-Disebalik...Lens@ Kehidupan-

" -Pelbagai Kisah Mampu Diungkapkan.....-"

Lens@bah_izz

Tahun Baru...Darjah Baru...Ada yang Baru...

Published by ab@h_Izz under , on Friday, December 31, 2010
.
Tinggal beberapa jam lagi untuk kita melangkah ke Tahun 2011....

Dan yang pastinya , sesi persekolah akan bermula juga setalah bercuti panjang, termasuklah anak sulung aku yang akan melangkah naik ke tahun 2, ...tahun depan tak perlulah kut nak tunggu2 lagi cam darjah 1 dulu...banyak pe 'elnya budak-budak yang mula-mula masuk darjah 1 ,termasukah menjadi kewajipan mak atau bapanya untuk apply cuti time tu.
dan aku juga ada sesuatu yang baru sebagai hobi yang baru bermula 2011, sebagai 'beginer' aku perlu banyak belajar lagi dan lagi untuk aku sampai kesuatu tahap yang aku idamkan..i'Allah. Janji aku, ia tak kan menjadi sesuatu yang 'kosong' .Aku berjaya memilikinya setelah sekian lama ku idamkan..mungkin belum terlambat dan aku akan buktikannya. Marah betul aku ngan kawan aku ni, bila aku cakap nak beli tu....siap perli lak "ko minat jugak ke??..aku tengok ko pegang pun tak pandai "...he..he, takper kita tengok nanti bro..( anggap ini sebagai cabaran..bolehh). 
Sekali lagi yang pastinya dan sinonim dengan tahun baru..adalah azam. Azam aku pastinya akan menjadikan tahun 2011 lebih baik dari tahun2 yang lepas...InsyaAllah.

Share

Piala Suzuki AFF : Persoalannya, Mampukah....

Published by ab@h_Izz under , , on Wednesday, December 29, 2010
.

Hai!...citer pasal bola lagi...takper sikit je lagi...


Tinggal beberapa jam lagi sepak mula antara Malaysia dan Indonesia  akan berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia. Sama-sama kita nantikannya. Persoalannya..........




1. MAMPUKAH Pasukan kita menyerap tekanan yang diberikan oleh penyokong-penyokong fanatik tuan rumah yang sudah pasti memenuhi setiap ruang stadium Gelora Bung Karno.






2. MAMPUKAH Pasukan kita mempertahankan kelebihan jaringan 3 gol yang dimiliki oleh pasukan kita.Dengan kata lain bermain secara bertahan seperti di Vietnam tempohari.






3. MAMPUKAH Pemain-pemain kita menjaringkan atau menambah gol pada malam ini. Kerana jaringan di tempat lawan adalah satu bonus bagi Malaysia jika kedudukan berkesudahan seri.






4. MAMPUKAH Pasukan kita mengekang asakan yang pasti bertali arus dan bermati-matian oleh pemain-pemain Indonesia kerana mereka memerlukan sekurang-kurangnya 4 gol untuk bergelar Juara.





5.MAMPUKAH  Penjaga gol kita,Khairul Fahmi mengawal gawang Malaysia dari dibolosi serta buat  {don't no} terhadap sinaran laser yang ditujukan kepadanya yang berkemungkinan jumlah pancarannya lebih banyak lagi berbanding Markus.




6. MAMPUKAH Malaysia sekali lagi mengelak dari mengalami kekalahan kepada Indonesia 5-1 sebelum ini. Jika ini terjadi lagi....jawabnya akan kempunanlah Malaysia.








7. MAMPUKAH Penyerang Malaysia, Safee Sali menambahkan jaringan gol untuk Malaysia dan untuknya  untuk menjadi penjaring terbanyak kejohanan.






8. MAMPUKAH Pegantin baru, Norshahrul Idlan Talaha mempamer aksi hebat sekali lagi sebagai  penjaring ataupun pencetus gol untuk Malaysia dan  seterusnya untuk dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai Kejohanan.






9. MAMPUKAH Jurulatih Malaysia, K.Rajagopal membawa pasukan kita menjuarai kejohanan sebagai jurulatih tempatan . Yang lain semua pakai jurulatih import punya.






10. MAMPUKAH kita menafikan  sinetron kuasa-kuasa bomoh bola sepak Indonesia..kalau ada la..Ha..ha2








11. MAMPUKAH pasukan Malaysia  kali ini membawa balik Piala Suzuki AFF 2010, setelah 14 tahun kejohanan sudah bermula. 

Malaysia  Boleh....







