-Disebalik...Lens@ Kehidupan-

" -Pelbagai Kisah Mampu Diungkapkan.....-"

Lens@bah_izz

Hijrahku bersama kenangan...

Published by ab@h_Izz under , on Thursday, March 31, 2011

 Sudah tiba masanya aku berhijrah kembali ke tempatku dan membawa bersama segala kenangan suka duka sepanjang kehidupanku di Kuala Terengganu. Tiada apa lagi yang perlu ditunggu kerana sememangnya penghijrahanku ke sini hanyalah semata-mata untuk menjadi "full time housewife" kepada abah_izz. Sedikit pun tidak pernah ku kesal mengambil "cuti tanpa gaji" kerna untuk sentiasa bersama-sama dengan abah_izz. Aku puas dengan pengorbanan yang telah ku lakukan walaupun seketika cuma.

Sedikit demi sedikit, aku kumpul kekuatan untuk menjalani kehidupan yang seterusnya apatah lagi dengan peninggalan amanat yang paling besar iaitu anak-anakku. Buat abah_izz, ummi akan berusaha sedaya upaya memberi didikan yang terbaik seimbang dunia dan akhirat pada anak-anak kita, insya allah. Alhamdulilah Izzah anak sulungku berjaya mengekalkan kedudukan no 1 dalam ujian baru-baru ni. Kenangan manis untuk Izzah sebelum dia berpindah ke sekolah barunya....


Penghijrahan kali ini sungguh bermakna bagiku yang membawa perubahan besar dalam kehidupan ummi_izz sekeluarga. Aku kembali kepada kepangkuan keluarga. Bersyukur padamu Ya Allah kerna aku masih ada mak, abah dan adik-beradik untuk anak-anak abah_izz mendapat belaian kasih sayang. Dari segi kerjaya, insya allah aku kan kembali sebagai seorang guru. Terima kasih pada rakan-rakan seangkatan yang tidak putus-putus memberi kata-kata semangat untukku.

Pada rakan blogger yang masih sudi menjenguk blog abah_izz, terima kasih di atas sokongan moral yang diberikan. Akan tetap ummi_izz mengupdatekan entry walaupun tidak serajin arwah abah_izz buat tatapan anak-anak untuk kenang-kenangan akan datang.

"Kalau abang dah x der, sape lah yang nak jage blog ni ?" itulah kata gurauan yang pernah arwah suarakan semasa mengupdate ntry tentang penyakit G6PD. Tapi masa tu aku tak jawab sebab aku rase soalan tu tak penting..... Share

Hajat abah_izz yang tak kesampaian.....

Published by ab@h_Izz under , , on Thursday, March 24, 2011


Manusia hanya mampu merancang, tapi...Tuhan jua yang menentukan !

Tiga minggu sebelum abah_izz menghadap Ilahi, 2 perkara yang sempat arwah rancang tapi tak sempat ditunaikan. Pertama arwah sudah pun mohon cuti untuk bercuti di kampungnya sempena cuti sekolah yang secara kebetulannya jatuh pada hari pemergiannya. Sudah menjadi aktiviti tahunan kami, asal ada cuti sekolah yg panjang, kami akan bawa anak2 melepas rindu pada atuk,opah, atuk abah dan atuk maknya......

Hajat kedua arwah ialah nak attend kursus DSLR time cuti sekolah ni. Dah bayar pun depositnya. Tapi apakan daya takdir penentu segala-galanya. Diimbas kembali.....kamera tu adalah barangan milik peribadi arwah yang terbaru dibelinya. Ummi_izz sikit pun tak pernh menghalang kalau2 abah_izz nak melangkah jauh dalam bidang fotografi . Sebab tu lah ummi_izz sanggup menghadiahkan kamera tu sebagai tanda cinta kami walaupun abah_izz berkeras akan membayar semula harga kamera tu. Tapi ummi_izz dah lama halalkan, bang......Begitulah sentimentalnya nilai kamera tu walaupun harganya tidaklah segah mana.....

Walaupun abah_izz sudah tiada.....tapi lens@kehidupan bersama abah_izz tetap subur mekar dalam ingatan ummi_izz bersama anak-anank tersayang. Al-fatihah.







Share

Pemergian abah_izz sangat dirindui.....

Published by ab@h_Izz under on Sunday, March 20, 2011
Hari ni genap seminggu abah_izz kembali ke rahmatullah. Abah_izz telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada hari Isnin bersamaan 14 Mac 2011 di Unit Rawatan Rapi, Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu pada pukul 12.30 tengah hari di hadapanku, isteri dan ditemani bondanya serta ayahanda mertuanya.

Baru hari ini aku, isteri arwah memiliki kekuatan untuk berkata-kata di blog abah_izz yang sudah lama tidak berupdate semenjak serangan penyakit yang menimpa arwah. Semuanya sudah tertulis dan tersurat untuk ku dan anak-anakku. Apa yang mampu ku lakukan adalah berdoa semoga arwah suamiku tercinta ini ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Aku redha dan pasrah di atas pemergian abah_izz yang tidak ku sangka secepat ini......Al-fatihah . Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ShoutMix chat widget