.
Hari ni dah pun bermula sesi persekolahan untuk tahun 2011. Ramai ibubapa ambil kesempatan sama-sama bercuti dan pergi sekolah sekali. Termasuklah aku, tapi tahun ni dah tak yah cuti dah...anak dah darjah 2 kan. Cuma gi sekolah just beli buku tulis jer. Sempat gak tengok gelagat budak sekolah darjah 1 yang pelbagai ragam. Ada yang suka ,ada yang menangis, ada yang tidor dll. Itulah nanti yang menjadi hiasan berita-berita TV malam nanti....tak caya jom tengok malam ni.
 |
| Google pic: " alaaa....siannya, cari mak yerr.." |
Antara yang mengubah senario kehidupan bila anak-anak mula bersekolah antaranya adalah...
1. Kena bangun awal sikitlah, cam aku pun bangun awal jugaklah sikit. Sebab nak gi awal sikit, kena hantar anak dulu pastu baru gi kerja. Anak-anak sekarang tak sama dulu kut, aku gi sekolah dulu pun jalan kaki hi..hi2. Yela..sekolah kat luar bandar kan!, basikal pun tak mampu nak beli.
Tapi...dah maju sikit ni, lain la pulak jadinya. Banyak pulak yang anasir-anasir jahat..
2. Jalan-jalan banyak yang 'jam' time sekolah dah bukak ni, dulu 'sangkut' sikit-sikit jer.Kat sini ok lagi. Dulu aku duduk kat area Summit,memang 'jam' memanjang, bila time cuti sekolah je ok sikit. Agak-agak banyak sungguh budak-budak gi sekolah yang mak ayah dia hantar kot, satu dua murid satu kereta, tu yang jadi macam tu.Patutla hebat budak-budak sekarang.
3. Bila anak dah sekolah juga, maknanya kita kenalah 'plan' apa yang patut, tanggungjawab juga sudah lebih. Keperluannya seboleh-bolehnya kena adakan, latihan & kerja rumahnya juga kena ambil tahu, pembelajaran selepas kelas pun kena ambik tahu. Penting tu, ni nak anak dapat nombor yang baik dalam periksa , tapi tak ambil kisah pun hal persekolahan mereka. Mana boleh cam tu, harapkan cikgu semuanya pun takleh gak.
P/S : Teringatla pulak zaman-zaman sekolah darjah 1 dulu-dulu, gi sekolah saing jalan kaki atas jalan tanah merah dengan seluar 'katok' pendeknya. hi..hii2..
Share