Akhir sekali MAMPUKAH kita sama-sama saksikannya di Stadium Gelora Bung Karno untuk membentuk lautan kuning....kalau tak mampu, sama-samalah saksikannya kat TV mana-mana malam ni....


Share

Patutkah Yang 'Bongsu' Dimanja....

Published by ab@h_Izz under , , on Tuesday, December 28, 2010
.
" Anak kau ni yang nombor berapa.?"...
............" Ni, yang bongsu..".......

" Ohh...patutla pun  Manja..."


Dah biasa dengarkan dialog-dialog cam ni,yang biasanya begitu sinonim mengaitkan antara bongsu dengan manja. Aku pun tak berapa pasti Manja tu maksudnya macam mana. Dari segi pemahaman dan pandangan peribadi aku mungkin manja sebagai anak ni boleh dikategorikan sebagai manja dengan :

 Kasih sayang yang diberikan oleh ibubapa yang berlebihan terhadap sesesorang anak . Sayang sangat kut sampai sanggup buat apa sahaja dan...

Anak-anak pula lebih suka bergantung harap dari ibubapa dari pelbagai sudut dan keadaan.


izz ukasyah...kini dialah yang bongsu....
Okay..berbalik pada tajuk yang dinyatakan....Yang pastinya aku bukan anak yang bongsu, dan yang belum pasti , kat atas tu adalah anak aku yang bongsu setakat ini, mungkin...sebabnya yang ni pun dah ke-4. Belum ada perancangan lagi...Alhamdulillah..setelah 1,2,3 dan akhirnya nilah hero yang satu. Kakak-kakaknya begitu sayangkannya....mungkin dialah yang paling comel kut, tapi aku tau mereka ni sayang sangat2 padanya. Aku lak..cam biasalah, dah kecik sekali,mestila sayang lebih sikit kut...tambah-tambah boy kan!. 

Tapi tak sedap la pulak, tu lah...takkan dah besar nanti dia pulak yang Manja..kalau perempuan takper la.

Isshh..ishh..Izzz

Share

Sinar Laser Hijau, Kontroversi Akan Berpanjangan

Published by ab@h_Izz under , on Monday, December 27, 2010
.
Kata-kata Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudoyuno sejurus selepas perlawanan tamat..

PIALA AFF 2010
SBY Minta Menpora Protes Sinar Laser
"Tadi saya sudah bilang ke Menpora. Kalau pakai laser-laser begitu, protes saja."
MINGGU, 26 DESEMBER 2010, 20:24 WIB Arinto Tri Wibowo, Bayu Galih

ni kut yang digunakan oleh mereka2 yang degil..tapi nak tengok bola.
Malam tadi perlawanan antara Malaysia vs Indonesia tertangguh angkara penyokong kita yg 'degil' dengan tindakannya mengenakan pancaran laser hijau kearah muka goalkeeper Indon, Markus. Nasib baik perlawanan itu disambung semula, tanpa kita perlu bermain lagi di gelanggang yang berkecuali. Itu yang sebenarnya Indonesia mahukan. 

Namun keadaan itu sebenarnya membawa kebangkitan Malaysia 5 minit sepas permainan itu tertangguh untuk  membenam Indonesia 3-0. Selepas ini Indonesia pastinya mempergunakan alasan itu untuk menutup kelemahan mereka. Sukar untuk mengesannya siapakah pemiliknya dengan jumlah penyokong yang ramai itu...dan sebenarnya kejadian ini juga terjadi pada pemain kita tempohari dan juga berlaku pada pemain-pemain ternama yang lain....

pemain Nigeria kut...
C.Ronaldo
Messi ...














Dekat Indon pun sama.....







Mungkin selepas ini kejadian yang sama akan berulang bila pemain kita bermain di  Gelora Bung Karno, Indonesia. seperti pepatah.........What 'kita' give..'kita'will get back.... Share

Malam-Malam Cari Makan...

Published by ab@h_Izz under , , on Sunday, December 26, 2010
.
Malam ni ada bola..Malaysia lwn Indon. Pastinya ramai yang gie Bukit Jalil, aku jer yang tak berkesempatan walaupun tiket dah dibeli.Tak pun malam ni ramai yang melekat kat TV untuk sama-sama sokong team Malaysia. Aku dah bagitau kat ummizz dan anak-anak, malam ni tak leh kacau, tak leh gi jalan-jalan nanti terlepas. Ha..ha2.

