-Disebalik...Lens@ Kehidupan-

" -Pelbagai Kisah Mampu Diungkapkan.....-"

Lens@bah_izz

Hajat abah_izz yang tak kesampaian.....

Published by ab@h_Izz under , , on Thursday, March 24, 2011


Manusia hanya mampu merancang, tapi...Tuhan jua yang menentukan !

Tiga minggu sebelum abah_izz menghadap Ilahi, 2 perkara yang sempat arwah rancang tapi tak sempat ditunaikan. Pertama arwah sudah pun mohon cuti untuk bercuti di kampungnya sempena cuti sekolah yang secara kebetulannya jatuh pada hari pemergiannya. Sudah menjadi aktiviti tahunan kami, asal ada cuti sekolah yg panjang, kami akan bawa anak2 melepas rindu pada atuk,opah, atuk abah dan atuk maknya......

Hajat kedua arwah ialah nak attend kursus DSLR time cuti sekolah ni. Dah bayar pun depositnya. Tapi apakan daya takdir penentu segala-galanya. Diimbas kembali.....kamera tu adalah barangan milik peribadi arwah yang terbaru dibelinya. Ummi_izz sikit pun tak pernh menghalang kalau2 abah_izz nak melangkah jauh dalam bidang fotografi . Sebab tu lah ummi_izz sanggup menghadiahkan kamera tu sebagai tanda cinta kami walaupun abah_izz berkeras akan membayar semula harga kamera tu. Tapi ummi_izz dah lama halalkan, bang......Begitulah sentimentalnya nilai kamera tu walaupun harganya tidaklah segah mana.....

Walaupun abah_izz sudah tiada.....tapi lens@kehidupan bersama abah_izz tetap subur mekar dalam ingatan ummi_izz bersama anak-anank tersayang. Al-fatihah.







Share

22 Comments...TQ:

Fieza79 said...[Reply to comment] @ 3/24/11, 1:35 PM

sy sebak baca ni...
moga arwah tenang dan di rahmati di sana...

M a W a D D a H said...[Reply to comment] @ 3/24/11, 1:44 PM

sedih baca...moga abah_izz ditempatkan di kalangan org2 yg beriman...amin...

Cikli said...[Reply to comment] @ 3/24/11, 1:47 PM

semoga dia sentiasa mendapat doa anak yang soleh, isteri yang soleh dan kawan-kawan yang soleh. mak ayah sudah tentu.

Ummi Shira (AshAnas) said...[Reply to comment] @ 3/24/11, 2:02 PM

salam kak, takziah... saya baru tau cerita... dah lama sy tak jengah blog abah_izz sejak dia dah lama tak update. sy xtahu yg dia sakit... wlupun sekejap je kenal die kt dunia blog ni, sy tahu dia seorang yg baik... ada jugak la kata2 nasihat yg dia selalu tinggalkan kt blog sy dlm mendidik anak2... pasti semua merindui dia... tabah ye kak, Allah lebih menyayangi dia...

gadisBunga™ said...[Reply to comment] @ 3/24/11, 2:18 PM

ya Allah....abah izz dah tak ada?

ya Allah....saya macam tak percaya..

saya rasa sedih sebab dah hilang seorang member blogger yang sempoi dan sporting.

semoga rohnya tenang di sana....

:(

|| NaFiRaa || said...[Reply to comment] @ 3/24/11, 2:18 PM

moga ummi_izz tabah hadapi dugaan ini..

Norul Azwa Bt. Hassan said...[Reply to comment] @ 3/24/11, 2:20 PM

semoga arwah tenang di sana... dan akak tabah hadapi dugaan hidup neh

Anonymous said...[Reply to comment] @ 3/24/11, 4:08 PM

assalamualaikum ummi_iz..

syahdu & sebak membaca entri ni..
alfatihah buat arwah..

semoga ummi_izz tabah meneruskan kehidupan selepas ini..

