-Disebalik...Lens@ Kehidupan-

" -Pelbagai Kisah Mampu Diungkapkan.....-"

Lens@bah_izz

Aku,Hutang & Facebook....

Published by ab@h_Izz under , , on Tuesday, January 04, 2011

Semalam masa aku kat office, dalam banyak-banyak call, aku dapat satu official call dari unit penguatkusaan MARA. Memang panggilan ini disambungkan kepada aku sebab nama yang dicari memang betullah sebijik sebijan nama dan bin macam aku dan perbualan antara kami adalah cam ni...

Peg. MARA :" Salam...ni En Mohd Nasir Bin Ismail.., saya en...dari..."

aku cuma mengiyakannyalah , sebab aku pun memang kadang-kala ada berurusan dengan jabatan-jabatan  kerajaan gak, cuma yang tak sedapnya dia ada mempersoalkan...

Peg. MARA :" Sebelum ni encik ada membuat pinjaman untuk belajar kat oversea,dan dari sistem kami, kami masih belum menerima Hutang Pinjaman encik sebanyak RM120K" .

- Kat situ memang aku terkejut, sebab memang aku tak pernah ambik loan dari MARA , lagi pun aku memang tak pernah belajar kat oversea. Seberang laut cam kat Penang pun tak pernah..hi..hi2.
tapi aku tak gelabahlah, sebab memang aku rasa ni memang kes salah orang, dan bila aku cuba dia bacakan nombor i/c ternyata ianya salah. Aku takler nak marah kat pegawai MARA tu sebab dia pun tak tau, cuma dia cakap ,dapat info aku ni dari penjamin ke-2 yang mungkin akan dikenakan  tindakan oleh MARA keatasnya, dan penjamin ke-2 pula bercakap ngan aku....

Penjamin Ke-2 : " Minta maaflah encik, sebenarnya saya dapat info ni  dari Facebook, saya tengok gambar encik kat FB seakan-akan dengan si Peminjam MARA ni, dan dapatkan  nombor office encik ni melalui google office encik kat terengganu."

Patutlah.., Memanglah dapat, office aku cuma satu state satu jer..ha..ha2, katanya lagi..


Penjamin Ke-2 : "Sebenarnya,memang dah lama saya cari Peminjam yang saya jamin ni, sebab Penjamin 1 (Bapa Peminjam) dah pun meninggal, dan saya telah di cari oleh MARA untuk melangsaikan hutang belajarnya, dan sebelum ni, dia ada datang ke Pejabat MARA untuk selesaikannya melalai ansuran, tetapi dia tipu dan lost contact sekarang..tu yang saya tertekan, dan kalau bukan encik saya Minta maaf banyak-banyaklah... "

Kesianlah pulak sapa yang buat kat dia cam ni.So, Moralnya......

1. Kepada yang dah buat pinjaman ,terutamanya pinjaman belajar kat mana-mana tu, nak tak nak,kenalah bayar.
2. Jangan susahkan orang lain atas kesenangan yang kita dapat, takder penjamin tak lulus loan kita, so..kalau takleh nak bagi apa-apa,bagilah dia dok bersenang-senang.
3. Bahaya gak FB ni..tak boleh bagi detail2 peribadi yang lengkap sangat..banyak yang salah guna nanti..kena privacykan.
4. Sebelum nak bertindak sesuatu tu, kena pastikan ianya 'confirm' baru buat tindakan susulan. 
5. Dah salah, kenalah minta maafkan...tapi aku dah maafkan pemanggil tadi,sebab dia pun dah minta maaf. ....oklah tu..

Share

11 Comments...TQ:

Unknown said...[Reply to comment] @ 1/4/11, 11:36 AM

aduhaii..macam2..

@mel said...[Reply to comment] @ 1/4/11, 11:56 AM

x de la abah...
yg best nye die leh main agak2 ngn cari pic muke cm nak same ngn abah kt pesbook tu yg x leh tahan tuh....

Dinaz said...[Reply to comment] @ 1/4/11, 12:06 PM

jap g kena tukar nama lain la..huhu, cukup2 la guna nama betoi...aku bukan popular haha.

wahida said...[Reply to comment] @ 1/4/11, 12:09 PM

tu lah antara sebab saya takut nak jd penjamin...huhuhu...

|| NaFiRaa || said...[Reply to comment] @ 1/4/11, 1:35 PM

ramai peminjam sekarang lari dr bayar hutang..

Hairil Rizal said...[Reply to comment] @ 1/4/11, 1:55 PM

Aiyooh..ini mcm pun ada ya?

LyNn HaMzAh said...[Reply to comment] @ 1/4/11, 3:23 PM

nasib baik la tersalah org...kalau x jenuh juga nak membayar pinjaman rm120k tu...

NzA said...[Reply to comment] @ 1/4/11, 3:51 PM

menakutkan + mengejutkan gak kalu tiba2 terima call camtu.....

Unknown said...[Reply to comment] @ 1/4/11, 7:48 PM

sampai skrg ayu tamo jadi gerentor utk sesiapa..
sakit ahti bila dah terkena dgn adik sendiri..
sampai skrg nak loan tak boleh nama sendiri...

so....benci orang yang mungkir janji...

red said...[Reply to comment] @ 1/6/11, 4:22 AM

bahaye gak fb ni kan???

Nur said...[Reply to comment] @ 1/7/11, 8:14 PM

Kesian. Banyak sebenarnya kes macam ni. Jadi penjamin, bila peminjam lari, penjamin yang kena. Termasuk suami saya juga. Sib baik dah settle tahun lepas. Pengajarannya, toksah la jadi penjamin.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ShoutMix chat widget