Hijrah...dan Aku
Published by ab@h_Izz under Akunyer Kisah, Hijrah on Wednesday, December 08, 2010Salam Maal Hijrah...Selamat Tahun Baru..Selamat Berhijrah
Sedar tak sedar dah masuk tahun baru Islam rupanya...semua orang ada azam,dan semua orang ingin berhijrah...berhijrah dari fizikal,lisan dan hati untuk mencari dan menjadi yg lebih baik antara yang terbaik. Aku pun nak 'Hijrah ' jugak....
Sebenarnya  hijrah tidak mungkin terjadi tanpa apa-apa  sebab yang mendesak. Tengok  hari ini, orang berhjrah dari  kampung ke kota kerana desakan menuntut  ilmu, mencari kerja, berkahwin,  berniaga, tekanan hidup, dan  sebagainya termasuklah aku.
ANTARA HIJRAH AKU......( 1431H-1432H ) 
1. Tahun lepas aku dah pun berhijrah tempat...dari Klang ke KT dan  akan berharap  tahun depan akan berhijrah lagi.Bukan untuk berhijrah lain tempat, tapi  hijrah balik semula ,kalau boleh...hi..hii2 (balik area lembah klang). 
2. Alhamdulillah...Hijrah perjawatan aku dari Pangkat sekian ke Pangkat sekian...tapi nak semua ini, tu yg kena Hijrah yang no.1.
3.  Mendapat anak lelaki (baby izz) yang sebelum ni,yg 1st ,2nd & 3rd  semuanya perempuan....Alhamdulilah. 
4. Yang ni Ummi Izz & anak-anak pulak yang berHijrah ikut aku...yg mana 6 buan pertama aku jadi weekend husband kena ulang alik KT-KL...
5. Hijrah dari segi lisan dan hati  untuk mendekatkan diri kepadaNya  masih perlu aku lakukan dan pertingkatkan lagi..rasanya belum sempurna ataupun cukup.Kena banyak berHijrah lagi.
"Sebenarnya Hijrah amat perlu dalam kehidupan kita. Kena berhijrah dan terus  berhijrah dari satu tahap ke tahap yang seterusnya. Paling kurang  sekadar untuk sesuap nasi sebagai usaha untuk hidup, apatah lagi dalam  mencari kesenangan, keamanan, keadilan, kebahagiaan dan keselesaan."


9 Comments...TQ:
salam abah_izz...
Hijrah perlukan pengorbanan.
Tentu banyak pengorbanan yang telah abah_izz lakukan untuk membangunkan diri dan keluarga. Semoga terus berjaya dalam semangat hijrah ini...
keja gomen tak leh lari dr pindah..ok jugak tu boleh dpt pengalaman lebih di tpt org lain...
itu satu pengorbanan , bkn semua org dapat merasakannya...syukur.
salam maal hijrah.. buat abah_izz yerrrrrr
salam maal hijrah~ semoga tahun baru ini jauh lebih baik dari tahun lepas..aminn~
@Kuasai minda
KM..memang hijrah itu memerlukan pengorbanan..pengobanan yg kadang2 terpaksa dilalui & dihadapi..mungkin ada hikmah disebalik Hijrah yg dilakukan...TQ atas semangat yg diberi.
@DiaUmaiNiNaz
betultu kena sentiasa bersyukur...
Apa boleh buat...kena bersedia untuk hijrah tempat, kerana aku yg menurut perintah....
@AngahSayang2314
Salam Maal Hijrah juga buat Angah...:))
@|| NaFiRaa ||
Salam Maal Hirah,InsyaAllah Hendaknya..Aminn. Sama juga untuk NaFiraa...
Banyak juga nampaknya yg abah izz dah hijrahkan tapi mmg betul...selagi kita bernyawa, selagi tulah hijrah takkan berhenti.
InsyaAllah, segalanya mungkin dgn izinNya :)
Post a Comment