-Disebalik...Lens@ Kehidupan-

" -Pelbagai Kisah Mampu Diungkapkan.....-"

Lens@bah_izz

Nak berFB..Kena Ikut time noo....

Published by ab@h_Izz under , on Tuesday, November 30, 2010
Salam Semua...ditujukan khas buat yang berkenaan...

Dulu ok jer..Sebab dah lama tak masuk opis, try nak bukak FB baru2 ni...ada kuar macam kat bawah ni pulak.Hi..hii2 dah ada time yang di syorkan untuk berFB....

Ikut time ok..1.sebelum 8.30 pagi. 2. Antara 12.30pm -2.30pm. 3. Selepas 4.30......

Bagusla tu...aku sokong, tapi tak semestinya aku pun tak bukak time opis hours ,cuma bukanlah peng FB yang 'tegar' yang rasa macam nak kena check dan update status selalu. Lagi pun, aku tak selalu dok opis pun.Okay la tu..memang patut pun ada jadual cam tu, sekurang-kurangnya time kerja bolehla 'kosenterit ' ngan kerja...walaupun bukan 100% ha..haa2.

Ni pun sesuai untuk dipraktikkan untuk semua opis2, tak kirala gomen atau swasta. Nanti takder lah timbul komplen2 pasal tak siap kerja / pegawai asyik berFB jer time waktu kerja.

Persoalan kenapa tak sekat terus jer FB ni kat opis2 gomen khususnya, aku rasala mungkin disebabkan kebanyakkan kementerian2/jabatan2 telah pun ada akaun Fb...tu belum lagi yang Pak Menteri2 lagi..semuanya dah ada akaun FB lagi...So, nak tak nak, tak boleh nak sekat terus , tapi ada time yang sesuai...Okayla tu...semoga cara ini akan  membawa faedah bagi kedua2 belah pihak hendaknya.

p/s: Kalau time kerja boleh bukak FB, Time makan kita ber FB la pulak, tak yah gi kuar makan/shopping2....boleh ker?
Share

Bila Anak2 Udah Bosan......

Published by ab@h_Izz under , , on Monday, November 29, 2010
Minggu ni baru minggu pertama habis cuti sekolah, lama lagi nak habis, anak2 aku dah mula bosan dok rumah, asyik tengok TV, Tv tengok dia...main dalam rumah,main luar rumah semua dah, sampai  tak tau nak main apa lagi. Baru-baru ni dah dok kat rumah atok/opah dia...tapi nakal sangat, tu yang ajak balik KT semula. Sekarang lagi tambah bosan agaknya...dah tau dah, mesti nak ajak gi jalan2 la tu.....Ha..haa2


Baru2 ni pun....dah puas jalan2 & dok dalam keter, dari timur(Ganu) ke utara( P.Buntaq), pastu barat (KL), pastu selatan(Muar). Tapi tu bukan melancong pun...lalu jer. Mungkin lepas mi nak plan jugak la, bawa anak-anak ke satu tempat yang happening sikit. Sian gak tengok, dok kat rumah jer....

Kena cuti lagikan!...baru jer nak masuk opis, Mau bising kut big bos aku nak cuti lagi.. Minggu lepas pun dah bising, ada members yang kena tunjuk sebab pasai sambung lagi cuti lepas Raya Haji. Sib baik aku bercuti dalam berkursus..hi..hii2.Tak palah...bila dah keadaan ok..aku akan apply untuk bercuti lagi.

Tak tau nak gi mana lagi...bila dok Selangor dulu teringin sangat nak pi belah pantai Timur. Tapi dah ada kat KT ni...tak bestla pulak nak bercuti  dekat2 sini. Biasala la tu...selalunya tempat2 menarik kat tempat sendiri orang2 jauh yang akan sampai dulu......betul kut. 

Tak pelah, itu akan dipikirkan kemudian....bergantung pada masa,tempat, kedudukan, kebestsan, & keupayaan yang sesuai....Tapi yang penting cuti kena lulus dulu....pastu baru boleh jalan2. Jom cuti2 Satu Malaysia.




