-Disebalik...Lens@ Kehidupan-

" -Pelbagai Kisah Mampu Diungkapkan.....-"

Lens@bah_izz

Showing posts with label Apam Balik. Show all posts
Showing posts with label Apam Balik. Show all posts

Ohhh...Apam, Yang ku beli masa Balik....

Published by ab@h_Izz under , on Friday, January 28, 2011
 .

Mungkin tu yang yang namanya apam balik kut...ha..ha2, pandai jela. Makan minum petang tadi, sedap la pulak, tapi aku rasa, yang jual sekarang, makin lama, makin nipis lak...boleh nampak bayang sebelah dah aku tengok.



Dulu aku rasa, makan satu pun dah kenyang. Tak tau la pulak..ada banyak versi apam balik lak. Try google kat http://ms.wikipedia.org/wiki/Apam_balik..OOOOooo baru ku tau ada....versi Apam Balik Keropok, patutla nipis semacam je, rasanya bukan salah yang jual kut, aku kut yang salah, dia buat versi tu...kalau nak yg macam tebal2..jagung banyak2 ,buat sendiri la kan!...



Sedikit info pasal ni..

Apam balik atau juga dikenali sebagai apom balik, merupakan sejenis kuih tradisi Malaysia dan Singapura, sesuai dimakan pada waktu pagi dan petang secara bersantai. Ia merupakan sejenis kuih apam berkulit tebal yang dibakar dengan lapisan mentega dan ditaburi inti kacang dan jagung di atasnya dan kemudian dilipat dua. Apam balik sedap dimakan panas-panas.

Secara kasar terdapat dua jenis apam balik iaitu:-
  1. Apam balik tradisional: Merujuk kepada apam balik yang biasanya bersaiz kuali yang gebu.
  2. Apam balik keropok: Merujuk kepada apam balik kecil yang garing, kulitnya nipis dan rangup seperti keropok.


    Share
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
     

    ShoutMix chat widget