@ Gerai Warna Kuning , Pantai Kelulut, Mara

Memandangkan malam ni tak boleh nak keluar mana-mana.Tu yang kami ambik kesempatan untuk bersama family keluar cari makan malam semalam. Dan sudah tentunya kalau nak makan seafood kat tempat aku ni, aku lebih suka pergi kat gerai @Pantai Kelulut,Marang berbanding kat area Pantai Batu Buruk@KT. Lagipun kat sini lagi sedap kut, kalau duduk kat ngan pantai lagi best, sejuk berangin bersama deruan ombak......dan lagi satu murah lagi la compare aku makan kat sana.
...Kami makan yang kunyah2 jer (ringan kut..hi..hi2) Jom layan gambar kasi lapar..

Makan ABC, anak2 aku memang suka...Istimewanya : lambat sikit habis kalau order ni..ha..haa2, Keburukannya : kalau tak pandai makan memang comot, cam anak2 aku yang nak makan sendiri.

Kerang Bakar : Anak-anak aku memang tak suka, busuk katanya. Sedap memang sedap tapi susah nak makan,tu yang sampai guna dua-dua belah tangan....

Haaa..ni baru betul Sotong Goreng Tepung, ada setengah tempat tepung jer lebih...cam cekodok sotong. Kat sini sotong dia besar-besar ...

Alhamdulillah Misi Berjaya.....sure akan gie lagi sini untuk menu yang seterusnya.Ni pun dah tak larat nak habiskan.......habisssss
Share

Tiket Juga Adalah Maruah......

Published by ab@h_Izz under , , on Saturday, December 25, 2010
.
Sayangnya tak dapat balik ke Subang minggu ni, walaupun aku dah pun ambik cuti yang agak panjang selepas Krismas. Hajat di hati sambil gie mah MIL aku, bolehlah aku gi Bukit Jalil...tengok live suasana bola kat stadium Malaysia lawan ngan Indon Ahad ni. Lama dah tak merasa suasana di mana rakyat Malaysia bersama2 memberikan sokongan moral & semangat , dulu asyik kena kutuk jer team Malaysia. 

Ada hal dan program lain yang tak dapat dielakkan...maka tiket yang telah dibeli oleh rakanku disana terpaksa dijual kepada orang lain. Pesan ku...." ko juallah tiket aku kat member2...tapi jangan ko jual kat mamat Indon dahla...."

google pic : Jelessnya aku....hangpa semua leh pi

Mungkin bagi mereka yang inginkan keuntungan atas angin yang cepat, mereka ni akan buat apa saja. Senang senang jer nak jual tiket2 tu kat mamat Indon..beli RM30...jual RM60 pun diaorang beli. Ada lebih 3 juta orang mereka kat sini .Memang betul tak salah...ye ker. Mungkin salah satu cara berniaga gak kan! Tapi......bagi aku aku sokong kenyataan dari Datuk Azzuddin...

" Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad menyifatkan rakyat tempatan yang cuba meraih keuntungan dengan menjual tiket kepada penyokong Indonesia adalah tidak bermoral malah tidak sepatutnya terjadi. Saya harap rakyat Malaysia benar-benar jujur dan jika perbuatan sebegitu dilakukan seolah-olah seperti menjual maruah negara sendiri,”.....sumber utusan hari ini


google pic: Cayalah...Malaysia boleh..


Biarlah stadium bukit jalil nanti dipenuhi warna biru dan kuning...bukannya lautan merah...kalau merah red warriors takper lagi....

Sokong-sokonglah, Renung-renungkan....IC aku warna biru....
Share

Sarapan Dimana......

Published by ab@h_Izz under , , , on Saturday, December 25, 2010
.
Wah...mungkin ada yang dah dapat bersarapan dengan makanan febret masing2.Ataupun dah keluar mana-mana untuk pekena sarapan yang best atau dah gi ngeteh kat mamak-mamak semalaysia ..So bolehlah kongsi-kongsi apa yang best sangat....

Aku pagi ni bersarapan @nasi goreng homemade punyer jer...aku tukang makan bersama anak2...sambil layan nasi lemak kopi O. Sebenarnya dah tak tau nak makan apa dah kat luar sana...kalau kat @KTGanu ni..cam biasalah, tak sah kedai makan tu tak jual nasi dagang,nasi minyak,nasi kuning....dan semestinya ikan tongkollah menu utamanya. Anak aku lak...tak berape sangat ngan nasi-nasi diatas...lebih suka makan nasi yang mak dia masak cam ni.....

mungkin hasil air tangan ibunya lagi sedap dari tempat2 lain...itulah penangannya


Kalau korang nak cari sarapan nasi dagang best kat sini, nanti aku bagitau dan kalau yg ingat lagi kedai yang pernah masuk paper dulu pasal harga nasi dagang ngan kepala ikan tu pun antara yang femes.....ramai yg pergi kat situ termasuklah aku.... SELAMAT BERSARAPAN....

