-Disebalik...Lens@ Kehidupan-

" -Pelbagai Kisah Mampu Diungkapkan.....-"

Lens@bah_izz

Hijrahku bersama kenangan...

Published by ab@h_Izz under , on Thursday, March 31, 2011

 Sudah tiba masanya aku berhijrah kembali ke tempatku dan membawa bersama segala kenangan suka duka sepanjang kehidupanku di Kuala Terengganu. Tiada apa lagi yang perlu ditunggu kerana sememangnya penghijrahanku ke sini hanyalah semata-mata untuk menjadi "full time housewife" kepada abah_izz. Sedikit pun tidak pernah ku kesal mengambil "cuti tanpa gaji" kerna untuk sentiasa bersama-sama dengan abah_izz. Aku puas dengan pengorbanan yang telah ku lakukan walaupun seketika cuma.

Sedikit demi sedikit, aku kumpul kekuatan untuk menjalani kehidupan yang seterusnya apatah lagi dengan peninggalan amanat yang paling besar iaitu anak-anakku. Buat abah_izz, ummi akan berusaha sedaya upaya memberi didikan yang terbaik seimbang dunia dan akhirat pada anak-anak kita, insya allah. Alhamdulilah Izzah anak sulungku berjaya mengekalkan kedudukan no 1 dalam ujian baru-baru ni. Kenangan manis untuk Izzah sebelum dia berpindah ke sekolah barunya....


Penghijrahan kali ini sungguh bermakna bagiku yang membawa perubahan besar dalam kehidupan ummi_izz sekeluarga. Aku kembali kepada kepangkuan keluarga. Bersyukur padamu Ya Allah kerna aku masih ada mak, abah dan adik-beradik untuk anak-anak abah_izz mendapat belaian kasih sayang. Dari segi kerjaya, insya allah aku kan kembali sebagai seorang guru. Terima kasih pada rakan-rakan seangkatan yang tidak putus-putus memberi kata-kata semangat untukku.

Pada rakan blogger yang masih sudi menjenguk blog abah_izz, terima kasih di atas sokongan moral yang diberikan. Akan tetap ummi_izz mengupdatekan entry walaupun tidak serajin arwah abah_izz buat tatapan anak-anak untuk kenang-kenangan akan datang.

"Kalau abang dah x der, sape lah yang nak jage blog ni ?" itulah kata gurauan yang pernah arwah suarakan semasa mengupdate ntry tentang penyakit G6PD. Tapi masa tu aku tak jawab sebab aku rase soalan tu tak penting..... Share

21 Comments...TQ:

@mel said...[Reply to comment] @ 3/31/11, 11:40 AM

as'salam ummi_izz..

sekadar mengekalkan rutin menziarah blog abah_izz mcm biasa..

tp kali ni berbeza rasa bila berkunjung ke sini...

sentiasa sayu x mcm dulu2...

apa2 pon Al-fatihah buat @bah _izz..

p@kcikLie / mamadiana said...[Reply to comment] @ 3/31/11, 11:46 AM

Tahniah izzah, dpt kekalkan keputusan periksa tu...pakngah sekeluarga turut sama gembira..

utk ummi izz, teruskan update/jaga blog ni , sebagai kenangan yg menjadi tatpan kami di sini.

Fieza79 said...[Reply to comment] @ 3/31/11, 11:58 AM

tetap mengunjung blog ni tp perasaan dh tk sama..jadi sayu sgt bila dtg sini...

|| NaFiRaa || said...[Reply to comment] @ 3/31/11, 12:41 PM

semoga penghijrahan ummi_izz nih memberikan beribu kebahagian buat ummi_izz dan anak2..

mummiey said...[Reply to comment] @ 3/31/11, 12:49 PM

Semoga penghijrahan ini memberi kekuatan kepada ummi_izz utk meneruskan kehidupan bersama 'amanah' yang ditinggalkan oleh arwah..Semoga dirimu terus tabah...

Aziela said...[Reply to comment] @ 3/31/11, 12:58 PM

Penghijrahan bukan saja tempat, tapi juga hijrah kehidupan. Saya sangat bangga kerana ummi_izz teruskan perjuangan sebagai seorang ibu dan wanita yang kuat mengharung cabaran hidup. Kenangan akan kekal disitu, memori baru akan terus tercipta. G6PD posting terakhir abah_izz, seakan dia sudah tahu dia akan 'pergi'. Alfatihah sentiasa...

ainnoraini said...[Reply to comment] @ 3/31/11, 1:26 PM

sedihnye...sayu pun ade...

alfatihah untuk aruah...saya akan sentiasa bertandang kesini...

tabahkan hati ye...

far_red said...[Reply to comment] @ 3/31/11, 2:33 PM

Salam.

