" Niat Memang Baik...,Tapi Cara Yang Betul. "
Published by ab@h_Izz under Ganu, Niat, Pikir-Pikirkan lah on Monday, February 14, 2011 .
| Location@Petronas Complex,Kerteh. |
Rasanya banyak lagi perkara-perkara yang kita/orang lain lakukan adalah sedemikian tanpa sedar ataupun dah buat baru sedar. Antara berkaitan dengannya yang saya ingat adalah :
1. Selalu berlaku pada Hari Jumaat, ketika khatib sedang membaca khutbahnya, dah baik dah kita menegur anak-anak kita supaya tidak membuat bising ketika khutbah . Kita pun berkatalah ...'diammm'. Maka samalah ,akan sia-sialah sembahyang Jumaat kita .
2. Kalau kita perhatikan kat tandas-tandas awam, kat dalam lif , dinding yang berconteng-conteng ni memang dah sinonim...tapi, selalunya cerita yang ditulis itu akan bersambung-sambung. Tapi yang tak kenanya, yang menasihatinya pun menggunakan medium sama untuk memberi keinsafan kepada penconteng -penconteng itu.
3. Bab nak tegur kesalahan orang/orang nak tegur kesalahan kita pun kena ada caranya. Niat kita/sesorang itu memang baik, nak perbetulkan kesalahan yang dilakukan. Ada orang boleh terima, ada orang tidak. Mungkin dengan cara yang lembut sudah memadai. Dia akan mendengarnya. Tak perlu nak tinggikan suara atau memarahinya, silap-silap boleh cari gaduh lagi.
Ada banyak lagi kut perkara-perkara sedemikian berlaku. Tapi....
Apa-Apa Pun Niat Tidak Akan Menghalalkan Cara.
Share