Share

Menanti Hari Jumaat Yang......

Published by ab@h_Izz under , , on Friday, December 24, 2010
.

Imam Al-Ghazzali berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat. Pada hari itu dijadikan Adam a.s. dan pada hari Jumaatlah terjadinya kiamat.


"Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan semulia-mulia hari di sisi Allah."

Aku menanti hari Jumaat hari ni...kerana kat sini hari ni adalah bermula hari cuti dan dapat untuk bersama family tersayang, pagi2 bersarapan bersama dan tolong ringankan sikit kerja ummiizz yang agak memenatkan dalam menguruskan 4 orang anak-anakku...
Bagi yang esok baru start cuti pun, hari Jumaat pasti ditunggu-tunggu, yang mana plan nak bercuti dah pun ready  untuknya hari nikan. Bagi yang perempuan, hari ni lunch hour lama sikit kan!..so bolehlah gi mana-mana yang terlintas dihati.....hi..hii2. Bagi yang muslim & lelaki jangan lupa lak noo...ada tanggungjawab yang wajib kita laksanakan...
Just to share...untuk aku dan semua....

 Menunaikan Sembahyang Jumaat
Nabi bersabda "Barangsiapa yg dapat menunaikan sembahyang Jumaat maka baginya disisi Allah pahala seratus orang yg mati syahid. Dan barangsiapa meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak 3 kali tanpa darurat, maka Allah akan mengecap hatinya".

Doa Antara Dua Khutbah
Kebanyakan ulama berpendapat waktunya adalah antara dua khutbah, iaitu pd saat imam sedang duduk setelah khutbah pertama sebelum beliau bangun utuk khutbah kedua. Saat inilah saat yang paling
dimustajabkan doa.

Sedekah Pada Hari Jumaat
Bersedekah membawa pahala yang besar. Ia menjauhkan bala, menjauhkan penyakit dan mendekatkan diri kepada Allah. Apalagi jika dilakukan pada hari Jumaat.

Mati Pada Malam Jumaat
Hadis nabi "Tidak seorang muslim yg mati pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali diselamatkan Allah daripada fitnah kubur".

Ibadah pada hari Jumaat
Perjalan ke masjid - adalah sunnah mengambil jln yg jauh tetapi apabila pulang sunnah ambil jln yang dekat - Imam Al-Ghazzali.

Selawat
Sabda nabi "Banyakkanlah berselawat ke atasku pd hari Jumaat kerana sesungguhnya ia adalah hari saksi (hari Jumaat) disaksikan oleh para malaikat.

Mandi dan Pakaian
Sunnah pada hari Jumaat memakai pakaian yang bersih, baru dan berwarna putih.

Memotong Kuku
Ibn Masud berkata "Mereka yg memotong kuku pd hari Jumaat, Allah akan sembuhkan dia dari segala penyakit dan berikannya keselamatan


Semoga Jumaat yang mulia ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya....InsyaAllah... 


share link @http://al-insyirah.forummotion.com
Share

Azam Berazam....Untuk Kerjaya 2011

Published by ab@h_Izz under , , on Thursday, December 23, 2010
.
Esok dah start cuti...dan bercuti lagi selepas cuti Krismas.Pastu tinggal beberapa hari lagi untuk masuk ke 2011. Berdasarkan pencapaian kerja aku sepanjang tahun ni not so bad lah...atas kertas memang tercapailah. Dari segi kuantiti takder masalah,mungkin dari segi kualitinya yang menjadi persoalannya.


Untuk tiga perempat 2010 dulu penumpuanku terhadap kerja memang tak fokus sangat.Aku terpaksa memikirkan antara kerja dan keluargaku yang tak dapat pindah bersama. Anak aku yang tak nak gi sekolah dan lain2. Segala usaha dilakukan untuk mengatasi masalah ni hanya sia-sia. Aku selalu gak 'hilang' ...dan 'meminta pertolongan' orang lain untuk ke arah itu yang terpaksa aku lakukan...hi..hi2 ( hilang sunat). Walaubagaimana pun  tu semua kena ada perancangan ...dan yang penting kerja aku,aku dah buat dan hujung tahun  semuanya berehh.

