-Disebalik...Lens@ Kehidupan-

" -Pelbagai Kisah Mampu Diungkapkan.....-"

Lens@bah_izz

G6PD......Hampir Terlupa Aku.

Published by ab@h_Izz under , , on Wednesday, February 23, 2011
.
Note: G6PD adalah sejenis enzim dalam sel darah merah. Ianya berfungsi melindungi sel darah merah dari dimusnahkan dengan lebih awal.


Sebenarnya anak aku ni salah seorang yang mempunyai kekurangan G6PD. Hampir aku terlupa...bukan 'aku lupa' macam  (Azmi RL), memandangkan keletah & tumbesarannya macam kanak-kanak yang lain . Jadi bila dah dapat status G6PD ni, sebenarnya seseorang itu ada pantang larangnya. Kadang-kadang terlupa...
  • Bila anak demam/sakit ,terlupa nak maklumkan kat doktor yang anak aku ni kekurangan G6PD, maka bolehlah dia bagi ubat-ubat yang sesuai, sebab sesetengah ubat boleh mengundang bahaya .
  • Tak boleh beli/makan/simpan Kacang Parang. Antara Makanan yang perlu dijauhi, takut dia termakan.
  • Tak boleh beli/simpan/pakai Ubat Gegat kat rumah/kereta dll.
  • Tak boleh makan sebarang ubat,ubat tradisional, jamu atau ubat senseh.
Pada dasarnya G6PD tidak berbahaya tetapi jika ‘pantang larang’ dilanggar, proses hemolisis boleh berlaku di dalam darah seterusnya memberi komplikasi seperti sesak nafas atau pitam.
Tanda utama yang boleh dikesan jika bayi terdedah kepada benda larangan ialah kencing berdarah. Darah yang pecah itu serta merta akan tersumbat di saluran kencing. Ibu bapa perlu segera membawa anak ke hospital bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk.
Satu lagi.....
  • Bila dah besar nanti, kena dapatkan jugalah ‘rantai perubatan’ yang menandakan pemakainya kekurangan G6PD. Sebab kalau ada apa-apa, ia membantu sekiranya berlaku kecemasan sekali gus membolehkan doktor memberikan rawatan bersesuaian.
Sebenarnya, Ibu bapa yang mempunyai anak penghidap G6PD tidak perlu bimbang dengan tahap kesihatan bayi mereka. Seperti kanak-kanak lain, mereka akan membesar secara normal tetapi kekurangan enzim ini akan berlanjutan hingga mereka dewasa. Cuma kena pastikan mereka dijauhkan daripada bahan yang boleh membawa komplikasi.

# Sumber dari pamplet yang doktor bagi kat aku masa anak aku baru lahir dulu kena tahan wad@ppum selama 9 hari.


Share

39 Comments...TQ:

wida said...[Reply to comment] @ 2/23/11, 9:59 AM

kesiannya..ibubapa kena lebih berhati-hatilah yer.

tapi nape x leh mkn kcg parang?

wahida said...[Reply to comment] @ 2/23/11, 10:03 AM

simpati...saya pun ada sorang anak buah yg ada penyakit seperti ini...dia pun aktif mcm kanak2 yg lain jugak...cuma kena jaga pantang larang je lah....

Fieza79 said...[Reply to comment] @ 2/23/11, 10:47 AM

sy pn dh terlupa bahawa anak pempuan sy dl di sah kan ada G6PD...tp mcm pelik sbb kata doc, hanya bdk lelaki je yg bleh kena..xtau la kan...

tp smpai skrg dh 9 thn belum penah jadi apa2 kat dia...alhamdulillah...tp pntang ttp pantang walau mcm tk percaya je...

Aziela said...[Reply to comment] @ 2/23/11, 11:06 AM

Mcm mana nak tau anak kita or kita ada G6PD nie? Tapi selama nie makan kacang parang ok jer...ok kot la yer kan..?

