-Disebalik...Lens@ Kehidupan-

" -Pelbagai Kisah Mampu Diungkapkan.....-"

Lens@bah_izz

Disebalik... Sebijik Buah Delima

Published by ab@h_Izz under , , on Tuesday, January 18, 2011
.
Minggu lepas ada jiran sebelah rumah ,bagi 2 bijik buah delima, seingat aku,lama dah aku tak makan buah ni, dulu pun time orang balik Mekah mesti ada bagi buah ni sekali ngan buah zaitun,..tapi sekarang ,dah pun ada orang tanam buah ni. Bagi anak-anak aku pulak, tentulah ni 1st time makan dan jumpa, siap tanya lagi buah apa & boleh makan ke tak?


Malangnya dah habis licin delima tersebut, barulah aku google-google apa ada pada buah ni. Kalau aku tahu dulu, mesti aku makannya dengan penuh berkhemah....ha..ha2, betul !...banyak kelebihan sebenarnya...Antaranya :
  • Kajian menunjukan delima boleh memusnahkan sel kanser payu dara tanpa memudaratkan sel sihat dan menghalang sel kanser payu dara membentuk.
  • Kajian keatas tikus makmal menunjukan delima merencat pembentukan kanser paru-paru, melambatkan pertumbuhan kanser prostat.
  • Pengambilan delima boleh menghalang pembentukan plaque daripada melonggok dalam salurdarah arteri, mengurangkan aras LDL atau kolesterol jahat dan meningkatkan aras HDL atau kolesterol baik.
  • Delima boleh menurunkan tekanan sistolik sehingga 5 peratus. Fakta ini amat membantu dalam pengawalan penyakit jantung atau sistem kardiovaskular.
  • Kajian juga menunjukan delima boleh mencegah dan melambatkan penyakit nyayuk atau penyakit Alzheimer.
  • Beberapa kajian menunjukan delima boleh mengurangkan pembentukan plaque gigi, mencegah kemerosotan rawan dan menghalang radang sendi.
  • Pengambilan delima oleh ibu mengandung boleh melindungi otak neonate daripada rosak selepas tercedera.
  • Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman.
  • Jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Oleh sebab itu buah delima tidak disarankan kepada mereka yang menghidap demam. 
  • Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis.
  • Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan. 
Sebab itulah  dalam al Quran,  Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya yang menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga.

Oleh itu...amal-amallkanlah selalu & kena minta lagi kat jiran ni...hi Share

11 Comments...TQ:

perjalanan pulang said...[Reply to comment] @ 1/18/11, 9:46 AM

kecik sangat , aku rasa tak kenyang

Miss Bluepinkiey said...[Reply to comment] @ 1/18/11, 9:49 AM

x pernah makan buah delima pun...:(

NzA said...[Reply to comment] @ 1/18/11, 10:36 AM

tiap kali blk kg mesti cari buah delima..kt sgt byk dijual kt pasar....sedap n manis sgt.

Aziela said...[Reply to comment] @ 1/18/11, 11:05 AM

Ada lagi..saya pernah baca atau dengar..tak pasti... dalam sebiji buah delima itu, ada sebutir yang akan menyumbang kepada kecerdasan IQ. Oleh itu, disarankan untuk anak2, kalau boleh sekurang2nya, makan seorang sebiji buah tu seumur hidup..

|| NaFiRaa || said...[Reply to comment] @ 1/18/11, 2:06 PM

wahhh.. banyaknye khasiat dia.. masa balik ganu hari tuh.. banyak sgt buah delima di jual kat pasar ikan dungun.. murah2 plak tuh.. sempat gak saya beli 2 biji..muehehe

ab@h_Izz said...[Reply to comment] @ 1/18/11, 2:18 PM

@Panglima Muda

..kecik tapi hebat..

ab@h_Izz said...[Reply to comment] @ 1/18/11, 2:21 PM

@Aziela

..oo, tq this info, ,cam tu kena makan perabis sebijik sorang la..takleh share..hi..hi2.Nak cari lagi ni..

ab@h_Izz said...[Reply to comment] @ 1/18/11, 2:22 PM

@|| NaFiRaa ||

cam tu nanti leh singgah time giinspection belah2 sana..

n4dh!3r4 said...[Reply to comment] @ 1/18/11, 8:13 PM

mmg bagus buah delima ni..saya tiap2 hari makan..kami 1 family mmg penggemar buah delima ni.. sentiasa ada stok dlm peti ais kat rumah.. hehe..

satu lagi, buah delima ni boleh kurangkan tekanan darah tggi. dan mmg betul pun sbb tekanan drg tinggi mak saya dah berkurang sejak mkn buah delima ni.. :)

MOH KEMBARA said...[Reply to comment] @ 1/18/11, 9:02 PM

Salam dari Istanbul, Salam Yob Abah dan balas ziarah. Tima kasih tulis entry ni, amat berinformatif dan berguna. Di Turki buah delima tengah banyak dan besar2. Nanti Akak gi makan.

Hairil Rizal said...[Reply to comment] @ 1/18/11, 10:18 PM

Mekasih abah izz share info ni. Tak tau pun banyak sungguh manfaatnya :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ShoutMix chat widget