Tapi tahun ni...2011, tahun baru azam kena baru. Family pun dah ada sini, anak aku pun suka dah sekolah kat sini sampai dapat no.1 okaylah tu. Tahun ni kena 'kerja' kuat sikit , kuantiti kerja  yang berkualiti...dan tak de dah tangguh-tangguh, dan yang penting tak hilangg doh...ha..haa2. Ni pun aku curi masa untuk berblog....takper sambil2 & tahun depan tak buat dah , time rehat jer aku buat .InsyaAllah..

Selamat bekerja dengan bersungguh-sungguh.... Share

Nak Try Radix Fried Chiken ( RFC ).....

Published by ab@h_Izz under , , , on Wednesday, December 22, 2010
.

Malam semalam aku ngan family ambik angin luar yang sentiasa sejuk memandangkan kat sini asyik hujan sokmo jer...sambil bawa anak2 jalan sambil cari tempat untuk makan.Anak-anak lebih suka makan fast food lah...dan kebetulan kat KT ni ada baru bukak RFC. Memang dah lama nak try..tapi dulu masa dok area Klang/Shah Alam memang tak dak, rasanya ni branch yg ke-9 kut, baru bukak 2 Disember lepas. So dah ada apa salahnya mencuba...Okay ke tak okay.....

@ RFC Kuala Terengganu ( Belakang Stadium Sultan Ismail )


Masuk jer dalam, tengok orang boleh tahan jugaklah ramainya. Design kaunter & menunya ada yang lebih kurang KFC lah...Takperlah, janji yang penting sedap dan cekaplah servisnya. Sebabnya memang aku kena bayar untuk service tu...tapi 5% je lah...hi..hi2. Tapi memang lamalah aku beratur untuk sampai turn aku compare lain2 fast food yang aku dah pergi untuk situasi costumer yang ramai. Bagi aku kalau masih tak improve....takleh dah nak kategorikan RFC kat sini sebagi Fast Food. , jadi Food courtl jelah. Mungkin baru lagi kut.....ataupun  staff pun baru kut ( kena bersangka baik). Okay layanzz...dah nak makan dah..


Design dan hiasan dalamannya menariklah bagi aku...so, okaylah RFC dah boleh buat cam ni.

Ni aku makan "Chicken Chop"@RM9.90+5%.........

Ni panggil "Chiken Set-B" ( Dinner Plate) @ RM10.20+5%...............

Tang menu/makanan aku rasa dari segi saiz...ayam RFC besar sikitlah. Rasanya sedap jugaklah, Mungkin dia pakai ayam organik kut. Aku jugak ada search kat diaorang punya info cam ni:

" Ayam organik adalah ayam yang diternak bebas daripada enzim babi @ makanan yang dilarang oleh agama Islam. Ayam yang diternak secara organik adalah ayam yang diberi makan seperti ekstrak herba yang kaya dengan bahan antioksida dan antikanser seperti halia, kunyit, pandan, habbatus sauda dan limau purut. Tanpa penggunaan antibiotik, tidak menggunakan hormon, beta agonist dan salbutamol. Faktor permakanan juga adalah penyumbang utama kepada daya tahan ayam daripada serangan penyakit. Bermakna ayam organik adalah ayam yang hanya makan makanan yang organik seperti spirulina dan tidak memakan dedak."


Walau cam na sekalipun.. aku memang sokong, sebab produk tempatan lagi dijamin Halal. Mungkin boleh setanding fast food lain...Tapi syaratnya, kena improvelah, terutamanya pada servis, kalau tak bagus sekali jer orang masuk....So yang mana tak try lagi dipersilakan.....
 



Share

Dunia Kamera DSLR.....

Published by ab@h_Izz under , , on Tuesday, December 21, 2010
 Salam....

Sebenarnya dah lama aku teringin nak cuba berjinak-jinak dengan benda ni. Alaa...yang dok gantung kat leher tulah. Tengok member-member aku kat Selangor dulu dah semakin pro dan boleh buat job dengan benda tu...waa jeless. Dulu terkial-kial je.....

Memandangkan benda tu memang memerlukan modal yang besar buat permulaan ( untuk DSLR yang powerla) jadi, tertangguhla hajatku nak rembat satu.... cuma kadang-kadang jer dapat guna,tu pun pakai opis punya.

Tak pelah....nanti ada rezeki, aku dapatkannya. Buat kawan2 ,blogger2 lain yang dah pro bolehla kasi tips...ha..haa2.

