-Disebalik...Lens@ Kehidupan-

" -Pelbagai Kisah Mampu Diungkapkan.....-"

Lens@bah_izz

Hujung Minggu...Santai@Pantai

Published by ab@h_Izz under , , on Saturday, October 30, 2010
Dah 2 hari kat sini mendung..pastu hujan..hujan lagi...sib baik belum banjir lagi. Matahari yg ditunggu2 sebelum ni muncul jua lagi akhirnya....masa nilah nak kena jemur baju2 yg tak kering2 dari semalam. Dan masa nilah nak bawa anak2 jalan2 sementara boleh....boringla tu asyik gaduh,nangis,makan,tidor jerkan. Tak kisah pun gie mana, asalkan dapat kuar naik kete dah ler.....

Sebenarnya tak susah pun nak cari tempat riadah kat sini...he..hee2. Orang lain boleh datang jejauh pasai nk mai Ganu ni....takkan lah aku nak dok saja. Kalau ada sedara/org kampung mai sini bolehla aku jadi tourist guide....kikikik...Jom layan aktiviti standard kami kat sini ,mana lagi kalau tak pi.....


pi pantaila..., tu dah tersengih2 nak pi sana, padahal dah bayak kali dah pi..tak puas2 bebudak ni..



Anak2 aku gi pantai naik kete...tu tengah parking...hi..hii2 , Ingatkan nak mandi tadi tapii......tuuu, you see....terus cancell...hu..huu2


tak dapat kaki lagi ni....kalau tak sorryla nak dukung2 ni kan baby izz......



Jom gi makan...acara terakhir sebelum balikla...pekena nasi ayam yunnan@pantai batu buruk...biasanya kalau yg pernah gi ganu ni bab2 makanan ni ada mahalla sikit...senang cakap mahal dari KL lah...hi..hi, kebanyakanlah..tapi kalau pandai cari....murah lagi pun.

Sempena nak musim monsun ni....musim banjir ni & musim cuti2 sekolah ni ..jomla pakat gie sini....main air.
Share

Tunggu Matahari....

Published by ab@h_Izz under , on Friday, October 29, 2010
Salam......


'dirimu' begitu berharga...baru tau!...ha..ha2

Baru lepas balik sembahyang Jumaat kat Masjid Rusila. Best pulak hari ni sejuk2 dengar khutbah dari Haji Hadi...selalu dengar sambil 'ter'tidur je..hi..hi2. Cuaca pulak macam pagi lagi, Matahari 'tak' muncul2 lagi.., mendung pun dah 'bererti' hujan...nampaknya tanda-tanda ni macam nak musim tengkujuh je...maknanya tak lama lagi musim banjirla....Ha..ha2 best ape sekali sekala terasa susah sikit nak kuar gie kerja, takleh kuar inspection jauh-jauh...jalan terputus, basuh baju tak kering2, asyik laparje hujan2 ni, sejuk je malam2 dan macam-macamlah kut kalau dah musim tu tiba.......


Hujan Rahmat........

Tak tau la pulak mah yang aku dok ni akan banjir ke tak...baru dok tahun ni, ikutkan tahun lepas, oklagi..jalan nak masuk tu kut yang tenggelam sikit. Tapi apepun boleh berlaku...bukannya sama jumlah hujan tu nak turun tiap2 tahun kan.

Anak2 & umiizz awal2 lagi katanya...cuti sekolah ni nak dok rumah atokmaklah kat USJ, takla kena banjir nanti..., susahlah..itulah...ala,sebenarnya nak balik mah mak diala tu..hi..hii2. Bila ditanya,tak nak tengok ke banjir2 kat sini,..takpelah bang...nanti leh gak tengok kat TV....Ha..haaa pandaila..

Mungkin ada rahmat diseb@lik... musim2 cam gini...nak rasa maila sini layanzzz...


Share

Marahkan Anak....

Published by ab@h_Izz under , on Wednesday, October 27, 2010
Salam...