Hanis Azla said...[Reply to comment] @ 3/24/11, 4:14 PM

Salam Takziah utk awak dan keluarga.. semoga roh arwah tenang di sana dan semoga arwah ditempatkan bersama org2 yg beriman..

Rentetan Tidak Bertaut said...[Reply to comment] @ 3/24/11, 4:30 PM

semoga arwah paklang di tempatkan di syurga bersama-sama iman...amin...

adrenalina said...[Reply to comment] @ 3/24/11, 10:04 PM

saya terkejut...tidak sangka senyapnya abah iz kerana dia sudah tiada. Saya sedekahkan al-Fatihah buat arwah.

Mama Iz...tabahlah menghadapi dugaan ini. Semoga Mama Iz sekeluarga dirahmati Allah. Semoga arwah Abah_izz juga dicucuri rahmat. Salam takziah...

Hairil Rizal said...[Reply to comment] @ 3/25/11, 1:12 AM

Salam umi_izz...

Hmm...bergenang lagi air mata membaca entry ni...

DSLR abah_izz tu dah banyak berjasa merakam kehidupan umi_izz sekeluarga dlm blog ni.

Semoga umi_izz terus tabah menghadapi dugaan ini. Amin!

akuzle ayu said...[Reply to comment] @ 3/25/11, 1:37 AM

ko teruskanlah menghidupkan nukilan di blog ini, umi_izz... sekurang2nya ada tempat utk ko meluahkan perasaan...ramai kwn2 blogger arwah abah_izz yang menjadi pembaca setia di sini....al-fatihah

Nurul a.k.a Riko said...[Reply to comment] @ 3/25/11, 5:35 AM

Sedihnyer baca entry nie. Moga cinta agung ummi_izz terhadap arwah akan berjumpa di syurga..insyaallah.

NzA said...[Reply to comment] @ 3/25/11, 8:14 AM

sedih n sebak krn xsangka secepat itu abah_izz pergi...semoga umi_izz tabah n kuat....Maaf ye jika akan brtanya...Abah_izz sakit apa sebenarnya??????kalu xkeberatan...

tasekM said...[Reply to comment] @ 3/25/11, 10:34 AM

salam ziarah.

takziah buat kamu dan keluarga.

alfatihah.



.

agh yan said...[Reply to comment] @ 3/25/11, 12:45 PM

innalillahhiwainnailaihirojiun,berilah pahala kpd org yg ditimpa musibah dan berilah dia ganti yg lebih baik.amin

Ibu Muda 30series said...[Reply to comment] @ 3/25/11, 3:21 PM

sebak membaca..alfatihah :(

amry said...[Reply to comment] @ 3/26/11, 2:23 AM

saya paham perasaan akak.....memang nilai cinta itu tak dapat dibandingkan dengan sebuah harga.
semoga akak kuat dan tabah.

JHaZ KiTaRo said...[Reply to comment] @ 3/28/11, 9:43 AM

salam kenal.. rajin2, ziarahlah blog hamba kalau nak baca pengalaman hamba travelling ke 45 buah negara.. :)

Kalamhati said...[Reply to comment] @ 3/28/11, 8:05 PM

sebak membacanya..
tak sempat sy nak berkongsi minat ambik
gambar dgn abah_izz

@mel said...[Reply to comment] @ 3/30/11, 3:32 PM

as'salam umi_izz..

bila sya dtg sini ja sure saya jd sayu... terkenangkan arwah abah_izz..

insyaAllah bulan 5 ni saya bakal ke sana bersama family..

klu ummi_izz x keberatan boleh la kenal2 ngn keluarga saya ye..

klu d ikutkn perncangan saya dgn arwah nk g candat kat sana lepas blik dr misi LUBNAN..

tp apakan daya abah_izz lebih di sayangi Allah SWT..

Alfatihah buat arwah abah_izz

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ShoutMix chat widget