NIKON....D90 & D7000

Isshh....cam same lak ngan header aku :)

Hasil photo dan editing oleh memberku ."aidilakmal(dekbang)...aku pinjam gambar hang."  TQ..
Share

Mengapa Kita Menangis?

Published by ab@h_Izz under , , on Sunday, December 19, 2010

Aku pun menangis juga...


tapi belum lagi sampai ketahap ini.......
Aku menangis kerana terlalu sedih....,ada juga aku menangis kerana terlalu gembira ...kadang-kadang aku menangis juga kerana terlalu sakit.....banyak sebab untuk aku menangis dan juga tiada sebab lelaki  macam aku tak boleh menangis...

Sejak mula-mula aku melihat dunia ni pun aku dah menangis....sampai sekarang entah berapa kali aku menangis pun,aku tidak tahu.....mungkin belum tau  kira lagi masa tu....hu..hu..huu :( 


Mengapa kita menangis dan bersedih?

Apakah kerana kita ini kurang pandai dalam mensyukuri nikmat yang telah Allah berikan pada kita?
Apakah kita menangis karena ragu pada kuasa Allah?
Apakah kita menangis karena merasa tak sanggup menghadapi cobaan hidup?
Apakah kita menangis kerana  merasa Allah terlalu berat menguji kita?
Apakah kita merasa Allah itu tidak adil terhadap kita?

Bukankah Allah telah menjanjikan surgaNya bagi setiap hambaNya yang mampu melewati ujian hidup di dunia ini dengan baik?

Menangis atau bersedih bukanlah sesuatu yang hina, bergantung mengapa kita menangis. Menangislah jika itu mengingatkan kita pada Tuhan.
Menangislah jika itu membuat kita sedar bahawa kita ini benar-benar  makhluk yang lemah. Menangislah jika itu membuat kita sedar begitu banyak dosa-dosa kita selama ini .

“Maka mereka sedikit tertawa dan banyak menangis, sebagai pembalasan dari apa yang selalu mereka kerjakan”. (QS At Taubah: 82).

Sesungguhnya,  salah satu fungsi diciptakan air mata diantaranya adalah dapat meringankan beban kita dan membuat kita bahagia. Itu menangis bahagia namanya.


Sumber by ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA
Picture by google image. Share

Dari Vietnam untuk Malaysia....

Published by ab@h_Izz under , on Saturday, December 18, 2010
Entri buat pasukan Malaysia yang akan main bola malam ni di Vietnam...

Live @Astro CH813 , 7.30 pm

" Tidak ada apa yang bermain di fikiran jurulatih skuad kebangsaan, K. Rajagobal menjelang pertemuan separuh akhir kedua Piala Suzuki AFF menentang Vietnam hari ini, kecuali mencari gol di tempat lawan. 

Saya lihat keyakinan pemain semakin tinggi, bagaimanapun mereka harus sedar kelebihan dua gol bukannya bererti kita sudah berada pada zon selesa, sekurang-kurangnya kita perlu cari lagi dua gol dan pada masa sama bertahan sebaik mungkin.

Rajagobal sedar gol di tempat lawan bakal mencerahkan lagi peluang anak-anak buahnya untuk menempah tiket ke perlawanan akhir selepas mencatat kemenangan 2-0 pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Rabu lalu.

Menurutnya, bagi mencapai sasaran memperoleh gol ketika berdepan Vietnam di Stadium Nasional My Dinh, percaturan strategi yang tepat adalah amat penting agar Malaysia tidak terkulai di hadapan ribuan penyokong tuan rumah."

Gollll..........................

"Saya mahu mereka fikirkan tentang masa sekarang, perkara yang lalu biarkan berlalu. Ia tidak sama seperti sekarang, baik dari jurulatih mahupun pemain. Saya mahu mereka fokus dan jangan lepaskan peluang terbaik ini," katanya.


Dari Vietnam untuk Malaysia....Malaysia Bolehhh..

Sumber: hari ini punya utusan malaysia
Share

Melawat Mangsa Kebakaran Pelantar@HSNZ

Published by ab@h_Izz under , , on Thursday, December 16, 2010
Tengahari tadi time rehat aku keluar jap ke Hospital HSNZ meluangkan masa melawat salah sorang mangsa kebakaran Pelantar Minyak Bekok C baru-baru ni. Tak sempat nak pergi semalam, memandangkan time tu tengah berkursus dan dapat tahu pun bila aku tengok berita malam tu. 

