Bila Anak2 Udah Bosan......
Published by ab@h_Izz under Akunyer Kisah, Kisah Family, nak cuti lagi on Monday, November 29, 2010Share
Hari minggu lepas baru balik dari Muar. Tak dapat nak jalan2 sangat pun disebabkan tak sempat nak pergi semua tempat memandangkn tujuan utama adalah untuk gi kenduri kahwin belah sepupu umiizz kat Muar tu.
…….Bandar Muar, Sesak juga hari tu,byk kenderaan masuk menyusuri jambatan sungai Muar untuk ke Bandar Muar, kebanyakan jalan-jalan kat dalam bandar adalah sehala…pergi jalan lain,balik jalan lain. Aku guna GPS,takyah pening2 nak ingat jalan. Kalau salah aku jual ‘Ko’…ha..haa2
Sedikit info yang aku tahu perkataan ‘Muar’ dipercayai berasal daripada Muara. Kemungkinan lain ialah ia berasal daripada perkataan hindu iaitu “Muna” dan ‘Ar” yang masing-masing bermaksud Tiga dan Sungai, menggambarkan kewujudan Sungai Muar yang mengalir melalui bandar ini dan juga merupakan sungai terpanjang di Johor.
Sempat juga singgah sebentar @Dataran Tanjung Emas…dan tertarik dengan keunikan Masjid Sultan Abu Bakar kat area tu…time ni pagi lagi…kalau tak , boleh gak aku berkesempatan untuk sembahyang di dalamnya, mesti lagi unik kut…
Yang aku tahu Muar ni memang terkenal dengan beberapa Makanan yang sinonim dengan bandar ni. Antaranya adalah Mee Bandung Muar, Nasi Beriani Gam, Air Bandung Muar, Asam Pedas Muar…dll. Tapi disebabkan aku pun tak berapa tau lokasi gerai yang betul2 ‘kaw’..maka tak dapat merasalah semuanya. Sekali lagi aku cuba dapatkan info tempat2 makan yang tersenarai kat GPS, manalah tau dia boleh tau tempat2 makan yang ‘famous’ tak lah aku terkial2 nak carinya. Tapi hampa sebaliknya…walau pun aku dah pergi satu gerai yang namanya Restoran Merlin “famous asam pedas in town” rupa-rupanya adalah gerai ‘bukan islam’ . Last2 pekena jugaklah beberapa makanan orang Muor….walaupun ada sikit tak puas hati tak dapat rasa yang bestt.
So… lain kali kena dapatkan info dr mana2 sumber yang boleh dipercayai kalau nak makan yang puas hati….hi..hii2. Tak per…ada rezeki dok lama2 kat sana…jalanlah puas2…makanlah,rasalah segala jenis makanan selagi boleh…..
Buat pengantin…& Keluarga:
Selamat Pengantin Baru….terima kasih atas jemputan, layanan,makanan ‘nasi beriani’ & air bandung Muor yang sedap…..+ ‘berkat’ yang diberi. Terima Kasih bebanyak….
Share











sesak sangat....kt dalam lagila...tak sesui nk bawa anak2 yang' baikkk sesangat'..