Share

Macam-Macam Minggu Ni

Published by ab@h_Izz under , , on Saturday, November 27, 2010
Esok dah nak balik ke KT semula. Dah 2 minggu kat USJ ni, ingatkan nak balik cuti Raya Haji jer….pastu kena sambung lagi seminggu pasal kena attend kursus. Minggu ni agak sibuk sikit….Sibuk ngan attend kursus hujung2 tahun ni dan dalam masa yang sama pi cari & beli baju kasut sekolah & lain2 untuk anak aku yang nak masuk darjah 2 tahun depan. Senang sikit…dah dekat ngan Mydin kat sini, baik beli kat sini…lagi pun beli awal2, senang nak cari size yang nak…tahun lepas, beli last2 minit, size pulak susah nak jumpa, kekadang habis, terpaksa gi cari 2,3 kedai.
Minggu ni aku attend kursus ‘Crane Inspection,safety,operation & assersor ‘@ GPOS, Shah Alam. Yang menarik kursus ni adalah bila time testing/praktikal bawa Kren. Ingatkan susah…tapi memang susah dibuatnya..Hi..hii2. Baru 1st time cuba, masa testing angkat load macam2 jadi nya.
 
PB250272 PB250276
‘Crawler Crane…nampak cam ganas, tapi officer pompuan pun boleh buat.
PB250323 PB250320
tengah testing…kalau terkial-kial, tak masukla ‘load’ tu & ambik masa yg lama.
PB250285 PB250322
‘Mobile Crane’….sama tapi tak serupa.
PB250299 PB250326
Yang tinggi ni ‘Tower Crane’..selalu jumpa kat site bangunan tinggi. Hari tu dah operate yang ni..ni lagi mencabar sebab nak bawak kena panjat dulu…kalau angkat load lagi terasa ‘Goyang’nyer…aku lagi la goyang…ha..haa2
Sebenarnya aku dah complete untuk ketiga2 kren di atas. Senangla nanti nak keje jadi operator kren kalau dah pencen gomen ni nanti…hii..hi2.
Maka dah habis kursus, kena masuk opis la..., bermakna anak-anak aku pun kena balik jugak lah sekali ke KT.Anak2 pulak macam tak nak balik KT jer esok, tu la…payah gak dok lama2 kat rumah atok dia ni. Bukan apa, nakal sangat diaorang ni,sian la pulak kat atok mak dia, tak sempat nak rehat, asyik kena layan diaorang jer…rumah pun tak sempat nak kemas. So…balik jugalah besok….kita buat2 melancung ke Terengganu pulak ye….cuti2 Malaysia,lagipun tak habis lagi jalan2 kt sana.Ha..haa2
Share

MUAR…Muor,Bandar Maharani.

Published by ab@h_Izz under , , on Tuesday, November 23, 2010

Hari minggu lepas baru balik dari Muar. Tak dapat nak jalan2 sangat pun disebabkan tak sempat nak pergi semua tempat memandangkn tujuan utama adalah untuk gi kenduri kahwin belah sepupu umiizz kat Muar tu.

PB200238 PB200240

…….Bandar Muar, Sesak juga hari tu,byk kenderaan masuk menyusuri jambatan sungai Muar untuk ke Bandar Muar, kebanyakan jalan-jalan kat dalam bandar adalah sehala…pergi jalan lain,balik jalan lain. Aku guna GPS,takyah pening2 nak ingat jalan. Kalau salah aku jual ‘Ko’…ha..haa2

Sedikit info yang aku tahu perkataan ‘Muar’ dipercayai berasal daripada Muara. Kemungkinan lain ialah ia berasal daripada perkataan hindu iaitu “Muna” dan ‘Ar” yang masing-masing bermaksud Tiga dan Sungai, menggambarkan kewujudan Sungai Muar yang mengalir melalui bandar ini dan juga merupakan sungai terpanjang di Johor.

