-Disebalik...Lens@ Kehidupan-

" -Pelbagai Kisah Mampu Diungkapkan.....-"

Lens@bah_izz

Riak Zaman Moden - Adakah Aku Pun Macam Tu..??

Published by ab@h_Izz under , , on Wednesday, January 05, 2011
.

Bukak FB pagi tadi, aku dah dapat 'tag' dari 'bini aku'...ha..ha, pasal ujud/riak yang ada pada masa sekarang yang sumbernya oleh web iloveislam dan mungkin pasal ada kena mengena ngan aku dan dia sekali kut. Sebab memang aku ada blog dan FB, dia pulak walaupun takder blog, FB dia lagi hebat dari aku, setiap kali bukak mesti ada yang nak kawan ngan dia,mesej & notification....

Takperlah, kita baca dulu,nak tau siapa yang kena..hi..hi2

Perkembangan pesat teknologi di zaman ini menjadikan penyebab penyakit hati juga turut maju selaras dengan perkembangan semasa. Penyakit hati ini akan meresap bersama-sama pesakit dan mengikuti perkembangan dunia. Berikut merupakan sedikit sebanyak contoh-contoh ujub atau riak yang telah wujud di zaman moden.


1. Blog dan "Followers"
Kebiasaannya perkara ini hanya menimpa dikalangan "blogger". Mereka berisiko untuk merasa diri hebat apabila ramai peminat ataupun "followers" yang mengikuti blog mereka. Ribuan atau ratusan "followers" menyebabkan diri terasa hebat dan dikenali ramai. Tidak salah untuk kita berasa seronok dengan ramainya "followers". Tetapi seronok atas dasar apa? Seronok kerana dapat mencurahkan ilmu kepada ribuan atau ratusan "followers" atau seronok kerana melihat JUMLAH "followers" yang banyak?

2. "Like" di Facebook
Post "status" di laman sosial facebook. Ramai pula yang tekan "like". Apabila ramai yang "like", mulalah rasa diri mendapat perhatian ramai. Setiap cetusan minda yang terpapar di laman Facebook dihargai dan rasa bangga dengan apa yang telah dihasilkan. Awas! Tidak salah untuk merasa gembira apabila orang lain suka apa yang kita lakukan, tapi janganlah sampai merasa riak dan berbangga dengan diri sendiri.

3. Komen di Facebook
Mungkin juga kita akan rasa teruja apabila ramai yang memberikan tindakbalas yang memberangsangkan pada "post" kita di Facebook. Apabila ramai sangat, mungkin bibit-bibit perasaan ujub akan mula lahir.

4. Komen Gambar di Facebook
Perkara ni mungkin berlaku pada lelaki yang kacak dan perempuan yang cun sahaja. Apabila cun atau kacak, ramailah yang komen. Tidak kurang juga yang memuji. Apabila banyak sangat terima pujian, mulalah rasa semacam dan seronok dengan pujian itu. Maka, perasaan ujub pun senang-senang boleh diterbitkan.

6. Ramainya Kawan atau Peminat di Facebook
Jumlah sekali lagi memainkan peranan penting bagi syaitan untuk menghasut manusia untuk berasa riak. Ramai bilangan rakan maya di facebook juga membolehkan perasaan ujub diterbitkan. Itu baru kawan, apatah lagi peminat artis yang mencecah jumlah ratusan ribu, malahan jutaan orang. Apabila ramai orang yang meminati artis tersebut, mungkin perasaan ujub akan muncul. Hati-hati!

7. Berdakwah di Facebook
Mungkin ramai kawan kita yang merapu di Facebook. Sebagai orang yang merasa dirinya wajib untuk berdakwah, maka Facebook dijadikan medan untuk berdakwah di tengah-tengah rakan Facebook yang banyak merapu. Maka, jadilah kita orang yang terpencil kerana tidak merapu sedangkan yang lain banyak yang merapu.
Apa yang dibimbangkan di sini, apabila kita berdakwah, kita turut akan berbangga dengan apa yang kita lakukan. Awas, wahai da'ie!

selamat beramal.....


