Melawat Mangsa Kebakaran Pelantar@HSNZ
Published by ab@h_Izz under Isu Semasa, Kebakaran Pelantar, Member on Thursday, December 16, 2010Tengahari tadi time rehat aku keluar jap ke Hospital HSNZ meluangkan masa melawat salah sorang mangsa kebakaran Pelantar Minyak Bekok C baru-baru ni. Tak sempat nak pergi semalam, memandangkan time tu tengah berkursus dan dapat tahu pun bila aku tengok berita malam tu.
Sumber: Harian Metro...member aku kat dalam bulatan merah tu..... |
Sebenarnya salah seorang mangsa tu, adalah kawan baik aku time belajar kat uitm dulu ...satu kelas dan satu rumah. Time aku kerja kat terengganu ni pun aku selalu jumpa dia masa inspection. Rasanya last jumpa 2 minggu lepas kat plant Petronas masa shutdown baru-baru ni, dan tak sangka pulak dia adalah salah seorang mangsa.Member aku ni adalah salah seorang yang kerjanya memang supervise berkenaan safety di plant dan pelantar.
aku ngan dia baru-baru buat inspection bersama untuk wakil yang berbeza..... |
Time aku sampai, member aku ni baru sedar dari tidur, katanya baru lepas makan ubat . Malam pertama kejadian,doktor memang bagi ubat tidur agar mendapat rehat yang cukup..dan kalau tak bagi ubat tu,memang tak boleh tidur punya. Terasa kesakitan/perit kesan melecur kat muka dan tangannya.
Sempat bertanya khabar..dan dia ada citer serba sedikit cam mana boleh jadi accident tersebut dan tak sampai hati nak tanya lebih-lebih,memandangkan keaadaan mukanya yang berbalut kain dan yang tinggal hanyalah mata dan mulutnya sahaja.Apa yang aku ingat katanya " Time tu yang aku ingat...hanyalah Mati "
Alhamdulillah...keadaanya agak stabil,walaupun tangan dan mukanya masih berbalut. Kini ditemani oleh isterinya dan ahli keluarga yang banyak memberikan sokongan serta pihak majikannya yang memberikan sumbangan dan kebajikan yang baik dan sewajarnya .
Share
Alhamdulillah...keadaanya agak stabil,walaupun tangan dan mukanya masih berbalut. Kini ditemani oleh isterinya dan ahli keluarga yang banyak memberikan sokongan serta pihak majikannya yang memberikan sumbangan dan kebajikan yang baik dan sewajarnya .
" Aku doakan semoga rakanku dan semua yang terlibat dipermudahkan olehNya , cepat beransur pulih hendaknya. Moga-moga pulih dari Trauma yang dihadapi untuk kembali bertugas nanti....InsyaAllah...Aminn"
20 Comments...TQ:
Semoga mereka semua selamat dan cepat sembuh...
@Kuasai minda
Begitulah hendaknya...berkat doa semua...
salam
setiap kejadian pasti ada hikmahnya
saya masa kejadian dipaparkan di metro harian...asyik ditanya pekerja citarasa rinduan..tentang bebola api...depa ingatkan hantu...hehhehehe
semoga, kawan abah izz sembuh dan menjalani kehidupan seperti sedia kala..amin
Emmm doakan semua member pulih kepada asal..(bro lawa baju heheheh..)
malang tak berbau...
semoga mereka semua cepat sembuh...
astaghfirullahalazim..semoga mereka cepat sembuh dan diberi kekuatan untuk menghadapi semua ni..
owh..member ka...semoga semuanya cepat sembuh...beringat sentiasa, kemlangan boleh berlaku di mana2.
@Citarasa Rinduan
w'salam..TQ betul tu,mungkin ada hikmahnya,
bebola api..member cakap nasib baik tu baru kena sipi & pakai baju fire redundant.Alhamdulillah semua selamat
@Kembara Perantau
Aminn..(Baju pinjam bro..ko bolehla pakai nnt )
@gadisBunga
malang yg tak berbau selalunya akan lebih teruk...dari yg kita jangkakan.
Aminnn...
@faizura rahman
harap2 macam tu lah hendakNya...Aminnn
@p@kcikLie
samalah tu...Kena sentiasa beringat & berwaspada setiap waktu...serta berdoa dariNya agar dilindungi. Tapi jika itu kehendakNya, kita tak boleh melawannya jika ditakdirkan...
alhamdulilah takde kemalangan jiwa...tapi trauma la pasni..harap2 semuanya ok
yelah en.nasir, baju tu mmg sangat cun... hehehe... daripada asik pakai baju hijau jer kan... ;p apapun semoga semua mangsa cepat pulih spt sediakala... amin...
Nasir, nanti ko jumpa jawa ko kirim salam kat dia... Kami rakan-rakan kat sini doakan dia cepat sembuh dan sihat laa...
terkejut gak tengok berita malam ritu...
moga diorang cepat sembuh dan sihat seperti biasa...amin..
semoga semua mangsa letupan tu cepat sembuh..amin~
moga dia cepat sembuh..
@ MDT,Liana,Mawaddah, NaFIRa,Lia3003
Terima Kasih atas doa kawan2 untuk kawan...Aminnn
@Huszaini
ah seng..sudah sampaikan salam kawan2 semua & wak juga kirim salam pada kawan2..InsyAllah sebelum discharge aku gi lagi..
Post a Comment