PB210245 PB210253

Sempat juga singgah sebentar @Dataran Tanjung Emas…dan tertarik dengan keunikan Masjid Sultan Abu Bakar kat area tu…time ni pagi lagi…kalau tak , boleh gak aku berkesempatan untuk sembahyang di dalamnya, mesti lagi unik kut…

Yang aku tahu Muar ni memang terkenal dengan beberapa Makanan yang sinonim dengan bandar ni. Antaranya adalah Mee Bandung Muar, Nasi Beriani Gam, Air Bandung Muar, Asam Pedas Muar…dll. Tapi disebabkan aku pun tak berapa tau lokasi gerai yang betul2 ‘kaw’..maka tak dapat merasalah semuanya. Sekali lagi aku cuba dapatkan info tempat2 makan yang tersenarai kat GPS, manalah tau dia boleh tau tempat2 makan yang ‘famous’ tak lah aku terkial2 nak carinya. Tapi hampa sebaliknya…walau pun aku dah pergi satu gerai yang namanya Restoran Merlin “famous asam pedas in town” rupa-rupanya adalah gerai ‘bukan islam’ . Last2 pekena jugaklah beberapa makanan orang Muor….walaupun ada sikit tak puas hati tak dapat rasa yang bestt.

So… lain kali kena dapatkan info dr mana2 sumber yang boleh dipercayai kalau nak makan yang puas hati….hi..hii2. Tak per…ada rezeki dok lama2 kat sana…jalanlah puas2…makanlah,rasalah segala jenis makanan selagi boleh…..

Buat pengantin…& Keluarga:

PB210255 PB210259

Selamat Pengantin Baru….terima kasih atas jemputan, layanan,makanan ‘nasi beriani’ & air bandung Muor yang sedap…..+ ‘berkat’ yang diberi. Terima Kasih bebanyak….

Share

Korban@Kampungku....

Published by ab@h_Izz under , , on Friday, November 19, 2010
Salam Eidul Adha....

Masih lagi dalam tempoh di mana umat Islam melaksanakan ibadah korban.
Hari Raya korban tempohari aku balik kampungku kat Perak. Kat kampung tak ramai yang balik coz cuti raya sehari je, cuti sekolah pun tak habis lagi, aku jer satu family yang cuti panjang, coz ganu leh cuti sambung terus.....terus menerus bercuti.

Biasalah, aktiviti lepas sembahyang raya adalah tengok orang sembelih lembu untuk korbanlah. Surau kat sebelah rumah kampung aku ada buat korban, dan memandangkan dah ramai yang ambik bahagian, aku cuma jadi pemerhati bebas..hi..hii2

Sama jer cam tempat2 lain, tak yah nak citer banyak kita layan gambar je ok...


Pak aji ni...siap sedia untuk melaksanakan tugasnya....


akhirnya....takut2 lak anak2 aku ni,padahal tiap2 tahun tengok.


ramai gak jadi pemerhati...termasuklah aku,tukang ambik gambar jer..


uitts!....ada mangga la pulak! akan menjadi 'korbanku' seterusnya....


fresh....terbaik dari ladang, tu...bhg paling belakang yg byk orang suka.


Sedap ni makan panas2 lagi fresh lagi free..hi..hii2. Hidangan menu utamaku@kampung time korban....


Selamat Menjalani Ibadah Korban. Semoga ibadah yang dijakankan memberi hikmah dan pengajaran kepada kita....Aminn
Share

Majlis Anugerah Kecemerlangan.....

Published by ab@h_Izz under , , on Monday, November 15, 2010
Salam..,

Pagi tadi sempat hadir untuk majlis anugerah kecemerlangan anak...


dulu abah aku teman.....sekarang aku sebagai abah temankan

Dulu masa aku kat sek rendah, panggil majlis penyampaian hadiah jer...sekarang je byk sekolah yg panggil majlis anugerah...nampak grand sikit kut...hi..hii2 tak mengapalah, yg penting tujuannya sama, nak bagi penghargaan kat murid2 sekolah berjaya dan menjadi perangsang kepada yang kurang berjaya untuk sama2 terpilih pada tahun depan....


izzah 'atirah.....3 sticker untuk 3 kali turun naik...

