-
Busy ke ? Tak der lah sangat, cuma pening2 lalat jer uruskan mcm2 hal ! Alkisah ummi_izz br jer dpt cari umah sewa tuk menempatkn perabot2 yg ade. Yelah skarang abah_izz dah x de, so ummi_izz stay ngan famili dulu. Nak tggal sorang ngan ank yg kecik2 tu takut la plak.
Bukan sng nak cari umh sewa kat area Subang Jaya ni. Mak aii nak sewa rumah flat tu je pun dh cecah RM600. Mcm x berbaloi jer..klu just nak letak brg jer! Tapi cari pnya cari akhirnya dpt lah gak umah sewa kat area Saujana Putra atas sikit dr Putra Heights. Kat ctu sewanya ok lg sbbnya jauh sket dari shopping mall dan belum ade bnyk pembangunan...
Dlm ummi_izz sibuk nk masuk umah sewa bulan depan, aku tgh duk berkira2 nak cari penyewa baru tuk umah sewa abah_izz & ummi_izz kat BBR, Klang. Nak cari yg memenuhi kriteria ! Buat masa ni ummi_izz masih sayu lagi akan kenangan kat umah BBR. Kami hanya sempat duk kat ctu setahun jagung je !
kat cnilah ummi_izz skluarga duk berehat tenangkn fikiran
Bercakap ttg umah plak, just nk kongsi info ni. Jika berlakunya kematian, harta tak alih contohnya rumah, biasanya ader MRTA iaitu insurans gadaijanji. Bermakna hutang rumah tu dah ader yg cover. So tak perlu risau. Tapi depend juga pd kes. Lets say pinjaman rumah tu dibuat atas 2 nama contoh suami isteri, so klu salah seorg meninggal, bermakna separuh dari baki hutang yang ada perlu dibayar oleh peminjam yg satu lg.
Itu br nak settle kan insurans rumah lum lg yg lain2...1st thing mestilah nak settle kn benda yg beso dulu. Ye lah rumah kan kpluan asas...lg plak harga rumah skarang ni dah macam tak reasonable langsung. Just imagine dgn RM300 ribu dlm keadaan skarang ni pun belum tentu boleh dpt rumah teres 2 tgkat kat area2 yg membangun. Lg plak klu developer nya mmg dah terkenal...
Share
-
"Ummi, buatlah kek macam yang masa abah ader dulu...". Huh anak2ku dah mengidam rupanyer ! Nasib bek bukan aku yg mengidam. Rayuan ank2ku begitu 'power' tak sampai hati pulak nak menolaknya. Mungkin diorang pun prasan aku x semangat masuk ke dapur cam dulu lg. "Berilah sedikit masa pada ummi yer, wahai ank2ku..." hati kecilku berkata.
Sepanjang aku menjadi full time house wife slama 8 bulan, aku manfaatkan masa lapang ku dengan blaja membuat biskut2, kek dan kuih muih. Tak attend kelas formal pun. Anganku nak tunggu ank dah beso sikit, br nk serius dlm bidang ni. Tapi jodohku pada kerjaya cikgu rupanya lebih kuat. Kalau dikenang2kan, abah_izz la yg berhajat sangat aku menceburi bidang perguruan ni sehingga dia sanggup tgk aku pergi buat KPLI selama setahun. Aku pulak sejak berkawen pntang kena berjauhan dgn abah_izz. Sanggup buat rayuan pd kolej IBMM tak nak tinggal asrama. Apatah lagi time tu aku dah ade anak sulungku. Aper klass nak duduk asing2 ni..
Time jd weekend housewife setahun lamanya, (skejap jer.. )skali lagi stiap 6 bln skali aku apply nak tuko skola. Tp x dapat. Huhu..Aku siap kata lg kat abah_izz "ke mana jer abang pindah, sayang ngan ank2 tetap nak ikut abang, kecuali ajal jer dapat memisahkan kita ". Ayat dasat time tu, abah_izz tersenyum jer.
Ya allah kenangannya bagiku...ok lah berbalik citer kek tadi, ank2 aku dah siap makan pun. Puas hati tengok dorang gembira. Kalau la ader abah_izz, pastilah dia org pertama jd tukang rasanyer. Kenangan lg !!!!
Klu ader yg sudi nak try, klik la kat cni dapur ummi_izz tuk skodeng respinya. Jumpa lagi !
Share
Published by ab@h_Izz under
Ceramah,
Motivasi
on Saturday, April 09, 2011
-
La Tahzan...Jangan bersedih wahai hatiku...sememangnya kita mudah bersyukur apabila dalam keadaan senang tapi amat payah bersyukur apabila kita ditimpa musibah. Bila dengar ceramah ni, terubat hatiku...
