-Disebalik...Lens@ Kehidupan-

" -Pelbagai Kisah Mampu Diungkapkan.....-"

Lens@bah_izz

Showing posts with label Bola. Show all posts
Showing posts with label Bola. Show all posts

Piala Suzuki AFF : Persoalannya, Mampukah....

Published by ab@h_Izz under , , on Wednesday, December 29, 2010
.

Hai!...citer pasal bola lagi...takper sikit je lagi...


Tinggal beberapa jam lagi sepak mula antara Malaysia dan Indonesia  akan berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia. Sama-sama kita nantikannya. Persoalannya..........




1. MAMPUKAH Pasukan kita menyerap tekanan yang diberikan oleh penyokong-penyokong fanatik tuan rumah yang sudah pasti memenuhi setiap ruang stadium Gelora Bung Karno.






2. MAMPUKAH Pasukan kita mempertahankan kelebihan jaringan 3 gol yang dimiliki oleh pasukan kita.Dengan kata lain bermain secara bertahan seperti di Vietnam tempohari.






3. MAMPUKAH Pemain-pemain kita menjaringkan atau menambah gol pada malam ini. Kerana jaringan di tempat lawan adalah satu bonus bagi Malaysia jika kedudukan berkesudahan seri.






4. MAMPUKAH Pasukan kita mengekang asakan yang pasti bertali arus dan bermati-matian oleh pemain-pemain Indonesia kerana mereka memerlukan sekurang-kurangnya 4 gol untuk bergelar Juara.





5.MAMPUKAH  Penjaga gol kita,Khairul Fahmi mengawal gawang Malaysia dari dibolosi serta buat  {don't no} terhadap sinaran laser yang ditujukan kepadanya yang berkemungkinan jumlah pancarannya lebih banyak lagi berbanding Markus.




6. MAMPUKAH Malaysia sekali lagi mengelak dari mengalami kekalahan kepada Indonesia 5-1 sebelum ini. Jika ini terjadi lagi....jawabnya akan kempunanlah Malaysia.








7. MAMPUKAH Penyerang Malaysia, Safee Sali menambahkan jaringan gol untuk Malaysia dan untuknya  untuk menjadi penjaring terbanyak kejohanan.






8. MAMPUKAH Pegantin baru, Norshahrul Idlan Talaha mempamer aksi hebat sekali lagi sebagai  penjaring ataupun pencetus gol untuk Malaysia dan  seterusnya untuk dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai Kejohanan.






9. MAMPUKAH Jurulatih Malaysia, K.Rajagopal membawa pasukan kita menjuarai kejohanan sebagai jurulatih tempatan . Yang lain semua pakai jurulatih import punya.






10. MAMPUKAH kita menafikan  sinetron kuasa-kuasa bomoh bola sepak Indonesia..kalau ada la..Ha..ha2








11. MAMPUKAH pasukan Malaysia  kali ini membawa balik Piala Suzuki AFF 2010, setelah 14 tahun kejohanan sudah bermula. 

Malaysia  Boleh....







Akhir sekali MAMPUKAH kita sama-sama saksikannya di Stadium Gelora Bung Karno untuk membentuk lautan kuning....kalau tak mampu, sama-samalah saksikannya kat TV mana-mana malam ni....


Share

Dari Vietnam untuk Malaysia....

Published by ab@h_Izz under , on Saturday, December 18, 2010
Entri buat pasukan Malaysia yang akan main bola malam ni di Vietnam...

Live @Astro CH813 , 7.30 pm

" Tidak ada apa yang bermain di fikiran jurulatih skuad kebangsaan, K. Rajagobal menjelang pertemuan separuh akhir kedua Piala Suzuki AFF menentang Vietnam hari ini, kecuali mencari gol di tempat lawan. 

Saya lihat keyakinan pemain semakin tinggi, bagaimanapun mereka harus sedar kelebihan dua gol bukannya bererti kita sudah berada pada zon selesa, sekurang-kurangnya kita perlu cari lagi dua gol dan pada masa sama bertahan sebaik mungkin.

Rajagobal sedar gol di tempat lawan bakal mencerahkan lagi peluang anak-anak buahnya untuk menempah tiket ke perlawanan akhir selepas mencatat kemenangan 2-0 pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Rabu lalu.

Menurutnya, bagi mencapai sasaran memperoleh gol ketika berdepan Vietnam di Stadium Nasional My Dinh, percaturan strategi yang tepat adalah amat penting agar Malaysia tidak terkulai di hadapan ribuan penyokong tuan rumah."

Gollll..........................

"Saya mahu mereka fikirkan tentang masa sekarang, perkara yang lalu biarkan berlalu. Ia tidak sama seperti sekarang, baik dari jurulatih mahupun pemain. Saya mahu mereka fokus dan jangan lepaskan peluang terbaik ini," katanya.


Dari Vietnam untuk Malaysia....Malaysia Bolehhh..

Sumber: hari ini punya utusan malaysia
Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ShoutMix chat widget