Sebenarnya anak aku yang sulung 'izzah 'atirah' baru darjah 1 ,akan terlibat sama untuk majlis tu. Sebelum tu masa nak kursus kat Bangi dah siap hantar surat kat cikgu kelas bagitau akan cuti awal seminggu untuk bercuti panjang cuti sekolah, tapi dah ada kat KL dapat call dari cikgu kelas yg bagi tau izzah tu akan dapat beberapa hadiah pada majlis tu, maka tak sampai hati la pulak nak kata tak yah pergila kat dia....kang nanti tak dapat nak rasa hasil usaha yang dia buat sebelum ni,mungkin lak lepas ni dia kata sama ja tak dapat apa2 pun kalau belajar rajin2. Tu yang bagi dia peluang untuk rasa dihargai. Maka...balikla semula semuanya ke KT untuk tidak menghampakannya.

Aku sebagai bapa pun tumpang gembira sekali, walaupun aku tau yang banyak ajar dia umiizz la, Antara sebabnya aku bangga dan tumpang gembira adalah banyak sangat 'pe el' nya masa dia mula2 nak masuk sekolah rendah. Bermula aku ditransfer ke ganu , dan masa tu aku jadi weekend husband dulu , anak aku pergi sekolah seminggu sehari je.Hari Jumaat time memang aku cuti baru nak pergi, tu pun aku yang hantar/ambik. Hari2 lain yang ponteng aku buat reka alasan bagi surat kat cikgu supaya kedatangan tak kosong dan elakkan kena tindakan buang lak, sampaila pertengahan tahun sebelum pindah semua family aku kat ganu ni barulah ok.

Yang kat ganu ni pun adalah sekolah yang ke-3 dia pindah, dari sekolah sesi pagi sebab susah sangat nak bangun pagi tukar sekolah yang ada sesi petang, dah tukar petang pun tak nak gi sekolah gak , dia kata tak sapa yang tengok dia pergi sekolah..pulakkk! Yela...sapa ada time tu, bibik jelah. Macamtulah berterusan sampai pertengahan tahun...sapa yang tak risau, tu yang usaha siap bagi minum air bacaan doa supaya lembut hati/seronak nak pergi sekolah.


anak ummi......

Alhamdulillah...dah pindah KT ni, anak aku tu seronok lak nak gi sekolah, mungkin syok dengar orang2 ganu ni cakap kut..hi..hii2. Lagi satu terima kasih kat umiizz yang jadi cikgu dia, walaupun sekarang ni tengah 'cuti' panjang jadi cikgu kat sekolah.

Kekadang risau gak yang kerja pindah2 ni cam aku, persekolah anak2 mungkin terganggu, aku harap anak2 aku tak macam tu, bagi aku ni baru permulaan...baru darjah 1, masih terlalu panjang untuk dilalui...masih banyak lagi cabaran untuk sesorang itu berjaya, cuma yang aku harap anak2 aku nanti dapat belajar dengan berjaya dan cemerlang walau di mana pun berada, walau apa pun keadaannya.

p/s: tengah tunggu basikal barunya.....kadang-kadang kita kena bagi reward gak untuk hasil kejayaannya.




Share

Blog Aku Kena Ni....@%$&*!

Published by ab@h_Izz under , , on Monday, November 15, 2010

Salam.....

Baru habis gie kursus minggu lepas, tak sempat nak update blog....bukan sebab bz ngan kursus,tapi benda kat atas tu yg jadi salah satu sebab aku mendiamkan diri...netbook mmg aku bawa,tapi nak masuk rumah sendiri takleh.. 'no entry' katanya...pulakkk!

Aku pun tak faham...baru 1st time kena, adala cara dia cam na nak cleaning, protect..etc, tapi aku malas nak godek2....biar jela,.. layan kursus + makan2 lagi baik time tu..hi..hiii2. Tapi yg sempat aku ingat masa google nak solve prob ni adalah tukar data yg kita back-up sebelum ni untuk ganti yg dah kena ni. So aku pun buatla..kebetulan memang aku ada buat back-up terkini sebelum kena tu. Kira dah ok kut....

Buat sesape yang dah kena dan akan kena , Nak tau 5W1H , pasal ape benda tu kuar....Boleh Share.....
Share

Kursus + Raya + Kahwin.....