Taktauler korang tengok ke citer2 melayu kat TV ni hi..hi...tapi aku baru2 ni aku ada tengok citer kat TV3...sinopsis dia pasal ....
Seorang bapak ni memang tak suka@selalu sangat marah kat anak2 dia dan bini dia,ada saja yang tak kena ngan anak2 dia..sampaikan anak2 dia nak main dalam rumah/bising sikit pun takleh, siapla anak2nya kalau buat bising...tapi kat luar/tempat kerja sibapak ni bukan main happy lagi, siap boleh gurau senda & bermesra ngan pompuan lain. Apa yang anak2 minta semuanya tak ditunaikan, walaupun nak gie jalan2 cuti sekolah....Last2, satu kejadian samun berlaku kat rumah tatkala sibapak ni sedang berseronok kat luar dan akhirnya kesemua mereka dibunuh ekoran si bapak ni yang buat tak tau apa yang berlaku walaupun telah dihubungi oleh isterinya. Lepas tu..barulah sibapak ni insaf akan sikapnya , kesemua yang dibenci terasa begitu disayangi dan dihargai......tapi semuanya dah tak berguna. Lebuh kurangla..Faham kut..2 jam nyer punya citer aku buat tak sampai seminit..ha..ha2....



" ainin sofiya....apsalla teramat nakal sesangat ni...."

Intro je tu....sebenarnya betul jugak,kekadang terasa gak kalau marahkan anak memang tak ingatla, bukan aku ni garang sangat, tapi bila dah anak2 tu tak makan saman mau naik hantu dibuatnya....bila anak satu okla,tapi bila dah masuk 2,3 dan seterusnya..wow, ingatkan boleh jadi kawan,tapi jadi kawan gaduhlak....ha..haa. Tula yang kat atas tu anak aku yang no.2... baru 3 tahun, memangla nakal sesangat,macam2 dibuatnya yang membuatkan aku selalu dan terpaksa marah...ha..haa2. Huh...semua dah rasa, kena "pekk" ,kena cubit, kena rotan, kena kurung kat bilik gelap semua dah rasa...tapi sekejap jela, lepas menangis kena marah,tak sempat kering air mata..dah dibuatnya balik . Bertuahnya budak ni...dialah hero yg buli adik2nya dan kakaknya juga....dan sebelum aku publish n3 ni, aku dapat call dari ummiizz yang dia baru je basahkan kat bilik air kerja rumah kakaknya untuk dihantar esok.... ishh2.


Tapi kalau dia takde atau tidor...memang akan terasa amanya, dan terasa sunyinya pulak.....dan bila dah takde barulah tau dia begitu dihargai atas sumbangan kenakalanya itu.......

Tulah.. sedikit pengajaran dari cerita tv kat atas, sebenarnya takehla nak marah2 anak tak tentu pasal,cam citer tu, takkanla anak2 kita nak main, nak bising2 sikit pun tak boleh, kalau dah takde baru terasa lak nanti. Yelah dulu kita jugak yang tak sabar2 nak anak kan!..hu..hu, biarlah kita jadi kawan dan biarlah juga diaorang rasa hormat, bukan takut kat kita........TEGAS tak semesti perlu MARAH kan!.....aku pun kena cuba ikut ni . Ape pun kenalah SABAR dalam mendidik anak2 yang tengah 'menjadi' ni....

p/s: Pasal bapak tu ngan pompuan lain...kita bincang lain kali yer @ sendirila pikir...hu..hu2
Share

Antara Langsat, Duku & Dokong......

Published by ab@h_Izz under , on Saturday, October 23, 2010
Salam...