Sumber: Harian Metro...member aku kat dalam bulatan merah tu.....
Sebenarnya salah seorang mangsa tu, adalah kawan baik aku time belajar kat uitm dulu ...satu kelas  dan satu rumah. Time aku kerja kat terengganu ni pun aku selalu jumpa dia masa inspection. Rasanya last jumpa 2 minggu lepas kat plant Petronas masa shutdown baru-baru ni, dan tak sangka pulak dia adalah salah seorang mangsa.Member aku ni adalah salah seorang yang kerjanya memang supervise berkenaan safety di plant dan pelantar.
aku ngan dia baru-baru buat inspection bersama untuk wakil yang berbeza.....

Time aku sampai, member aku ni baru sedar dari tidur, katanya baru lepas makan ubat . Malam pertama kejadian,doktor memang bagi ubat tidur agar mendapat rehat yang cukup..dan kalau tak bagi ubat tu,memang tak boleh tidur punya. Terasa kesakitan/perit kesan melecur kat muka dan tangannya.

Sempat bertanya khabar..dan dia ada citer serba sedikit cam mana boleh jadi accident tersebut dan tak sampai hati nak tanya lebih-lebih,memandangkan keaadaan mukanya yang berbalut kain dan yang tinggal hanyalah mata dan mulutnya sahaja.Apa yang aku ingat katanya " Time tu yang aku ingat...hanyalah Mati "

Alhamdulillah...keadaanya agak stabil,walaupun tangan dan mukanya masih berbalut. Kini ditemani oleh isterinya dan ahli keluarga yang banyak memberikan sokongan serta pihak majikannya yang memberikan sumbangan  dan kebajikan yang baik dan sewajarnya .

" Aku doakan semoga rakanku dan semua yang terlibat dipermudahkan olehNya , cepat beransur pulih hendaknya. Moga-moga pulih dari Trauma yang dihadapi untuk kembali bertugas nanti....InsyaAllah...Aminn"
Share

Kalau Nak Cari Salah.....

Published by ab@h_Izz under , on Monday, December 13, 2010
" Beribu Kebaikan Yang Dibuat.....Boleh Dihapuskan Oleh Hanya Satu Kesalahan Yang Dilakukan" 

Biasalah, kalau benda yang buruk atau yang salah selalunya orang akan selalu ingat....Ada yang ingat sampai mati dan ada juga yang sampai tak akan maafkan di dunia akhirat. Begitulah bezanya....tapi kalau selalu  buat baik pun , kadang-kadang tak pandang pun. Ntah ingat ke tak ingat.....Itulah lumrah kehidupan sebenar.

Kalau nak cari kesalahan orang , memang senang, tapi memang payah nak melihat kesalahan sendiri.  Kalau orang tu nak cari salah kita,walaupun tak jumpa dia akan cari jugaklah salah tu,walaupun itu mungkin kesalahan yang tersangat-sangat kecil. Macam pepatah idon ni cakap...layannz

" Kesalahan orang lain dibeberkan seperti menampi dedak, tetapi kesalahan sendiri disembunyikan seperti pemburu burung unggas yang menutupi dirinya dengan ranting pohon."
Nasihat untuk diriku dan semua......
Janganla macam ni....cubalah untuk kita 
menjadi pemaaf & saling bermaafan.

## picture from google..tq
Share

Suka & Tak Suka - Di tag oleh ' Gadis Kampung'

Published by ab@h_Izz under on Friday, December 10, 2010

Salam....

Terima kasih pada "Gadis Kampung" atas tag yg diberi...boleh terjah sana. Macam2 ada...tutorial pun banyak. Rasanya dah dekat seminggu dapat. Cuma tak sempat nak balas...baru jer habis berkursus lagi . Sempena cuti kat sini hari ni...."aku terima tag ni.....TQ

<
<
<



Gambor wajib kena letaklah
Meneruskan syaratnya kena la jawab beberapa soklan:

NAMA BLOG ANDA & SEBAB APA NAMA MACAM TU

Nama Blog aku..." Diseb@lik...Potret Kehidup@n.". Tak ada sebab pun aku letak nama tu. Cuma aku rasa ,bila nak tulis Entri yang ada gambar lebih senang nak meng'ayat'. Tu yang letak nama tu, cam orang cakap 'sekeping gambar, kita boleh discribe beribu patah perkataan'...ingat nak letak nama tu jer..tapi panjang sangat..ha..haa2

5 PERKARA YANG ANDA SUKA & TAK SUKA

1. SUKA dengan cara kerjaya saya sekarang ni,  sebabnya bila bekerja di Negeri tersebut, saya boleh pergi menjelajah semua tempat, boleh masuk semua tempat dan semestinya selepas kerja aku akan cari tempat2 makan yg  best untuk makan kat situ....tapi Aku juga TAK SUKA ngan kerjaya aku ni sebabnya selalu kena pindah-pindah, kalau boleh pilih takperla...Tapi kena menurut perintah.

