.
Malam semalam aku ngan family ambik angin luar yang sentiasa sejuk memandangkan kat sini asyik hujan sokmo jer...sambil bawa anak2 jalan sambil cari tempat untuk makan.Anak-anak lebih suka makan fast food lah...dan kebetulan kat KT ni ada baru bukak RFC. Memang dah lama nak try..tapi dulu masa dok area Klang/Shah Alam memang tak dak, rasanya ni branch yg ke-9 kut, baru bukak 2 Disember lepas. So dah ada apa salahnya mencuba...Okay ke tak okay.....
|
@ RFC Kuala Terengganu ( Belakang Stadium Sultan Ismail ) |
Masuk jer dalam, tengok orang boleh tahan jugaklah ramainya. Design kaunter & menunya ada yang lebih kurang KFC lah...Takperlah, janji yang penting sedap dan cekaplah servisnya. Sebabnya memang aku kena bayar untuk service tu...tapi 5% je lah...hi..hi2. Tapi memang lamalah aku beratur untuk sampai turn aku compare lain2 fast food yang aku dah pergi untuk situasi costumer yang ramai. Bagi aku kalau masih tak improve....takleh dah nak kategorikan RFC kat sini sebagi Fast Food. , jadi Food courtl jelah. Mungkin baru lagi kut.....ataupun staff pun baru kut ( kena bersangka baik). Okay layanzz...dah nak makan dah..
|
Design dan hiasan dalamannya menariklah bagi aku...so, okaylah RFC dah boleh buat cam ni. |
|
Ni aku makan "Chicken Chop"@RM9.90+5%......... |
|
Ni panggil "Chiken Set-B" ( Dinner Plate) @ RM10.20+5%............... |
Tang menu/makanan aku rasa dari segi saiz...ayam RFC besar sikitlah. Rasanya sedap jugaklah, Mungkin dia pakai ayam organik kut. Aku jugak ada search kat diaorang punya info cam ni:
" Ayam organik adalah ayam yang diternak bebas daripada enzim babi @ makanan yang dilarang oleh agama Islam. Ayam yang diternak secara organik adalah ayam yang diberi makan seperti ekstrak herba yang kaya dengan bahan antioksida dan antikanser seperti halia, kunyit, pandan, habbatus sauda dan limau purut. Tanpa penggunaan antibiotik, tidak menggunakan hormon, beta agonist dan salbutamol. Faktor permakanan juga adalah penyumbang utama kepada daya tahan ayam daripada serangan penyakit. Bermakna ayam organik adalah ayam yang hanya makan makanan yang organik seperti spirulina dan tidak memakan dedak."
Walau cam na sekalipun.. aku memang sokong, sebab produk tempatan lagi dijamin Halal. Mungkin boleh setanding fast food lain...Tapi syaratnya, kena improvelah, terutamanya pada servis, kalau tak bagus sekali jer orang masuk....So yang mana tak try lagi dipersilakan.....
Share
9 Comments...TQ:
wowow! dah terliyok ni...balik Sp baru ada RFC...mkn ayam pM je lah dulu..supprt org kita.
wahhh.. bagus2~ nak makan pon x de lah ragu2kan.. bila lah kat shah alam nih nak bukak 1 kedai RFC..
alamak..ruginya tak rasa masa singgah kat KT ahad lepas..ada mcm KFC ke???
apapun kita harus support bumiputera...hidup Melayu!!
@p@kcikLie
bila nak balik SP?..budak2 ada sana erk...cuti sekolah dah nak habiss boleh dah nak angut balikk...hi..hi2
@|| NaFiRaa ||
akan datang...macam tau jer..ha.ha2. \dakper shah alam dah byk sgt fast food.
@sahromnasrudin
dah datang cni apsal tak khabo..tidak boleh belanja..dakper lain kali boleh datang mula dehh.
@wahida
betul2..100%..support dari depan lagi..@ kaunter.
p/s: time aku gi sana..byk2 customer..semua orang kita.mana yg lain????
salam..
abah izz
ayu dah try...selain harganya murah..okeylah..sedap juga..hanya kurang garing ayamnya.
but minumannya..terbaik
Post a Comment