NzA said...[Reply to comment] @ 2/23/11, 11:42 AM

bahaya tu..lain kali kena lebih hati2...kesian nnti kt baby tu....

|| NaFiRaa || said...[Reply to comment] @ 2/23/11, 12:00 PM

first time dengar pasal penyakit nih.. kira cam ilmu baru jugak nih.. tq atas info ini..:)

ahmad humairi said...[Reply to comment] @ 2/23/11, 12:36 PM

assalamualaikum,

ikutlah pantang-larangnya kalau tak terlupa.

Alin Marlini said...[Reply to comment] @ 2/23/11, 1:39 PM

anak buah saya pun ada penyakit ni..kalau blk kampung ubat nyamuk tidak dibenarkan...hehe

ab@h_Izz said...[Reply to comment] @ 2/23/11, 2:26 PM

@wida

kenapa kacang parang erkk..info yg saya tahu/dpt dari http://ujanasihat.com/info-penyakit/g6pd/:

-Keseluruhan bahagian tumbuhan ini mengandungi sejenis bahan kimia dikenali sebagai ‘levedopa’.Levedopa menyekat kuantiti oksigen daripada menyerap masuk ke dalam sel darah merah.

ab@h_Izz said...[Reply to comment] @ 2/23/11, 2:28 PM

@wahida

-samalah kita, tengok skrg pun dia memang aktif sgt, tu yg kadang2 terlupa dia ada pantang.

ab@h_Izz said...[Reply to comment] @ 2/23/11, 2:36 PM

@Fieza79

itulah,ikutkan memang potensi 2% dari bayi lelaki akan dapat kekurangan enzim ni. kanak2 perempuan ni adalah sebagai pembawa.

ab@h_Izz said...[Reply to comment] @ 2/23/11, 2:40 PM

@Aziela

Cam na nak tau??...
-Selalunya kekurangan enzim ini diketahui sebaik saja bayi dilahirkan. Contoh darah mereka akan diambil untuk dianalisis bagi mengetahui jenis darah, kekurangan G6PD, tahap bilirumin dan sebagainya. Antara tanda awal, bayi yang mengalami G6PD akan mendapat jaundis (demam kuning) yang agak lama pada hari pertama kelahiran lagi.

ab@h_Izz said...[Reply to comment] @ 2/23/11, 2:45 PM

@|| NaFiRaa ||

masa dpt tau dulu pun sama gak..blur & risau,nak bawa balik baby keluar wad awal pun tak dpt.kena tahan smpai 9 hari kat hospital

ab@h_Izz said...[Reply to comment] @ 2/23/11, 2:46 PM

@ahmad humairi

tq atas ingatan..:)

ab@h_Izz said...[Reply to comment] @ 2/23/11, 2:49 PM

@Alin Marlini

- haah..ubatt nyamuk pun kena elakkan, skrg nak sembur, baby kena bawa keluar..
-pewangi kereta dah lama tak pasang..manalah tauu alergik gak.

mama qistina said...[Reply to comment] @ 2/23/11, 4:03 PM

semoga anak abah sihat sentiasa..

masa anak lahir doktor dah cek memang tak de g6pd tu ..lega rasanya...

EyNaKiD said...[Reply to comment] @ 2/23/11, 11:11 PM

oo br taw pasl gdpd ni..emm susah gk ye..

LyNn HaMzAh said...[Reply to comment] @ 2/24/11, 11:44 AM

first time baca tntg nie...erm, macam mana leh dapat tahu mula2 tu yer...ada tanda2 ker?

ab@h_Izz said...[Reply to comment] @ 2/25/11, 2:59 AM

@LyNn HaMzAh

dpt tau pun masa ambil darah baby masa lepas lahir...sebelum tu mmg tak tau.

Kakzakie Purvit said...[Reply to comment] @ 2/25/11, 9:08 AM

Nampak macam mudah. Tapi takut terlangar pantang. Lagi kalau si comel yg belum tahu lagi effect kalau makan yg dipantang. Masa di sekolah lagi. Kesian kan.... Moga Izz cepat pulih. Mana tahu sebab dah kawal dari sekarang bila sekolah nanti dah ok. Allah juga yg tahu....

shahjiehan said...[Reply to comment] @ 2/26/11, 4:54 PM

1st time ziarah!style blog nih

jom baca dan komen ! !shahjiehan [dot] com ! !: Novel cinta yang hangat di pasaran.