Saya merupakan pengikut baru blog ini. Saya terjumpa blog ini secara tidak sengaja dan terus tertarik dengan entri-entri yang disiarkan.

Walaupun saya hanya sempat mengikuti karya arwah abah_izz daripada pahit akan manis akhirnya (tarikh siaran 16/2/2011) hingga G6PD.. Hampir terlupa aku (tarikh siaran 23/2/2011), saya tetap berbangga dengan umi_izz yang tabah dalam meneruskan legasi blog ini.

Selamat maju jaya. Semoga terus cekal dalam menghadapi hari-hari mendatang...

LyNn HaMzAh said...[Reply to comment] @ 3/31/11, 3:10 PM

salam...
ummmi, lynn sentiasa mengikuti perkembangan blog nie...
moga ummi tabah yer menghadapi dugaan hidup...
al-fatihah untuk arwah abah_izz...

Anonymous said...[Reply to comment] @ 3/31/11, 4:43 PM

Tabahkan hati....Allah sentiasa menjaga diri kamu dan anak2.

Ieda Al-Habsyi said...[Reply to comment] @ 3/31/11, 5:09 PM

salam kak, saya tetap disini bagi menyokong keluarga akak sekeluarga

Rozita said...[Reply to comment] @ 3/31/11, 5:27 PM

salam takziah dari saya...

dan tahniah untuk anak ummi_izz

semoga ALLAh beri jalan yang mudah untuk puan sekeluarga... amin..

puteri qulayfornia said...[Reply to comment] @ 3/31/11, 6:46 PM

semoga ummi_izz tabah dalam menghadapi dugaanNya.....Al-fatihah wat arwah.....masih terdengar2 suaranya yg bertanyakn "ade surat saya x?" diiringi senyuan yg xpernah lekang dr bibir.....Pemergian yg amat dirasai.....

Cikli said...[Reply to comment] @ 3/31/11, 8:08 PM

tahniah untuk izzah, semoga terus bijak dan solehah

Hairil Rizal said...[Reply to comment] @ 3/31/11, 10:41 PM

Salam ummi izz...
Kehidupan diteruskan dan legasi itu akan sentiasa berlegar dikalangan kita yg mengingati.

Saya doakan semua urusan ummi izz dipermudahkan. Amin!

Jumpa lagi di entry lain :)

RIS-IT said...[Reply to comment] @ 4/1/11, 9:12 AM

Semoga penghijrahan Umi_Izz dapat memberi sinar kehidupan baru. Namun tak dinafikan memori terdahulu bersama Abah_Izz memang tak dapat dilupakan.

Kembara Perantau said...[Reply to comment] @ 4/1/11, 3:16 PM

Kadang2 terasa taknak singgah di sini..bukan apa...bila lihat gambar gambar..anak2 abah_izz serta post entry oleh ummi_izz, murah sangat air mata d sini....arwahlah sahabat sejati yang sangat baik.

Kakzakie said...[Reply to comment] @ 4/2/11, 9:24 AM

Assalamualaikum Ummi_izz,

Rasa masih kekok tetapi itulah hakikatnya. Abah_izz tinggalkan kita buat selamanya.

Doa kakak smoga Ummi diberi ketabahan dan kekentalan dlm mengharungi hidup bersmam tingglan arwahnya. Sambung kerjaya yg lalu dan selalu titip doa buat abah_izz.

Kakak masih sebak setiap kali membuka blog ini. Alfatihah buat arwah....

gadisBunga said...[Reply to comment] @ 4/4/11, 5:25 PM

salam ummi_izz. teruskan update blog ni..anggaplah kami ni sebagai keluarga maya.

coklet chenta said...[Reply to comment] @ 4/8/11, 12:55 AM

salam ummi izz...alhamdulillah, ada kesinambungan blog abah izz...buat kenangan kami rakan blogger..boleh jugak kami tahu perkembangan ummi izz sekeluarga...smoga ummi izz sntiasa dibawah rahmaNya...

Anonymous said...[Reply to comment] @ 7/1/11, 10:43 PM
This comment has been removed by a blog administrator.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ShoutMix chat widget