Baru balik dari pasar...Pasar Awam Marang, dekat ngan jeti untuk para nelayan turunkan hasil tangkapan ikan2.....dan juga jeti kalau sesape nak gie Pulau Kapas....Harga?? Tak delah murah sangat kat sini, walaupun dok sebelah ngan jeti tu...tapi ikan2 kat sini fresh la. Nak buat stok seminggu....kena kerja luar KT lagi. Masa dok Klang dulu....takkan gienya pasar-pasar basah ni eee..ee .. Ha..haa lebih suka gie Giant@Tesco.....sejuk sikit....pastu tu boleh makan2 lagi....semua leh ikut, sampai tak sempat masak la tengahari tu......kih..kih2 ( taktik si umi_izz)

Bukan nak citer pasal ikan2...nak citer pasal buah, masa keluar masuk pasar tu banyak kali lak terserempak ngan buah kuning yang sengaja dilonggok2...hi...hi takkan nak susun sebijik2 kut. Sajala pi tanya ni buah apa walaupun aku tahu tu buah langsat...Tapi akulak rasa cam tak puas hati bila tokey tu cakap.." ni bukan langsat bang...ni buah Dokong". Saja cover malu aku pun tanyala...."bukan sama ke? dia jawab...."lain bang hok ni lagi sedap..lagi manis dari langsat, buah pun lain sikit..hok ni comey lagi " . Aku pun kata "Ooo....." walaupun penuh kekonfiusan.....tu belum buah Duku lak...yang aku tau spesis cam tu gak.... Layan jelah dulu, nanti aku try google kat tenet camner boleh jadi cam tu..... tak pasal2 dah kena pikir benda ni pulak...Hisshh



Dokong...Jom layan dulu..., aku beli ni 2kg..RM4.oo....Manis...., betul2 Hooliyau!


Sedikit info yang aku dapat dari tenet....

1. Duku-Langsat :

Duku-langsat ialah hasil kacukan semulajadi di antara duku dan langsat. Di Malaysia, pokok ini hanya tumbuh di beberapa kawasan di Terengganu terutama sekali di tebing-tebing Sungai Terengganu dan Sungai Telemong dalam daerah Kuala Terengganu.

2. Dokong :

Rupa bentuk dan warnanya sama seperti langsat, cuma kulitnya tebal sedikit, tidak bergetah dan rasanya manis. Di Terengganu, buah ini dikenali sebagai 'duku' tetapi ini tidaklah tepat.

i. Dokong Kering
Ditanam secara komersial kerana buah sangat manis, kulit tidak bergetah, kandungan biji yang rendah dan kebanyakan biji adalah keset. Buahnya tersusun rapat di tangkai.

ii. Dokong Air
Kandungan air dalam buah jenis ini adalah tinggi. Air akan terpancut keluar apabila kulit ditekan. Isi buah kurang manis jika dibandingkan dengan isi buah dokong kering. Kulitnya nipis tetapi bergetah. Tidak ekonomik ditanam secara komersial kerana nilai dan sambutan pasaran adalah rendah.

iii. Dokong Biji / Dokong Air
Setiap ulas mengandungi satu biji benih yang besar dan bernas. Isinya sangat nipis, tidak berair dan rasanya masam-masam manis. Kulitnya lebih tebal dari dokong kering dan dokong air dan tidak bergetah. Buah tidak mempunyai nilai komersial tetapi bijinya boleh diguna sebagai sumber benih

sumber dari http://www.pertanianperak.gov.my

3. Langsat :

Pokok Langsat merupakan sejenis tumbuhan yang berasal daripada hutan Semanjung Malaysia, dan kini ditumbuh secara meluas di kawasan-kawasan tropika disebabkan buahnya yang manis. Pokok ini kini juga didapati di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Lansium domesticum Jack.
Warna kulitnya adalah antara kuning dan coklat, dan seringnya bertompok-tompok, dengan tekstur yang licin atau lekit-lekit. Apabila kulitnya dikopek, isinya yang terdiri daripada hiris-hiris yang berasingan didedahkan. Isinya yang lut cahaya adalah manis, tetapi biji-bijinya adalah pahit dan tidak dimakan.
Nama spesies lain atau nama lain untuk langsat: dokong, duku, lansa, langseh, langsep, lanzon, lanzone, lansone, duku, atau kokosan.

ni lak sumber dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Langsat


What everlah....susah nak compare kalau takder real punya buah2 tu semua...yang penting yang mana sedap/manis aku balun....hi..hihii...............
Share

- Hidup Berjiran...-

Published by ab@h_Izz under , , on Friday, October 22, 2010
Salam di Pagi & di Hari yang Baik...

