Piala Suzuki AFF : Persoalannya, Mampukah....
Published by ab@h_Izz under Bola, Juara Suzuki AFF 2010, Malaysia Team on Wednesday, December 29, 2010
.
Share
Hai!...citer pasal bola lagi...takper sikit je lagi...
Tinggal beberapa jam lagi sepak mula antara Malaysia dan Indonesia akan berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia. Sama-sama kita nantikannya. Persoalannya..........
1. MAMPUKAH Pasukan kita menyerap tekanan yang diberikan oleh penyokong-penyokong fanatik tuan rumah yang sudah pasti memenuhi setiap ruang stadium Gelora Bung Karno.
2. MAMPUKAH Pasukan kita mempertahankan kelebihan jaringan 3 gol yang dimiliki oleh pasukan kita.Dengan kata lain bermain secara bertahan seperti di Vietnam tempohari.
3. MAMPUKAH Pemain-pemain kita menjaringkan atau menambah gol pada malam ini. Kerana jaringan di tempat lawan adalah satu bonus bagi Malaysia jika kedudukan berkesudahan seri.
4. MAMPUKAH Pasukan kita mengekang asakan yang pasti bertali arus dan bermati-matian oleh pemain-pemain Indonesia kerana mereka memerlukan sekurang-kurangnya 4 gol untuk bergelar Juara.
5.MAMPUKAH Penjaga gol kita,Khairul Fahmi mengawal gawang Malaysia dari dibolosi serta buat {don't no} terhadap sinaran laser yang ditujukan kepadanya yang berkemungkinan jumlah pancarannya lebih banyak lagi berbanding Markus.
6. MAMPUKAH Malaysia sekali lagi mengelak dari mengalami kekalahan kepada Indonesia 5-1 sebelum ini. Jika ini terjadi lagi....jawabnya akan kempunanlah Malaysia.
7. MAMPUKAH Penyerang Malaysia, Safee Sali menambahkan jaringan gol untuk Malaysia dan untuknya untuk menjadi penjaring terbanyak kejohanan.
8. MAMPUKAH Pegantin baru, Norshahrul Idlan Talaha mempamer aksi hebat sekali lagi sebagai penjaring ataupun pencetus gol untuk Malaysia dan seterusnya untuk dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai Kejohanan.
9. MAMPUKAH Jurulatih Malaysia, K.Rajagopal membawa pasukan kita menjuarai kejohanan sebagai jurulatih tempatan . Yang lain semua pakai jurulatih import punya.
10. MAMPUKAH kita menafikan sinetron kuasa-kuasa bomoh bola sepak Indonesia..kalau ada la..Ha..ha2
11. MAMPUKAH pasukan Malaysia kali ini membawa balik Piala Suzuki AFF 2010, setelah 14 tahun kejohanan sudah bermula.
Malaysia Boleh....
Akhir sekali MAMPUKAH kita sama-sama saksikannya di Stadium Gelora Bung Karno untuk membentuk lautan kuning....kalau tak mampu, sama-samalah saksikannya kat TV mana-mana malam ni....
10 Comments...TQ:
SALAM,
CANTIK SUSUNAN N3 INI. MALAYSIA KENA GUNA STRATEGI BERMAIN SECARA BERTAHAN SEPERTIMANA DI VIETNAM. KALAU KALAH MALAM INI, SETAKAT KELEBIHAN 1-0 JE. TAHNIAH LEBIH AWAL KPD PASUKAN MALAYSIA DAN PEGAWAI2NYA
kene tanya MAMPU kot heheheheh..gurau jek...
@luahfikiran
Rajagopal cakap akan main seperti biasa,banyak makna tu..main macam kt bukit jalil tempohari pun boleh..kat macam Vietnam pun boleh..takpelah, janji aggregate kita menang lagi..
@sahromnasrudin
betul jugak tu..ha.ha2, takut MAMPU kut yang tak mampu nak layan .
tengok jgn xtgk...malaysia boleh..ehheh
insya-Allah mampu..hehe
malaysia boleh :)
mudah2an harimau muda bawak balik piala...
horey Juara milik kita...walaupn siaran tak okbabak terakhir , hujan masa tu..tapi kemeriahan tetap dirasakan..n PM dah umum cuti esok...cayalah team Harimau Malaysia.
mampuuuuu....eceh..jawab lepas game dah abis...wawawwa!
apapun,player malaysia mmg cool..dan sexy yo!hahahaha!
congrates malaysia!
Post a Comment