-Disebalik...Lens@ Kehidupan-

" -Pelbagai Kisah Mampu Diungkapkan.....-"

Lens@bah_izz

Kenapa Kena Tengok Orang Lain....

Published by ab@h_Izz under , on Monday, December 06, 2010
" Orang lain boleh ...tak kan aku tak boleh"....


Itulah antara ungkapan yang selalu kita dengar, atau kita sendiri yang cakap macam tu. Tak kisahlah dalam kategori mana atau keadaan mana perkataan itu selalu diungkapkan.

Dari sudut positif (+) ,sebenarnya 'orang lain' itu mampu merubah keadaan kita. Kalau kita nak berjaya, rasanya tak salah kita tengok orang yang lebih berjaya dari kita, mungkin boleh dijadikan sebagai pendorong atau semangat.

Sudut Negatif (-) pulak, selalu ada perasaan tak puas hati terhadap kejayaan atau sesuatu yang orang lain lebih. Mulalah nak dengki atau sanggup melakukan sesuatu yang kadang-kadang tidak kena pada caranya. 

Tapi kadang-kadang juga, banyak yang gunakannya sebagai alasan untuk melepaskan diri. 'Orang lain' yang  sebenarnya takde kena mengena akan dijadikan alasan....contohnya:  " ala...dia pun sama, tak buat kerja pun..." dia boleh ponteng..takkan aku tak bolehh" itulah senangnya jadikan orang lain alasan nak melepaskan diri.

Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan kita apa2 yang kita lakukan , tak kisahlah yang baik ke yang tak baik ke kebanyakan akan refer pada orang lain.Sebenarnya tak salah pun kalau kita ambik contoh yang baik-baik, yang boleh kita jadikan ikutan,pendorong, sumber untuk memperbaiki hidup kita dan mungkin orang lain juga akan menjadikan kita atau melihat kita jika kita pun berjaya.

Yang baik kita jadikan ikutan...Tapi kalau kita dah berjaya jangan lupa lak kat 'orang lain' dan  biarlah nanti kita juga meletakkan orang lain dalam diri kita dalam apa jua keaadaan....


Share

21 Comments...TQ:

gadisBunga said...[Reply to comment] @ 12/5/10, 9:28 PM

betul jugak...sebenarnya tak semua pepatah tu kita boleh gunakan dalam segala keadaan. sebab manusia kan tak sama...kene la tgk kemampuan diri..

Kembara Perantau said...[Reply to comment] @ 12/5/10, 10:27 PM

betul betul betul :)

Gadis Kampung said...[Reply to comment] @ 12/6/10, 8:20 AM

ada award untuk awak

Gadis Kampung said...[Reply to comment] @ 12/6/10, 8:20 AM

ada award untuk awak
http://nukilangadiskampung.blogspot.com/2010/12/kerana-diri-mu-begitu-berharga-tag-by.html

Mak Su said...[Reply to comment] @ 12/6/10, 9:30 AM

salam kenal, sy suka tgk orang lain yg berjaya dlm perniagaan, hidup, mendidik anak2, pekerjaan, tak suka tgk orang lain yg kaya raya dan pattern ke arah mana mereka perabis duit dan tak suka tgk orang miskin susah yang tenggelam dalam kesusahan mereka tanpa ada usaha atau pemikiran ke arah penambahbaikan

|| NaFiRaa || said...[Reply to comment] @ 12/6/10, 12:21 PM

kalo amik positif..positif lah jadiknye.. kalo amik negetif.. negetif lah jadiknye~ terpulangpada kita jugak kan~

aNiS tHe BumbleBee said...[Reply to comment] @ 12/6/10, 6:36 PM

kalau tinggal kt Sri lanka ni..pepatah tu xley pakai. Kena pakai pepatah ni;

"jgn harap aku nk ikut kau.Baghal semacam je.Ko kena ikut style org malaysia,okeh??"


kekeke!
mode:darah tinggi dgn org local.

abah_izz said...[Reply to comment] @ 12/6/10, 8:23 PM

@gadisBunga

manusia sama..perangai jer yg lain2, cam pepatah..rambut sama hitam...hati lain2..

abah_izz said...[Reply to comment] @ 12/6/10, 8:24 PM

@Kembara Perantau

bro upin & ipin...hi..hi, cam na interview petronas ??

abah_izz said...[Reply to comment] @ 12/6/10, 8:25 PM

@Gadis Kampung

TQ..."aku terima ianya...." nnt kita balasss..

abah_izz said...[Reply to comment] @ 12/6/10, 8:28 PM

@Mak Su

samalah Mak Su..sebenarnya bukan senang untuk senang dan bukan susah untuk susah...yg penting usaha tangga kejayaan & berserah(tawakkal)

abah_izz said...[Reply to comment] @ 12/6/10, 8:32 PM

@|| NaFiRaa ||

kena ambik yag positif baru boleh berjaya.....tapi kadang2 itu memang susah, ade jer perasan negatif dlm diri...kena Berhijrah sempena Maal Hijrah ni...insyaAllah

abah_izz said...[Reply to comment] @ 12/6/10, 8:36 PM

@aNiS tHe BumbleBee

sabaQ2...Hijrah itu pengorbanan.( Salam Maal Hijrah )..

p/s: ..buat apa yg patut,tapi jgn smpai tak dapat balik Msia dah la...

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...[Reply to comment] @ 12/7/10, 8:46 AM

betul.. setuju dgn pendapat abah izz

abah_izz said...[Reply to comment] @ 12/7/10, 10:27 AM

@BABY(MAMA AMANA

sama2..pilih mana yg terbaikk

Insan Marhaen said...[Reply to comment] @ 12/7/10, 10:41 AM

kalau ada sikap begitu, sampai bila bila pun kita tak akan improve!

Hairil Rizal said...[Reply to comment] @ 12/7/10, 12:38 PM

Hanya boleh guna utk positif saje rasanya abah izz... yg negatif tu memusnahkan kalau tak kena gayanya...

Ms. Dyla Qistina said...[Reply to comment] @ 12/7/10, 7:41 PM

saya menunggu publishing buku mengganti La-Tahzan, buku motivasi dari anda :)

sangat bagus entry ini :)

abah_izz said...[Reply to comment] @ 12/8/10, 12:08 AM

@Insan Marhaen

betui2..tak akan improve utk menjadi yg terbaik dari yg terbaik

abah_izz said...[Reply to comment] @ 12/8/10, 12:11 AM

@Hairil Rizal

haah HR...kalau boleh tak nak langsung (-)..zero defect..InsyaAllah Hijrah

abah_izz said...[Reply to comment] @ 12/8/10, 12:15 AM

@Ms. Dyla Qistina

TQ...La-Tahzan pun saya belum brkesempatan lagi dapatknnya lagi...kena byk lagi belajar&amal

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ShoutMix chat widget