" Dulu Lain...Sekarang Lain.."
Published by ab@h_Izz under Anak-anak, Layang-Layang on Sunday, February 06, 2011Bila lalu kat pantai tadi, aku tengok dah colourfull layang-layang sekarang. Nak bentuk apa, warna apa, gambar apa, semua boleh dapat. Untungnya kanak-kanak sekarang. Rasa nak main..... minta je duit kat mak ayah, terus boleh main, senang pulak tu nak naikkannya....tambah-tambah main kat tepi pantai yang anginnya memang sepoi-sepoi banyaknya.
Tapi disebalik itu, sebenarnya dia orang rugi, tak dapat mengenalnya dengan lebih dekat . Kita dulu kalau nak main, terpaksalah cari buluh, raut lidinya dan hanya bercorakkan kertas surat kabar lama sebagai badannya. Kalau nak cantik sikit, gunalah kertas warna. Itu pun belum tentu naiknya keudara. Tak mahir pasang terajunya, menjunamlah ianya. Aku masih ingat.......nak bermain pun terpaksa menunggu tatkala musim menuai padi habis . Itu sajalah tempat permainan selapang-lapangnya duhulu.....orang cakap , dulu lain sekarang lain....Betul! aku akur....seperti :
Pesanan Sayidina Umar Al Khatab :
Share
Pesanan Sayidina Umar Al Khatab :
" Didiklah anak-anakmu mengikut zamannya kerana mereka dilahirkan bukan pada zamanmu."