" Jiran Sepakat Membawa Berkat"....dah lama tak dengar slogan cam tu, kat TV pun dah tak kuar dah....hi..hi2. Tak dinafikan...aktiviti kejiranan kat kampung masih lagi tinggi, yela kut, memang yang dok kt sana dari kecik sampai besar...so, bolehla kenal2, bukan setakat jiran sebelah menyebelah je...tapi satu kampung lak. Tapi kat bandar..lain sikit kut., tambah2 lagi kat kawasan tu banyak yang hidup menyewa @ perantau.

Bukan nak kata kat orangla...kat aku pun sama, Kadang2 jiran hanya kenal muka, nama tak tau...main angkat kepala sambil tersengih je kalau terserempak. Tu okay lagi ,lagi teruk tak kenal langsung pun ada. Aku pun dulu masa pernah dok Flat dulu cam tu gak....kita keluar gelap, pastu balik pun gelap...terserempak ada la sekali-sekala, pastu hari cuti @ hari minggu masing2 keluar...aku lak selalu gi mah MIL, pasai dekat sangat....tu la kut sebabnya, tapi tu semua alasan kut, kalau nak..semua boleh...he..he2.

Pastu pindah lagi tempat baru, suasana yang baru...kawasan perumahan yang baru, yang dok sana pun masing2 pemunya sendiri....tu yang suasana hidup berjiran lebih baik lagi kut. Memang aku akui, akan terasa lebih bestnya kalau dapat jiran2 baik kiri ke, kanan ke, depan @ belakang yang ngam ngan kita......rasa meriah, selamat dan macam2 kut. Sedeyy lak tak sempat nak lama dok sana...ada rezki berjiran lagi....hu..hu2.

Kat sini pun okay...AlHamdulillah dapat jiran sebelah menyebelah yang baik,tak terasa asing walaupun ado gok dok berape pahang cakap diaorang...nanti terer la kut. Cuma umi_izz je kut yang pening kepala sikit, bukan ape.....hi..hi2, pening nak memikior ( pasai boleh kata selang sehari ) nak bagi apa....nak balas apa makanan kat jiran2 sebelah yang memang otai masak2 ni...... Ha..ha nak tak nak umi_izz kenala prepare apa yang patut.....



hi..hi..pepagi lagi dah pekena Nasi Dagang Jiran Sebelah.....orinyer


Share

Jom Pekena Tuak....

Published by ab@h_Izz under , on Tuesday, October 19, 2010
Salam....

"Jom abah..pekena tuak"..ni kalau aku ajak abah aku minum tu, tentu dah kena pelangkung dah rasanya....ha..ha2

ni la air tuak....ada yg jual cam ni..@ dlm botol ..

...tapi kat sini, Errkk....Alhamdulillah, lega rasanya...baru lepas pekena Air Tuak kat area pantai Kelulut,masa OTW nak balik dari Inspection kat Kerteh...He..he...dulu yang aku tau, tuak ni seangkatan dengan 'air todi' yang selalu 'diorang' minum untuk kasi itu mabuk & kepala pusing2 . Tapi bila mai kat area pantai timur ni memang depa dah biasa minum itu air...tambah2 lagi minuman febret time2 bulan posa. Tu yang dulu aku tak berani minum sangat...hi..hi2 takut mabuk. Tapi takdelah...mungkin kalau dah simpan lama ,2-3 hari ke..barulah mabuk kut...dah jatuh hukum haram lak nak meminumnya....tu yang kena jaga2 sikit noo. Tapi sebenarnya kalau belah2 selain dari pantai timur air ni dipanggil juga Air Nira.So.....bunyi je yang tak sedap sikit...tapi rasa boleh tahan gakler.