Published by ab@h_Izz under , , on Tuesday, November 09, 2010
Salam....

Hari ni dah start travel to KL...Kena gi kursus esok....



Sebenarnya, kursus tu no.2 lah...tapi yang penting aku leh balik area belah2 sana dengan tak perlu ambik cuti dan lain2....memang aku gemar sangat kalau dapat kurus ke ape ke kat belah2 lembah klang, boleh aku balik sekali sana....jumpa kawan2 opis selangor,tengok umah & gie mah MIL ku dan jalan2 cari makan apa yang patut......

Planning asal nak balik sana time cuti Raya Korban nanti dipercepatkan lagi....tula dapat peluang 'bercuti awal' ,tambah2 lagi dah nak cuti sekolah....exam anak aku pun dah habis, raya hindula anak2 aku+umiizz dapat balik awal jumpa ngan AtokMak diaorang. Mungkin akan dok sana lama sikit kut, sebab akan cuti sekolah dan takut kat sini kena banjir lak .....hi..hii2. Aku kat sini kembali 'bujang' la sementara ....he..hee2


"udah nasib kita lem......."

Sebelum ni ingatkan nak balik Raya Haji nanti kat rumah MIL jer....tapi dah 'diarong' akan dok sana lama sangat. "Isshh mana boleh ni.." , planning berubah lagi untuk balik kampung aku kat perak lak...lagipun Abah aku kat kampung akan buat korban 1 bahagian gak,waa,...bolehla pekena 'sup tulang korban' yang abah aku buat, FYI ...abah aku bab2 masak ni memang terer dari mak akula....tekong tukang masak kenduri kahwin kampung aku nii....aku jer tau makan. Buat abgngah P@kciklie jom balik sekali memeriahkan majlis......


"baik nasib kita yang......."

Sebab takde dlm perancangan asal, balik kampung dapat sekejap jer, pastu terus balik USJ jap sebelum gie Johor lak...ada belah2 sepupu umiizz yang nak kahwin. Mungkin bermalam semalamam sebelum balik USJ untuk tinggalkan lagi diaorang kat sana......Aku, kena kerjala....dah panjang sangat cuti tu, balik KT dok sorang-sorang...yee...hu..huu2

p/s : Hanya merancang...Tuhan yang tentukan...InsyaAllah.....



Share

Muzium Terbesar Malaysia

Published by ab@h_Izz under , , , on Saturday, November 06, 2010
Salam....Hari ni kita buat aktiviti lawatan sambil belajar ye...


@ Muzium Terengganu

Ha..haa dah lama tak dengar perkataan tu...dulu masa sekolah rendah, time2 cuti sekolah panjang je, mesti ada yang buat lawatan cam tu. Aku dulu sempat gak join 2 ,3 tempat kat dlm Mesia ikut rombongan bas sekolah,....yang paling dekat ngan tempat aku dulu,kami pi Penang la...pi bukit bendera dan lain2lah, dan time tu tengah femes ngan jambatan Pulau Pinang, memang teruja nak tengok dekat2 jambatan tu..hi.hii2, dan time tu lak boleh berenti tengah2 dan ambik gambar, ambik gambar ngan masing2 pakai t-shirt jambatan tu..hi..hiii2

Dan yang paling jauh aku gie....mana lagi KL la. Mulala cakap pun cam orang KL masa tu, semua bunyi..er..er kat belakang...ki..kiliii2, Ingat lagi mandi dan tidur semua kat SK Bangsar yg dekat RTM tu....tidor ramai2 kat atas meja kelas, yela time tu mana ada bajet nak tidur hotel....belasah je, janji dapat pi KL. Tempat pertama yang kami pi adalah Muzium Negara...jakun masing2 tengok KL masa tu...hu..huu2


- tempat 'wajib' bagi bebudak sekolah buat lawatan sambil belajar-

Sebut pasal Muzium, tadi baru balik dari Muzium Terengganu setelah last aku gie time rombongan sekolah yang dulu, masa tu darjah 4 kut....lama gak tu, yela...kalau tempat tu boleh buat port 'dating' aku dulu2, rasanya kerap kut aku gie sana . Sebenarnya takde dalam plan pun nak gi Muzium, tapi bila lalu kawasan tu, ramai lak manusia,tu yang nak join sama, rupanya diaorang tu semua nak tengok pameran haiwan berbisa la.....Layan gak la tengok ular2,kala, jengking dan macam2lah...yang tak bestnya tak semua yang real, ada yang dah kena sumpah jadi batu...hi..hi2, awet muda la tu . Ingatkan dulu Muzium Negara yang aku gi tu dah yang terbesar rupanya.......

