Pemergian abah_izz sangat dirindui.....
Published by ab@h_Izz under on Sunday, March 20, 2011
Hari ni genap seminggu abah_izz kembali ke rahmatullah. Abah_izz telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada hari Isnin bersamaan 14 Mac 2011 di Unit Rawatan Rapi, Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu pada pukul 12.30 tengah hari di hadapanku, isteri dan ditemani bondanya serta ayahanda mertuanya.
Baru hari ini aku, isteri arwah memiliki kekuatan untuk berkata-kata di blog abah_izz yang sudah lama tidak berupdate semenjak serangan penyakit yang menimpa arwah. Semuanya sudah tertulis dan tersurat untuk ku dan anak-anakku. Apa yang mampu ku lakukan adalah berdoa semoga arwah suamiku tercinta ini ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Aku redha dan pasrah di atas pemergian abah_izz yang tidak ku sangka secepat ini......Al-fatihah . Share
Baru hari ini aku, isteri arwah memiliki kekuatan untuk berkata-kata di blog abah_izz yang sudah lama tidak berupdate semenjak serangan penyakit yang menimpa arwah. Semuanya sudah tertulis dan tersurat untuk ku dan anak-anakku. Apa yang mampu ku lakukan adalah berdoa semoga arwah suamiku tercinta ini ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Aku redha dan pasrah di atas pemergian abah_izz yang tidak ku sangka secepat ini......Al-fatihah . Share
28 Comments...TQ:
al-fatihah utk arwah....
kak.. sabar ye.... semoga awah di tempatkan dikalangan orang2 beriman.. insyaallah..al-fatihah..
salam kak..moga kak boleh terus menyambung coretan arwah abah izz di blog ni..sebagai kenangan..dan moga kak sentiasa tabah..berat mata memandang..berat lagi bahu memikul..
Al-fatihah. Tumpang sedih sbb pernah kenal arwah melalui blog ini. Semoga saudari dan anak-anak tabah mengahadapi ujian ini.
al-fatihah..moga akak tabah menghadapi dugaan
Mekasih byk sbb akak sudi menulis utk follower blog abah izz.
Takziah dari saya utk akak sekeluarga. Harapan agar akak kekal tabah menghadapi dugaan dari Allah ni.
Takziah saya ucapkan, semoga akak sekeluarga tabah menghadapi ujian ini..
salam,ummi_izz...saya sahabat arwah sangat simpati dangan pemergiannya...semoga ummi_izz dan anak2 sekeluarga tabah dan teruskan hidup walaupon perit..tabahkan hati...jangan putus asa...semangatlah untuk anak2..abah_izz.
salam takziah... semoga arwah ditempatkn di kalangan org2 beriman dan dicucuri rahmat.... al-fatihah..
al fatihah... byk2 bersabar ye kak. saya faham hati akak camner... Tuhan menguji insan yang tabah. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi arwah
amin..takziah untuk akak..semoga akak lebih tabah mengharungi hari mendatang..
akak jgn tutup blog ni k..sambung coretan arwah..agar ia menjadi kenangan utk kami yg berkunjung ke sini
Sabar yer akak...Tuhan lebih menyanyangi arwah abah Izz. Moga akak kuat demi anak2 akak yg tercinta.
Doa saya moga arwah tenang di sana dan ditempatkan di kalangan org2 yg beriman.
assalamualaikum,
semoga roh almarhum ditempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh.
kami semua merindui dan kehilangannya.
*sebak :(
banyak2 bersabar yer.. moga arwah di tempatkan di kalangan orang2 beriman..amin
Al-fatihah..
Masya-Allah.... meremang kakak jadinya. Allah terlalu cepat dia dijemput olehMu.
Perkenalan melalui blog membuat aku selalu ternanti-nanti N3 yg akhirnya baru aku tahu dia tealh pergi selama-lamanya.
Airmata kakak lusuh tanpa dipinta aptah lagi isteri dan anak-anak dan keluarga.
Ikhlas dari kakak sabar dan doakan yg terbaik buat Abah_Izz. Alfatihah....
Assalamualaikum,
Baru kenal dahpun pergi. Allah amat menyayangimu abah_izz. Al -Fatihah khusus buat mu..
Al Fatihah. Semoga Arwah ditempatkan dalam golongan beriman.
Kami di JKKP sentiasa terkenang jasa arwah yang banyak berbakti bukan sahaja JKKP tetapi juga kepada pihak luar yang berurusan dengan beliau.
Semoga puan dan keluarga tabah menghadapi segala dugaan kerana setiap dugaan ada hikmahnya yang mungkin kita tidak ketahui.
Assalamualaikum Ummi_izz
Semoga arwah abah_izz ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.Jua semoga ummi_izz akan sentiasa sabar dalam menghadapi ujian yang berat ini.Allah akan bersama dengan orang yang kuat dan setabah ummi_izz.
arwah sentiasa dalam ingatan..teruskan perjuangan arwah yg belum selesai, membesarkan anak suudaraku dengan penuh kasih sayang...semoga silaturrahim keluarga kita tak akan terhenti.
salam dari pakngah sekeluarga untuk mereka.
assalamualaikum akak...
takziah saya ucapkan dekat akak dan keluarga...
tersentap saya baca entry ni sebenarnya..
patut la mesej2 saya buat abah izz x berjawab...
sebenarnya saya ngn abah izz bercadang nk pergi mencandat sotong di sana bulan 5 nnti...
......
takziah sekali lg buat akak sekeluarga..
alfatihah wat allahyarham abah izz..
Al Fatihah...trperanjat dgn berita yg xdisangka..moga tabah lalui ujian ini......
Al-fatihah kepada arwah dan takziah kepada Ummi_Izz dan keluarga. Barulah jelas dan benar perkhabaran yang saya terima. Jujurnya saya amat berharap saya salah faham dengan perkhabaran ini. Tapi kita mesti yakin dengan ketentuan Ilahi. Berat mata kami memandang, berat lagi bahu Ummi_Izz sekeluarga yang memikul. Cuma doa dan semangat yang boleh kami berikan. Harapan kami semua, janganlah ditutp blog ini. Mungkin ada hikmahnya di kemudian hari...
salam takziah utk akak dan keluarga. semoga arwah ditmptkan bersama org2 yg beriman..amin...
saya sgt sedih sebenarnya bila dpt tahu arwah dah meninggal...
akak teruskan menulis ye...
Banyak sabar, ALfatihah
sabar byk2 yer kak..
al-fatihah
Takziah dari saya. Al-fatihah.
salam takziah dr saya ye..moga tabah menghadapi ujian seberat ni...tentu ada hikmah yg terselit...sabar byk2 ye..sy pn tumpang sedih dgn pemrgian arwah yg br dikenali di sini...
al- fatihah utk arwah...
salam..saya pertama kali datang ke blog ni.dari blog gadis bunga. harap akak kuat dan bersabar yer.jodoh pertemuan ajal maut telah ditetapkan olehNya. Allah lebih sayangkan Abah_izz.salam taksiah dari saya
Post a Comment