-Disebalik...Lens@ Kehidupan-

" -Pelbagai Kisah Mampu Diungkapkan.....-"

Lens@bah_izz

Hijrah...dan Aku

Published by ab@h_Izz under , on Wednesday, December 08, 2010
Salam Maal Hijrah...Selamat Tahun Baru..Selamat Berhijrah

Sedar tak sedar dah masuk tahun baru Islam rupanya...semua orang ada azam,dan semua orang ingin berhijrah...berhijrah dari fizikal,lisan dan hati untuk mencari dan menjadi yg lebih baik antara yang terbaik. Aku pun nak 'Hijrah ' jugak....

Sebenarnya hijrah tidak mungkin terjadi tanpa apa-apa sebab yang mendesak. Tengok hari ini, orang berhjrah dari kampung ke kota kerana desakan menuntut ilmu, mencari kerja, berkahwin, berniaga, tekanan hidup, dan sebagainya termasuklah aku.

ANTARA HIJRAH AKU......( 1431H-1432H )

1. Tahun lepas aku dah pun berhijrah tempat...dari Klang ke KT dan  akan berharap  tahun depan akan berhijrah lagi.Bukan untuk berhijrah lain tempat, tapi  hijrah balik semula ,kalau boleh...hi..hii2 (balik area lembah klang). 

2. Alhamdulillah...Hijrah perjawatan aku dari Pangkat sekian ke Pangkat sekian...tapi nak semua ini, tu yg kena Hijrah yang no.1.

3.  Mendapat anak lelaki (baby izz) yang sebelum ni,yg 1st ,2nd & 3rd  semuanya perempuan....Alhamdulilah. 

4. Yang ni Ummi Izz & anak-anak pulak yang berHijrah ikut aku...yg mana 6 buan pertama aku jadi weekend husband kena ulang alik KT-KL...

5. Hijrah dari segi lisan dan hati  untuk mendekatkan diri kepadaNya  masih perlu aku lakukan dan pertingkatkan lagi..rasanya belum sempurna ataupun cukup.Kena banyak berHijrah lagi.

"Sebenarnya Hijrah amat perlu dalam kehidupan kita. Kena berhijrah dan terus berhijrah dari satu tahap ke tahap yang seterusnya. Paling kurang sekadar untuk sesuap nasi sebagai usaha untuk hidup, apatah lagi dalam mencari kesenangan, keamanan, keadilan, kebahagiaan dan keselesaan."






Share

9 Comments...TQ:

Kuasai Minda said...[Reply to comment] @ 12/8/10, 4:10 AM

salam abah_izz...

Hijrah perlukan pengorbanan.
Tentu banyak pengorbanan yang telah abah_izz lakukan untuk membangunkan diri dan keluarga. Semoga terus berjaya dalam semangat hijrah ini...

Dinaz said...[Reply to comment] @ 12/8/10, 10:43 AM

keja gomen tak leh lari dr pindah..ok jugak tu boleh dpt pengalaman lebih di tpt org lain...
itu satu pengorbanan , bkn semua org dapat merasakannya...syukur.

AngahSayang2314 said...[Reply to comment] @ 12/8/10, 10:48 AM

salam maal hijrah.. buat abah_izz yerrrrrr

|| NaFiRaa || said...[Reply to comment] @ 12/8/10, 3:04 PM

salam maal hijrah~ semoga tahun baru ini jauh lebih baik dari tahun lepas..aminn~

ab@h_Izz said...[Reply to comment] @ 12/8/10, 5:59 PM

@Kuasai minda

KM..memang hijrah itu memerlukan pengorbanan..pengobanan yg kadang2 terpaksa dilalui & dihadapi..mungkin ada hikmah disebalik Hijrah yg dilakukan...TQ atas semangat yg diberi.

ab@h_Izz said...[Reply to comment] @ 12/8/10, 6:10 PM

@DiaUmaiNiNaz

betultu kena sentiasa bersyukur...

Apa boleh buat...kena bersedia untuk hijrah tempat, kerana aku yg menurut perintah....

ab@h_Izz said...[Reply to comment] @ 12/8/10, 6:11 PM

@AngahSayang2314

Salam Maal Hijrah juga buat Angah...:))

ab@h_Izz said...[Reply to comment] @ 12/8/10, 6:14 PM

@|| NaFiRaa ||

Salam Maal Hirah,InsyaAllah Hendaknya..Aminn. Sama juga untuk NaFiraa...

Hairil Rizal said...[Reply to comment] @ 12/9/10, 10:02 PM

Banyak juga nampaknya yg abah izz dah hijrahkan tapi mmg betul...selagi kita bernyawa, selagi tulah hijrah takkan berhenti.

InsyaAllah, segalanya mungkin dgn izinNya :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ShoutMix chat widget