..proses menyandat mayang kelapa...

Sedikit info yang aku tau....air tuak @air nira ni dihasilkan melalui proses menyadat mayang kelapa ( aku pun kureng tau..tengok gambarla camne) pastu tadah ngan bekas...la ni 'advance sikit' , tu pakai botol mineral menggantikan buluh., Air ni sepatutnya gi masuk kat dalam buah kelapa...tapi tengah2 jalan dah kena pintas masuklah kat dalam bekas tu...Air tu la yang dinamakan Air Nira/Tuak...al kisahnya


Sedapke ?.....terpulang kat korangla..tapi pi la pekena dulu....manis ada masam pun ada ,hi..hi2..




p/s : Kredit to pokcik & zukeri fotopages atas pic&info......tq Share

Naik Lagi.....

Published by ab@h_Izz under on Sunday, October 17, 2010

Salam..........

Ha..ha..ni takde kena mengena pasai naik gaji atau naik pangkat atau ape2 yang berkaitan ngan Bajet 2011, Hampeehh!...ingatkan dapatlah RM3.1 billion bahagi 1.2 juta....takpe, Alhamdulillah....merasalah sikit, cam orang putih cakap 'better than nothing'...Ahakss..

Sebenarnya........Yang naik, umoq akulah, hari ni dah pun berusia 30 + han, dan yang pasti umur akan meningkat dan hidup lak pasti makin singkatla jawabnya.....tapi sekali lagi orang putih cakap gak 'life begin at forty'....ye ke?lambat lagila..he..he2, sendiri mau ingatla, tu pun kalau umur sampai tahap tu...

Apa2 pun aku bersyukur padaNya....masih diberi peluang untuk terus hidup, mendapatkan rezeki dunia dan akhirat dari Nya....dan memberi peluang untuk aku menjadi HambaNya...Anak....Suami...Ayah....& Datuk...InsyaAllah..
Share

Tunggu Apa Yang Menarik......

Published by ab@h_Izz under on Friday, October 15, 2010
Salam...semua

Bulan ni masuk opis adala sekali sekala....boleh kata banyak sibuk sikitla dengan kerja-kerja luar dengan 'shutdown2' PETRONAS dan juga nak perabis sasaran kerja yang tinggal. Biasalah dah hujung2 tahun cam ni....bukan nak buat last2 minit..tapi memang dah diorang 'request' cam tu.. kena la ikut,mungkin masing2 nak perabis bajet kewangan yang diberi tahun ni gak kut., nanti kena jawapla pulak..he..he2 . Pelikkan..selalunya kalau ada lebih tu lagi bagus, leh simpan...tapi itulah Hakikatnya...kat mana2 pun sama,...takut nanti kena potong lak bajet untuk tahun depan..al-kisahnya.....



- Antara watak utama yang memainkan peranan sebelum dan masa nak bentang bajet-


Hari ni hari Jumaat, cam biasalah kat sini dah cuti...dapatlah rehat sikit, dah 2 minggu ulangalik dari KT-Kerteh, boleh je nak tido sana..tapi malassss. Hari ni pulak ada Najib yang akan bentang BAJET 2011...nak tengok Sukan Komanwel pun dah habis dah...So, layan jelah Najib tu berucap lepas sembahyang Jumaat nanti, Dulu aku tak pernah ambik 'port' pun....tapi dah keje 'gomen' dekat2 tujuh tahun ni....aku dah ambik port. Tapi selalunya akan dengar yang hujung2la...mana tahu kalau ADA....takde takpelah, bukan rezeki...tunggu tahun depan kut..hu..hu2. Disamping tu juga semua pasti akan mengharapkan sesuatu yang sama2 meyenangkan dan menggembirakan rakyat. Sama2 lah nantikan , harapkan dan sama2 kita merasanya nanti....

P/S : Hendaklah sentiasa bersyukur dengan rezeki yang ada........Al-Hamdulillah


Share

Janji Selamat........