Dalam antara 7 list kat atas tu,aku akui memang ada gak yang  kena batang hidung aku....secara tak langsung atau kadang-kadang .iskhh..Bahaya ni, Inilah antara penyakit hati,so..kena hati-hati , sharing is caring....


Share

17 Comments...TQ:

Unknown said...[Reply to comment] @ 1/5/11, 10:37 AM

hati kene bersih :)

perjalanan pulang said...[Reply to comment] @ 1/5/11, 10:45 AM

apa sahaja kata hatimu.... yang penting niat

LyNn HaMzAh said...[Reply to comment] @ 1/5/11, 10:58 AM

yang penting niat dan tujuan kita...

ab@h_Izz said...[Reply to comment] @ 1/5/11, 11:45 AM

@IeDA AL-Habsyi
@Panglima Muda
@LyNn HaMzah

- Betul2...apa2 pun yang kita buat,tujuan kita...yang penting niat & ikhlass..

mamawana said...[Reply to comment] @ 1/5/11, 12:27 PM

blogging and FB santai2...can keep track yr son and dotter yg dok berjauhan...mengeratkan silaturrahim keluarga, cucu, cicit kalu ada...

wahida said...[Reply to comment] @ 1/5/11, 12:31 PM

terpulang pada niat masing2...kalau niat nak menunjuk bagai..mmg dah salah lah tu...

@mel said...[Reply to comment] @ 1/5/11, 12:37 PM

thanks abah info yg cukup bagus....
mudah2an Allah bersama kita untuk menjauhkn kita dari adanya sifat2 demikian.....
tima kasih skli lg ngn abah sbb mngingatkn...

sekadar satu coretan said...[Reply to comment] @ 1/5/11, 4:44 PM

terpulang pada masing2...
kalau baik elok lah dia...boleh mengeratkan lagi antara satu same lain...kalau dah niat tak bagus...lain la jadiknye..

|| NaFiRaa || said...[Reply to comment] @ 1/5/11, 5:54 PM

moga saya di jauhi dari penyakit2 hati cam tu.. aminnn~

Dinaz said...[Reply to comment] @ 1/5/11, 6:11 PM

mudah2an aku tak riak...baru mengenali rakan maya..teruskan bermaya insyaAllah kalau kena pd niatnya..

Hairil Rizal said...[Reply to comment] @ 1/5/11, 9:31 PM

Bagus peringatan ni abah izz.

Yg pentingnya skrg utk mengekang diri dari terjerumus ke arah yg negatif tu.

Tak mudah, tapi tak mustahil.
InsyaAllah!

Asrul "iLham" Sany said...[Reply to comment] @ 1/5/11, 10:45 PM

kekadang tak faham mengapa perlu ada rasa berlagak dari sisi negatif...

;)

NzA said...[Reply to comment] @ 1/6/11, 11:57 AM

teruja bila kt FB jupe kwn2 lama...mmg sronok 3X....

Unknown said...[Reply to comment] @ 1/6/11, 12:23 PM

Skrg susah nak dpt follower yg betol2 nak follow,

kebykan "u folo me, i folo u" TT

Lydia Miza said...[Reply to comment] @ 1/6/11, 12:44 PM

Alhamdulillah..blog saya hanya persinggahan rakan2 untuk cuci mata je..dan sekadar bebelan haria saya.tidak wujud rasanya perasaan itu..insyaallah.

sahromnasrudin said...[Reply to comment] @ 1/7/11, 8:42 AM

takutnya..semoga aku dijauhi dari semua riak ini..nasib baik foloower cikit huhuhuhuh

Kembara Perantau said...[Reply to comment] @ 1/8/11, 4:44 PM

ko riak ye aku komen kat sini hahahahahaa

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ShoutMix chat widget