NM02 said...[Reply to comment] @ 3/1/11, 5:47 PM

singgah lompat kat sini dan tinggal jejak sekali.

Fadzli Amir said...[Reply to comment] @ 3/4/11, 9:38 AM

Salam kenal Bro...memang info yang bagus...terkadang kita , parent yg selalu lupa...

::contengan hati::)) said...[Reply to comment] @ 3/8/11, 2:24 AM

yup makan dia kena pantang,
abang yart pun sakit cm nie gak dulu tapi sekarang alhamdulilah dah makin hilang,,

banyakan doa yer ..

Suziey Ahmad said...[Reply to comment] @ 3/14/11, 3:52 PM

ank buah kita pn G6PD..mmg pantang pd kacang parang dan ubat gegat..

Zue Sancer said...[Reply to comment] @ 3/14/11, 8:33 PM

Allah..sedihnya da takde..salam takziah...

hana said...[Reply to comment] @ 3/14/11, 11:50 PM

G6PD nh penting tuk red cell metabolism...
dat y sape2 yg kurang G6PD nh kene jage pantang supaya x de blaku nye hemolysis...
=D

Unknown said...[Reply to comment] @ 3/15/11, 12:41 AM

INnalillah hiwaiinailaihirajiun ..
salam takziah wat famili pemilik blog ni ..huhu (=_=')

Unknown said...[Reply to comment] @ 3/15/11, 1:27 AM

salam takziah buat family pemilik blog ini....alfatihah...
smoga rohnya dicucuri rahmt, selamat dr seksaan kubur...dan diampunkan segala dosa-dosanya...
smoga isteri arwah tabah mnghadapi ketentuan dan mmbesarkan zuriat arwah dgan sebaiknya..

Liza said...[Reply to comment] @ 3/15/11, 8:11 AM

Salam Takziah buat family Abah Izz. Semoga Rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.Amin

marina anakcikbob said...[Reply to comment] @ 3/15/11, 9:07 AM

Innalillahiwainnalillahiroji'un.. salam takziah untuk keluarga arwah..

akubiomed said...[Reply to comment] @ 3/15/11, 1:27 PM

Ucapan takziah kepada keluarga arwah. Moga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman

Aziela said...[Reply to comment] @ 3/16/11, 11:20 AM

Assalamualaikum...
Saya dapat berita dari blog Mat Gebu. Saya sangat tidak percaya sebab baru jer Abah Izz bersoal jawab dengan kita semua. Takziah saya ucapkan kepada keluarga dan isteri. Saya doakan semoga segala rahmat dan kemudahan di limpahkan kepada arwah. Semoga puan terus tabah menempuh ketentuan Allah. Kebahagiaan yang dikurniakan selama ni, walaupun sepintas lalu, akan menjadi permata berharga seumur hidup... Amiin...

kak ina kl said...[Reply to comment] @ 3/16/11, 11:46 AM

al fatihah buat arwah dan semuga rohnya di tempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman

Suziey Ahmad said...[Reply to comment] @ 3/16/11, 5:34 PM

Allahuakbar..dh meninggal ke abah izz ni? innalillah..ade sape2 bole btau ape sebabnya yek..sakit / kemalangan?

Nurr_Rahmah said...[Reply to comment] @ 3/17/11, 10:56 AM

salam takziah utk keluarga abah izz. moga arwah dipermudahkan di sana. al-fatihah

afzan said...[Reply to comment] @ 3/17/11, 2:02 PM

salam takziah kepada keluarga arwah.
Semoga arwah dimasukkan dalam golongan orang-orang yang beriman

al-fatihah.

Ummi said...[Reply to comment] @ 3/20/11, 10:38 AM

hari ini masih jenguk blog arwah abah izz..walaupun arwah dah takde..takziah untuk keluarga arwah..moga isteriabah tabah membesarkan anak-anak..

nana said...[Reply to comment] @ 7/23/13, 8:22 PM

Takziah.. Smoga ditmptkn di tmpt yg mulia

Ank lelaki kdua sy ada g6pd. Jaundis kna tahan nicu hospital selayang 5 hari.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ShoutMix chat widget