Published by ab@h_Izz under , on Monday, October 11, 2010

-gambar dr google,ntah kt plant mane ni,belasah..tapi lebih kurang ler-


Waaa....malam2 kalau sesape nak tengok pesta lampu & api yang agak 'menarik' bolehlah datang kat Kerteh...mungkin ni adalah salah satu 'tarikan' orang nak ke Ganu pasai nak tengok lampu dan api yang cantik & unik..hu..hu2. Ni kira pelopor , selain boleh gak tengok kat I-City Shah Alam yang penuh ngan lampu warna warni....tapi ni satu kaler jelah...hi..hi2, selain tu leh tengok gak api kuar macam obor sukan tak padam2 siang & malam.

Sebenarnya, kat atas tu adalah fenomena biasa view kat petrochemical plant milik PETRONAS belah2 malam...trylah lalu kat area ni malam2. Kebetulan lak minggu ni dan minggu depan aku ngan member aku 'ada kerja' lak kat sana walaupun sebenarnya aku bukanlah keje kat sana. Ada Major Shutdown @ Turn Around yang selalunya akan dibuat 5-6tahun sekali. Time ni aku berkesempatanlah dan merasalah, kalau kat Selangor dulu..mana ada plant2 besar cam gini...nak ada pun macam kat batu 3 tu banyaklah...ha..ha2 kilang botol hijau 'tu' la. So mungkin agak sibuk & penat kut coz hari2 nak kena masuk & keluar semua vessel2 & panjat 'tiang'2 yang tinggi kat sana..hopefully akan settle & selamat semua hendaknya.

Pasai bab2 safety ni...takleh lawanlah, memang PETRONAS very strict . Bagus sesangatla kalau semua tempat kerja buat camtu.Tu yang kena prepare..bab2 safety ni takleh memain, tambah2 kat kawasan cam gini..., penuh ngan 'major hazard' nya, tu yang kalau nak masuk kat dalam kawsan plant ni , kenalah pakai semua alat2 keselamatan diri yang berkenaan barulah dibenarkan masuk....

Kalau setakat pakai cam gini....





konfom tak dibenarkan masuknyer...dok luarla. Boleh cover diri ngan selamat ke kalau pakai cam ni?Memangla lebih baik dari takder kut, tapi......sendiri mau ingatla nanti kalau kena....he..he2

>
>
>
>

Lain la macam awek2 kat bawah ni...., dan dan boleh masuk nyer, tapi boleh masuk pun bukan pasai muka yang kat atas tu tak hensem....dan yang kat bawah ni awek2 comei belake' .Tapi tengoklah awek2 ni pakai apa...gaya mau lebih, barulah selamat nanti kalau buat kerja.




Tapi.... takut-takut lain pulak jadinya, mungkin awek2 ni lak yg buat ' tak selamat 'kat sana, habis hilang tumpuan kerja mamat2 kat sana ...ha..ha2


Moralnya...buatlah kerja apa2 pun dengan selamat & sihat hendaknya...,tapi takleh la pakai apa2 pun untuk selamat dan sihat....dok gitu!



Share

-Rumah Sewa & Sewa Rumah -

Published by ab@h_Izz under , on Tuesday, October 05, 2010

Harap semua sihat2 belake'......





Ha..ha..ini bukan entry pasal nak iklankan rumah sewa or nak cari rumah sewa, Kedua2nya pun aku dah dapat...........

Sekarang ni aku dok sewa rumah oranglah kat KT ni...yelah, kalau dok mah sendiri tak kan nak bayar sewa gak kan!....betui3x. Macam biasalah dah masuk bulan baru.....kenalah bayaq sewanya. So..yang mana dok mah sewa tu...dipersilakan.

Sebenarnya, bab2 sewa rumah ni dah pun banyak jenis rumah aku pernah sewa....time belajar,time bujang, time bujang 'sat' dan time dah kahwin aku dah rase dok menyewa dari rumah yang rendah hingga yang tinggi dah rasa . So far setakat ni....belum pernah kena 'halau' la...hu..hu..hu...