- Tula tiket masuk...& event penarik...-

Tapi baru sekarang aku tau yang Muzium Terengganu ni adalah yang terbesar sekali kat Malaysia dan Asia Tenggara kut... Bangga aku dah pernah masuk, walaupun malu gak baru tau ...hii..hi2. Oooo..patut aku tak habis2 jalan2 tadi, tak sempat nak tengok pelbagai bahan sejarah yang berkaitan Negeri Terengganu khususnya, anak2 aku buat ragam lak ...time tu gak la masing2 lak minumla, laparla. Tak sempat nak snap gambar2 menarik...oppps lupa lak, kt bhg dalam diorang tak bagi ambik gambar....pulak! .Tak dapat nak tunjuk kat korang semua.....mana2 tak gi lagi, jom boleh gi Muzium yang terbasar kat Malaysia ni.

Tip Bagaimana ke sana?

( ...tidak sesuai bagi couple2, banyak tempat2 gelap kat sana..bahaya ,hi..hii2 )

Jarak dari Bandar Kuala Terengganu adalah dalam 10 km je. Paling mudah untuk ke sana hanya pergi ke Kampung Losong yang terkenal dengan keropok lekornya.

Lepas tu... kami callo, jalan jalan cari makan la pulak.....


@ Snow Ice Cafe ,KT

Share

Kerja..mmmm, Gaji....hi..hii2

Published by ab@h_Izz under on Tuesday, November 02, 2010
Sebenarnya tak tau lak nak buat yang mana satu,walaupun kerja memang banyak,..pasai dah tak tau nak buat apa baik aku tulis N3 ni ,boleh gak hilangkan boring menghadap PC....sambil buat keje..yang betul2 akan buat ni. Banyak kut..pasal 2 minggu lepas dok masuk opis.....


.....nilah contoh sasaran kerja yang tak capai-capai

Dua bulan lagi dah nak habis tahun ni...Sasaran Kerja Tahunan bahagian aku ada lagi yang tak capai, minggu lepas meeting bulanan bos besar pun dah sound...nak kena capai gak. Wow...boleh ke?..bulan ni & bulan depan almaklumlah cuti sekolah, mak bapak pun nak cuti gak...hi..hi2, pastu musim hujan +banjir lak, kang boleh sampai ,nak balik tak leh lak....hu..huu2. Sebenarnya tak buat kerja last minit pun...tapi kerja tu yang nak kena inspect hujung2 tahun...kikiiii.

Sebut pasal cuti sekolah tadi...pas ni nak apply cuti lagi, cuti Raya Haji, nak korban gak...tapi aku akan korbankan cuti aku dulu la...hi..hii2. Kat sini dapat 2 hari...pastu sambung terus Jumaat Sabtu, pastu aku sambung lak cuti 2 hari...woo..banyak2, plan nak gie kenduri kahwin, musim mengawan dah tiba....sesapa yg nak kahwin, ucap dulu Selamat nak jadi pengantin baru.

Bila ada time2 perayaan ni, gomen kasi gaji awal lak bulan ni...10 hari kerja dah dapat gaji untuk bulan ni...mmmm best ke? Tadak bestla...kalau dah cucuk2 duit ada balance banyak kat bank, last2 keluar gak...pastu bulan depan merana, kena tunggu lak sebulan setengah untuk gaji...ha..haa2 baru padan muka aku. Apa la gomen ni ...ikut jela cam biasa dah la.

Ok...masa dah time,leh sambung kerja lak...kerja-kerja-kerja..


Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ShoutMix chat widget