada.
    •   Makan yang terbaik adalah sebelum maghrib ketika matahari masih ada.
    •   Jangan makan terlalu kenyang kerana nisbah makanan dalam perut
    adalah 1/3 sahaja. Perut perlu menampung 1/3 makanan, 1/3 air dan 1/3
    udara.
    •   Tidak baik jika makan tengah malam. Nabi jika lapar tengah malam, nabi minum susu panas.
    •   Jangan makan buah selepas makan. Makan buah sebelum makan kerana dapat membantu penghadaman.
    •   Makan sewaktu lapar, berhenti sebelum kenyang.
    •   Elok makan berjemaah kerana hidayah Tuhan turun mencurah-curah.
    •   Di tangan kanan kita mengandungi 18 enzim penghadaman. Jadi makanlah menggunakan tangan.
    •   Minum sejam sebelum makan dan sejam selepas makan.
    • Makan hanya 1 lauk saja. Jika makan ikan, ikan saja. Jangan campur ikan, daging, ayam dsb....
    (by Dr Fadzilah Kamsah)

    p/s : Ada sesaper nak tambah lagi...bolehlah, nanti boleh belanja makan angin, kalau tak dapat jangan makan hati...hi..hi2

    Wassalam....
    Share

    Pesta Kutip Syiling RM75K

    Published by ab@h_Izz under , on Wednesday, January 19, 2011
    .
    Pagi-pagi lagi aku dah terasa best baca paper hari ni..


    Orang ramai mengambil kesempatan mengutip duit syiling yang bertaburan di atas lebuh raya dalam kemalangan yang mengakibatkan sebuah kereta BMW melanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda yang membawa duit syiling di susur keluar Pedas, Negeri Sembilan, semalam. 
    REMBAU 18 Jan. - Jika sebelum ini, orang ramai hanya memperlahankan kenderaan untuk menyaksikan sesuatu kemalangan di lebuh raya, namun berbeza pada hari ini apabila mereka berpusu-pusu datang dengan lebih dekat.


    Tinjauan Utusan Malaysia di lokasi kejadian mendapati orang ramai 'hilang pertimbangan' sehingga ada yang sanggup mencangkung di tengah-tengah lebuh raya untuk mengutip wang syiling itu.
    Wang syiling berkenaan turut dikutip di kawasan rumput hingga menyebabkan kedua-dua laluan lebuh raya berkenaan menjadi sesak.

    Persoalannya,....Mungkinkah aku juga akan melakukan perkara yang sama jika aku berada ditempat kejadian..dan 'akan hilang pertimbangan'  untuk memikirkan rasa malu, keselamatan dan rezeki yang datang bertaburan yang belum tentu ke'Halalannya'.
    Share

    Disebalik... Sebijik Buah Delima

    Published by ab@h_Izz under , , on Tuesday, January 18, 2011
    .
    Minggu lepas ada jiran sebelah rumah ,bagi 2 bijik buah delima, seingat aku,lama dah aku tak makan buah ni, dulu pun time orang balik Mekah mesti ada bagi buah ni sekali ngan buah zaitun,..tapi sekarang ,dah pun ada orang tanam buah ni. Bagi anak-anak aku pulak, tentulah ni 1st time makan dan jumpa, siap tanya lagi buah apa & boleh makan ke tak?


    Malangnya dah habis licin delima tersebut, barulah aku google-google apa ada pada buah ni. Kalau aku tahu dulu, mesti aku makannya dengan penuh berkhemah....ha..ha2, betul !...banyak kelebihan sebenarnya...Antaranya :
    • Kajian menunjukan delima boleh memusnahkan sel kanser payu dara tanpa memudaratkan sel sihat dan menghalang sel kanser payu dara membentuk.
    • Kajian keatas tikus makmal menunjukan delima merencat pembentukan kanser paru-paru, melambatkan pertumbuhan kanser prostat.
    • Pengambilan delima boleh menghalang pembentukan plaque daripada melonggok dalam salurdarah arteri, mengurangkan aras LDL atau kolesterol jahat dan meningkatkan aras HDL atau kolesterol baik.
    • Delima boleh menurunkan tekanan sistolik sehingga 5 peratus. Fakta ini amat membantu dalam pengawalan penyakit jantung atau sistem kardiovaskular.
    • Kajian juga menunjukan delima boleh mencegah dan melambatkan penyakit nyayuk atau penyakit Alzheimer.
    • Beberapa kajian menunjukan delima boleh mengurangkan pembentukan plaque gigi, mencegah kemerosotan rawan dan menghalang radang sendi.
    • Pengambilan delima oleh ibu mengandung boleh melindungi otak neonate daripada rosak selepas tercedera.
    • Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman.
    • Jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Oleh sebab itu buah delima tidak disarankan kepada mereka yang menghidap demam. 
    • Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis.
    • Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan. 
    Sebab itulah  dalam al Quran,  Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya yang menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga.

    Oleh itu...amal-amallkanlah selalu & kena minta lagi kat jiran ni...hi Share

    Ada Lagi....Kesian Polis Ni...

    Published by ab@h_Izz under , on Monday, January 17, 2011
    .

    dia 'orang' ni pun tak merempit...........agak jer la..
    Kat tempat aku ni malam tadi....ishk..iskh..malas nak 'chaare'...

    KUALA TERENGGANU 16 Jan. – Seorang anggota polis trafik berpangkat koperal cedera di leher setelah tertusuk ranting pokok hiasan selepas motosikalnya terbabas ketika sedang mengejar mat rempit yang melarikan diri daripada sekatan jalan raya di Gong Badak hari ini.