Okay tinggal bab tu..la ni nak citer pasal aku nak sewakan rumah aku yang aku tinggalkan....( dah bagi sewa pun...nak ulang tayang jap) . Tak pernah ada pengalaman pun...yela,lain la kalau ada banyak rumah cam korang2 kan! Mulanya memang rasa sayang gak nak bagi sewa kat orang, rumah sendiri kan!..pastu baru dapat dok rasa sekali raya....dah kena pindah....hu..hu..sedeyy lorr. Mesti ada yang tanya pasai apa beli rumah kat situ/sana kalau dah tau kena pindah kan???.....jawapanya...1. Memang dah tau mesti kena pindah gak NANTI...tapi tak sangka lak awaila pulak. 2. Memang aku plan nak dok belah2 sana...( time pencen nantila..kalau2 sempat..insyaAllah) 3. Nak buat aset kut...( kalau juai nanti mesti untung woooo ) 4. Dan sebagainya....( etc ).

Nak iklankan rumah aku tu, Mudah jer..seMudah.com katakan.... Saje try test market....& tak sangka lak lepas tu aku terus jadi 'glamer' jap dengan menjawab soklan2 & pertanyaan2 dari sesape ntah...tapi yang pasti nak sewa rumah aku lor...belum ade lagi la yang cuba2 nak ambik kesempatan nak berkenalan...ha.ha2. Aku pun silap gak..tak letak detail penyewa cam na yang aku nak...tu yang dari segenap kulit & status depa call aku.

Sebenarnya aku nak cari nak berfamily..kata orang elok sikit,boleh jaga rumah. Jangan bagi orang bujang dok..nnt takut buat bisingla..bawak balakla..awekla, Kalau bagi student lak...habihla mah kor, belubang sana sini,pastu sumbat member selagi muat ( macam aku dulu gak ler time belajar dok kat sek 7 ...teringat la pulak macammana keadaannya dulu...ha..ha2). Betui tak betui takda sapa yang boleh gerenti, dan kekadang ada betulnya....ikut nasib & orang gak sebenarnya.

So..bermulalah aktiviti penapisan, memandangkan kawasan perumahan aku semuanya family, aku lak ngam ngan jiran2 & lorong aku...terpaksalah aku tak ambik penyewa dari student2 kolej &Uitm....walaupun senang2 jer aku boleh 'up' sewa tinggi lagi pasai dok ramai2. Aku pun bagilah kat yg berfamily.....




Yang menjadi ketidaksedapan hati aku sekarang adalah setiap kali bulan baru mai....duit sewa mai la jugak....Tapi.....agak lambatla, dah nak dekat tengah2 ke penghujung2 bulan baru dapat itupun setelah dimintak..Adussss....Ayoo yoo Kadawallee ...So Apa yang aku buat harus aku lakukan....

Mesti kena mintak la kan !..tapi tak syokla pulak,ni yang aku lemah kalau tiap2 bulan cam ni...lagi pun aku memang 'segan' sikit nak mintak2 duit kat orang ni, walaupun itu hak aku....hi..hi2

Nak buat 'lagu' mana ni ehh.....???






Share

- Hujung Minggu -

Published by ab@h_Izz under on Saturday, October 02, 2010

Selamat Sejahtera Hendakya.....

Boring gak nak dok rumah time2 cuti ni, coz semalam pun tak kuar mana2 pun...dok umah aje tengok tv sambil makan kuih2 raya yang ada 'balance'.......Malam plan nak gie makan luar pun tak jadi......bebudak semuanya baru kul 8.00 malam dah ngantuk..penat sangatla tu main kt luar sampai tak ingat balik...Okla, taman ni kenderaan tak banyak lalu lalang...bolehla main lari2 & main basikal area depan rumah....cepat lak tu anak2 ku yang 3 orang tu dapat geng selain kawan ngan jiran sebelah rumah yang ada anak kembar 3 seiras .