Sejak kebelakangan ini aku banyak 'study' tentang ilmu yg berkaitan dengan faraid ni...Bukan apa yang pergi takkan kembali, tapi yg hidup inilah yang perlu mengurus kehidupan ini sebaik yang mungkin. Termasuklah mendokumenkan apa-apa yang patut untuk pengurusan pusaka arwah abah_izz kepada waris2 yang berhak.
Aku seakan tak percaya yang aku perlu berdepan dengan isu pusaka ni. Nak tak nak aku perlu memulakan langkah proaktif supaya pusaka arwah suamiku dapat diwarisi dengan cara yang baik. Mudah-mudahan...
" Pusaka bukan sekadar mesti diurus, bahkan pusaka juga mesti dirancang. Kenapa kita mesti merancang pusaka? Hal ini penting kerana ia adalah perkara yang pasti. Pasti apa? Pasti mati! "
Peringatan itu perlu diambil berat bagi orang yang masih hidup cam aku ni. Kalau tidak merancang takut-takut nanti waris kita akan terlibat dengan "fitnah harta" plak. Nauzubillah!
Sekadar berkongsi ilmu, 2 instrumen utama yang perlu dilakukan sebelum mengagihkan harta si mati ialah 'membersihkan hartanya' dan mengenalpasti siapa saja yang berhak menerima warisan. Part pembersihan harta tu memang kena dilangsaikan dahulu seperti
@ biaya pengurusan mayat termasuklah menggali kubur, biaya mengusung, sewa kereta jenazah, membeli kain kafan, memandikan dan lain-lain.
@ Hutang piutang - (hutang kepada Allah dan hutang pada manusia)
Hutang kepada Allah seperti zakat, kifarat, nazar dan haji yang belum ditunaikan. Hutang kepada manusia seperti pembiayaan perumahan, pembiayaan peribadi, pembiayaan kenderaan, kad kredit, pinjaman pelajaran, hutang dengan individu.
@ wasiat si mati mengenai hartanya seperti yang dibolehkan oleh syara'.
Setelah diselesaikan perkara2 di atas barulah harta si mati yang masih ada diagihkan kepada para ahli warisnya yang berhak. Ya Allah permudahkanlah urusanku...Aku baru jer dalam proses mengenalpasti status hutang-hutang yang ada. Begitu banyak lagi prosedur yang perlu aku lalui selepas ini...Semoga semua proses berjalan dengan lancar dan mudah sehinggalah lebihan harta peninggalan arwah abah_izz itu nanti tetap mendatangkan pahala baginya w'pun abah_izz telah berada di alam barzakh sampaila arwah selamat dari seksa api neraka. Amin !
p/s : sikit atau banyaknya harta bukan persoalan pokok yang penting bagaimana kita nak memanfaat harta ketika hidup dan apa pula yg patut dibuat ke atas harta tersebut apabila seseorang itu sudah mati !
Share
Sembang2 ngan anakku yang berusia 4 tahun,Ainin Sofiya.Kepetahannya bercakap seringkali membuatku terhibur...
Situasi 1 :(perbualan seharian kami bila time nak tido )
Ainin : Ummi...ainin nak abah... Ummi : Abah kan dah mati... Ainin : Oohh abah dah yang kena tanam kat pasir tu ye... Ummi : emmm (sayu ) Ainin : ainin nak abah...(dgn nada merengek n tak puas ati) Ummi : nantila bila ainin dah besar cam mak cu n mak wa, abah datang..nnti cuti kita gi kubur ye, tgk abah.
Situasi 2 : (bila dah beberapa minggu...) Ainin : ainin nak abah... Ummi : abah kan dah x de... Ainin : tapi mase dulu ader jer... Ummi : tu dulu, ni skarang. Ainin ingat x yg abah sakit kt hspital tu...nnti kita gi kubur lg ye. Ainin : ala gi kubur pun, x dapat jumpa ngan abah pun..
Sayu n aku terkedu. Aku pujuk anakku2 ini dgn memberikan setiap org ankku ini dgn sehelai baju yg sringkali arwah pakai utk mengubat rindu. Setakat ini caraku tadi dpt merawat sikit emosi "kehilangan" yg dialami oleh mereka.
Ramai yg kata muka si Ainin banyk ikut arwah abahnya especially part matanya. Tapi tulah yg si ainin ni mmg byk cakap tp si arwah ni jenis pendiam...Ainin2x...Share
Published by ab@h_Izz under
Akunyer Kisah,
Hijrah
on Thursday, March 31, 2011
Sudah tiba masanya aku berhijrah kembali ke tempatku dan membawa bersama segala kenangan suka duka sepanjang kehidupanku di Kuala Terengganu. Tiada apa lagi yang perlu ditunggu kerana sememangnya penghijrahanku ke sini hanyalah semata-mata untuk menjadi "full time housewife" kepada abah_izz. Sedikit pun tidak pernah ku kesal mengambil "cuti tanpa gaji" kerna untuk sentiasa bersama-sama dengan abah_izz. Aku puas dengan pengorbanan yang telah ku lakukan walaupun seketika cuma.