    Mangsa, Robuan Ahmad, 51, yang kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini bagaimanapun dilaporkan berada dalam keadaan stabil. – Utusan

    Ada lagi..tak habis-habis dengan kisah mat rempit itu dan ini, kalau tak menyusahkan org lain takper jugak. Serba serbi ambik kat diaorang...kes ragutlah,rogolllah,samsenglah..etc

    Pelik aku....apa yg dapat, aku pun tak tau,dulu aku pun naik moto gak..takat bawak laju tu dah ler, lain2 tu takyah la.

    Kekadang, terpikir gak...sampai bila diorang nak merempit macam tu, mungkin kut dah accident nanti, mungkin dah kahwin nanti bila bini tak bagi keluar malam, mungkin bila dah tua....atau  bila dah mati..itu memang dah semestinya......

    Share

    La Ikro Ha Fiddin ( Tiada Paksaan Dalam Beragama)

    Published by ab@h_Izz under , on Monday, January 17, 2011
    .
    Cantik pulak aku tengok siAmani ni pakai tudung...selalu berlakon 'raged' jer..hi..hi2
     Malam tadi baru habis menonton cerita diatas kat astro....pendapat aku bagus gak citer ni, tengok ni pun sebab nak temankan umiizz, tengok dia khusuk semacam je..

    Antara Sinopsisnya...

    "Kisah ini mengisahkan Nurlia, lakonan Sharifah Amani yang sentiasa mengalami masalah dalam hidup dia tetapi tetap berpegang teguh dengan ajaran Islam. Zach X Factor pula membawa watak Dr Edward yang kematian bakal isteri di hari perkahwinan.

    Susan Lankaster pula sebagai biarawati manakala Fauzi Nawawi pula membawa watak seorang yang menggunakan nama agama untuk kepentingan peribadi.Kemudian, Dr Edward dan Nurlia ni ditakdirkan berjumpa, berkawan, dan mempunyai perasaan antara satu sama lain. Disebabkan berpegang teguh pada agama, Nurlia tidak menerima cinta Edward sehinggalah Edward memutuskan untuk membunuh diri. Tapi akhirnya dia telah meninggal dunia akibat terjatuh..dan Edward sebenarnya telah sempat meninggal dunia dalam Islam bersama  3  pengorbanan murni yang sempat dilakukan....Matanya , Buah Pinggangnya..dan Hatinya..."

    Aku pun tak tau nak ulas camner....suka pun ada,sedih pun ada..mesej pun ada....nnt ada ulangan kita tengok, Layannn.....

    sumber http://www.blogged.my/gotopingbar. Share

    Bila anak-anak happy... : ))

    Published by ab@h_Izz under , , on Sunday, January 16, 2011
     .

    Semalam bawak anak-anak gi jalan-jalan kat pantai Batu Burok, KT. Memang selalu sangat pergi sana...itulah pantai paling dekat ngan rumah. Kadang2 sebelah malam pun kami pergi. Pernah juga sekali sekala bawak makanan dari rumah dan makan kat sana, best pulak buat cam tu....



    Tak kisahlah kat mana-mana pun..ataupun apa juga aktiviti yang diatur,janji kita dapat juga bersama-sama anak-anak seterusnya merapatkan hubungan kekeluargaan bersama , bila tengok anak-anak happy...kita pun happy bersama dan tak rugi masa yg ada, kita luangkan bersama mereka setelah mereka ditinggalkan oleh kita semasa bekerja.........




    Share

    Roti Canai Banjir...Teh Tarik.

    Published by ab@h_Izz under , on Saturday, January 15, 2011
    .
    Dah sarapan...kita sarapan dulu, nak sarap roti canai banjir & teh tarik mamak punya, susah nak dapat mamak punya kat sini...asyik nasi dagang/nasi minyak jer...


    Ok..sarap dulu, roti canai ku sudah kembang...:) Share

    Cuti tetap cuti.....Aper nak buat ?

    Published by ab@h_Izz under , on Friday, January 14, 2011
    .
    Kat sini ari ni dah start cuti. Negeri lain esoklah kan start cuti..2 hari jer. Betul, walaupun cuma 2 hari..cuti tetap cuti, tak kisahlah cuti tu untuk ape , yang penting pengisiannya. 

    Ada orang  suka akan hari cuti, sebab dia boleh bekerja dengan dibayar gaji lebih...
    Ada pulak orang yang cutinya dihabiskan dengan berehat secukup-cukupnya....yakni tidur yang panjang.
    Ada pulak yang tak suka berehat, memenatkan badan pula dengan aktiviti-aktiviti lain..cth. berkebun, mengemas ..etc
    Ada juga  pengisian cuti itu ikut keadaan ,ikut musim, ikut berapa panjang cuti itu...baru plan yang seterusnya...
                                  ....Dan ada juga orang, cuti tak cuti sama sahaja......

     "kat sini kalau dah tau nak gi mana...gi pantailah jawabnya....anak2 pun suka..berehh"

    Plan aku..hari ni Jumaat, tak boleh sangat nak gi mana2..byk tempat yg tutup. jalan-jalan belah malam sambil makan-makan oklah.Cuma esok jelah yg nak keluar mana-mana, habiskan masa dengan family. Banyak lagi tempat-tempat kat KT/Ganu ni tak pergi lagi walaupun dah setahun lebih dok sini. Orang jauh pun dah sampai....ha..ha2, Dak per ,pelan-pelan kayuh.


    Share
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
     

    ShoutMix chat widget