Memang banyak pun tempat2 menarik kat area KT ni...tapi dah dok kat sini tak tau lak nak gie mana...asyik2 gie pantai boring gak anak aku...lagi pun bukan leh gie mandi pun. Main pasir jelah sambil tengok ombak beralun dipersisir pantai.Nak gie mandi kat kolam renang tutup la pulak.....tak tau bile leh guna ( pusat akuatik Ganu ) ish..ish2. Kekadang nak ajak gak gie window shopping....jalan2 ,tengok2,cuci mata,makan2 kt fastfood....tapi memandangkan shopping2 Mall kt sini agak 'terhad' tak jadila....setiap masa penuh ngan manusia.



Bagi tak menghampakan anak2 aku...gie jugaklah kat area pantai, tapi kat area yang penuh ngan playground...sambil main2 pasir gak. Budak2 kat mana pun takper..janji ade dia punya tempat main jadila......lepas penat main pastu makan aiskrim pulak...lagi la suka.....


OTW nak balik...sempat lagi yang sibaju oren tu 'mengendeng2' nak suruh belikan basikal baru yang ade tayar kat tepi, takder la jatuh katanya...sebelum ni naik basikal kakak dia sambil sandarkan kat tepi dinding jer...sian la pulak...pastu dah beli,kena la belikan untuk adiknya lak...
Memangpun dah macam kembar lak....semua nak sama. Tu yang tak sabar2..sampai2 terus je main kat dalam rumah, sementara si 'hero' kecik dah kepenatan sambil tidur meniarap kat dalam buai.....kakaknya lak, moody pasal tak dapat basikal baru & terus mengadu nak demam. Alkisahnya....



p/s : Esok hari minggu dah nak sekolah....harap2 si kakak tu...kembali sihat hendaknya.
: Aku lak esok ade kerja kat area kerteh/kemaman....nak kena gerak awalla.



Share

- Oktober Kembali.... -

Published by ab@h_Izz under on Friday, October 01, 2010
Salam...

Macam dah lama rasernya tak update blog aku ni...ada virus 'M' la pulak kat aku disamping kerja2 harian yang perlu 'dikejar' untuk sasaran tahunan. Hari ni pun dah masuk bulan oktober, dah nak sampai kepenghujung tahun...cepat lak masa berlalu.



Banyak kut aktiviti2 yang akan dijalankan pada bulan oktober ni. Macam sekarang Negara India akan menjadi perhatian dunia apabila dikritik hebat atas last2 minit punye hal untuk menganjurkan Sukan Komanvel..Sama2 kita saksikan..kehebatan Atlet2 yang bertanding dan juga 'kehebatan' India sebagai penganjur, takpayah nak kondem2 sebab kita pun selalu gak buat kerja last2 minit...ha..ha..ha.



Dan yang tak berkesempatan nak gie beraya atau nak wat 'open house' masih sempat lagi hujung minggu ni. Nie pun last2 minggu raya..so gunakanlah peluang yang ada. Ada gak dapat jemputan, Tapi tak dapat nak pi semua...dari opis lama & mah sedara kat KL tu...tak dapatla nak pi.

Dan bagi aku setiap kali Oktober pasti umur ku meningkat setahun lagi.. Perjalanan hidup yang makin singkat..kalau nak diikutkan banyak lagi yang perlu di 'cari' dan 'ditinggalkan'...Yang ni takleh buat last2 minit kalau nak terbaik. Dan permulaan Oktober ni aku dah pun dapat berita yang agak baik...setelah setahun memangku barulah aku di'sah'kan. Lepas ni bolehlah aku nak buat ape2..dah dapat 'sayap' kan..termasuklah nak 'apply pindah' lagi...hu..hu2 kalau bolehhhhh





Semoga Oktober ni membawa makna dan keceriaan pada semua dan mintak2 lah tiada "Tragedi Oktober" yang akan berlaku/menimpa kita....Aminnn
Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ShoutMix chat widget