2. Pasal Makan memang aku SUKA, makan jer apa saja, dapat jiran lak yang suka tukar2 makanan, dan sekarang ni pun ummiizz sejak cuti panjang ni pun dah rajin cuba resepi2 internet...sampai FB dia ,post semua pasal masakan dia. So.... aku makan jer. Tapi TAK SUKA bila dah makan ada 'orang cakap' badan aku dah naik....tapi suruh makan..hi..hii2

3. Pasal sukan memang aku SUKA, tak kisahlah apa jenis permainan sukan. Yang No.1 bola la...suka tengok live kat stadium, kena support sukan tempatan dulu. Kalau ada games besar /final untuk team Perak/Malaysia aku akn  gie...tapi sekarang team yg aku TAK SUKA adalah MU dan tak suka juga bila 15hb ni tak dapat tengok M'sia vs Vienam@ Bukit Jalil...kena kursus lak...........

4. Sebab maksud nama aku yang suka menolong, aku memang SUKA menolong, tapi aku memang TAK SUKA kalau ada orang yang ambik kesempatan.Kadang-kadang ada perasaan yg tak ikhlas bila nak tolong/derma pada situasi2 yang boleh meragukan.

5.  SUKA ambil gambar, tak kisahlah gambar pemandangan, aksi-aksi teletah dan perkembanagan anak-anak aku,benda2 pelik semua aku suka 'snap'.....puas hati bila dapat tengok & simpan . Tapi yang aku TAK SUKA nak tengok gambar sendiri sekeping sebulan pun payah....

Itu sahaja antaranya......Memandangkan dah lama dapat,cam nilah..sesiapa yang SUKA aku hadiah tag ni kat korang.....yang mana TAK SUKA, buat cammaner...wassalam






Share

Hijrah...dan Aku

Published by ab@h_Izz under , on Wednesday, December 08, 2010
Salam Maal Hijrah...Selamat Tahun Baru..Selamat Berhijrah

Sedar tak sedar dah masuk tahun baru Islam rupanya...semua orang ada azam,dan semua orang ingin berhijrah...berhijrah dari fizikal,lisan dan hati untuk mencari dan menjadi yg lebih baik antara yang terbaik. Aku pun nak 'Hijrah ' jugak....

Sebenarnya hijrah tidak mungkin terjadi tanpa apa-apa sebab yang mendesak. Tengok hari ini, orang berhjrah dari kampung ke kota kerana desakan menuntut ilmu, mencari kerja, berkahwin, berniaga, tekanan hidup, dan sebagainya termasuklah aku.

ANTARA HIJRAH AKU......( 1431H-1432H )

1. Tahun lepas aku dah pun berhijrah tempat...dari Klang ke KT dan  akan berharap  tahun depan akan berhijrah lagi.Bukan untuk berhijrah lain tempat, tapi  hijrah balik semula ,kalau boleh...hi..hii2 (balik area lembah klang). 

2. Alhamdulillah...Hijrah perjawatan aku dari Pangkat sekian ke Pangkat sekian...tapi nak semua ini, tu yg kena Hijrah yang no.1.

3.  Mendapat anak lelaki (baby izz) yang sebelum ni,yg 1st ,2nd & 3rd  semuanya perempuan....Alhamdulilah. 

4. Yang ni Ummi Izz & anak-anak pulak yang berHijrah ikut aku...yg mana 6 buan pertama aku jadi weekend husband kena ulang alik KT-KL...

5. Hijrah dari segi lisan dan hati  untuk mendekatkan diri kepadaNya  masih perlu aku lakukan dan pertingkatkan lagi..rasanya belum sempurna ataupun cukup.Kena banyak berHijrah lagi.

"Sebenarnya Hijrah amat perlu dalam kehidupan kita. Kena berhijrah dan terus berhijrah dari satu tahap ke tahap yang seterusnya. Paling kurang sekadar untuk sesuap nasi sebagai usaha untuk hidup, apatah lagi dalam mencari kesenangan, keamanan, keadilan, kebahagiaan dan keselesaan."






Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ShoutMix chat widget