Sedikit demi sedikit, aku kumpul kekuatan untuk menjalani kehidupan yang seterusnya apatah lagi dengan peninggalan amanat yang paling besar iaitu anak-anakku. Buat abah_izz, ummi akan berusaha sedaya upaya memberi didikan yang terbaik seimbang dunia dan akhirat pada anak-anak kita, insya allah. Alhamdulilah Izzah anak sulungku berjaya mengekalkan kedudukan no 1 dalam ujian baru-baru ni. Kenangan manis untuk Izzah sebelum dia berpindah ke sekolah barunya....
Penghijrahan kali ini sungguh bermakna bagiku yang membawa perubahan besar dalam kehidupan ummi_izz sekeluarga. Aku kembali kepada kepangkuan keluarga. Bersyukur padamu Ya Allah kerna aku masih ada mak, abah dan adik-beradik untuk anak-anak abah_izz mendapat belaian kasih sayang. Dari segi kerjaya, insya allah aku kan kembali sebagai seorang guru. Terima kasih pada rakan-rakan seangkatan yang tidak putus-putus memberi kata-kata semangat untukku.
Pada rakan blogger yang masih sudi menjenguk blog abah_izz, terima kasih di atas sokongan moral yang diberikan. Akan tetap ummi_izz mengupdatekan entry walaupun tidak serajin arwah abah_izz buat tatapan anak-anak untuk kenang-kenangan akan datang.
"Kalau abang dah x der, sape lah yang nak jage blog ni ?" itulah kata gurauan yang pernah arwah suarakan semasa mengupdate ntry tentang penyakit G6PD. Tapi masa tu aku tak jawab sebab aku rase soalan tu tak penting.....
Share
Manusia hanya mampu merancang, tapi...Tuhan jua yang menentukan !
Tiga minggu sebelum abah_izz menghadap Ilahi, 2 perkara yang sempat arwah rancang tapi tak sempat ditunaikan. Pertama arwah sudah pun mohon cuti untuk bercuti di kampungnya sempena cuti sekolah yang secara kebetulannya jatuh pada hari pemergiannya. Sudah menjadi aktiviti tahunan kami, asal ada cuti sekolah yg panjang, kami akan bawa anak2 melepas rindu pada atuk,opah, atuk abah dan atuk maknya......
Hajat kedua arwah ialah nak attend kursus DSLR time cuti sekolah ni. Dah bayar pun depositnya. Tapi apakan daya takdir penentu segala-galanya. Diimbas kembali.....kamera tu adalah barangan milik peribadi arwah yang terbaru dibelinya. Ummi_izz sikit pun tak pernh menghalang kalau2 abah_izz nak melangkah jauh dalam bidang fotografi . Sebab tu lah ummi_izz sanggup menghadiahkan kamera tu sebagai tanda cinta kami walaupun abah_izz berkeras akan membayar semula harga kamera tu. Tapi ummi_izz dah lama halalkan, bang......Begitulah sentimentalnya nilai kamera tu walaupun harganya tidaklah segah mana.....
Walaupun abah_izz sudah tiada.....tapi lens@kehidupan bersama abah_izz tetap subur mekar dalam ingatan ummi_izz bersama anak-anank tersayang. Al-fatihah.
Published by ab@h_Izz under
on Sunday, March 20, 2011
Hari ni genap seminggu abah_izz kembali ke rahmatullah. Abah_izz telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada hari Isnin bersamaan 14 Mac 2011 di Unit Rawatan Rapi, Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu pada pukul 12.30 tengah hari di hadapanku, isteri dan ditemani bondanya serta ayahanda mertuanya.
Baru hari ini aku, isteri arwah memiliki kekuatan untuk berkata-kata di blog abah_izz yang sudah lama tidak berupdate semenjak serangan penyakit yang menimpa arwah. Semuanya sudah tertulis dan tersurat untuk ku dan anak-anakku. Apa yang mampu ku lakukan adalah berdoa semoga arwah suamiku tercinta ini ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Aku redha dan pasrah di atas pemergian abah_izz yang tidak ku sangka secepat ini......Al-fatihah .
Share
Published by ab@h_Izz under
Anak-anak,
G9PD,
Ubat
on Wednesday, February 23, 2011
.
Note: G6PD adalah sejenis enzim dalam sel darah merah. Ianya berfungsi melindungi sel darah merah dari dimusnahkan dengan lebih awal.
Sebenarnya anak aku ni salah seorang yang mempunyai kekurangan G6PD. Hampir aku terlupa...bukan 'aku lupa' macam (Azmi RL), memandangkan keletah & tumbesarannya macam kanak-kanak yang lain . Jadi bila dah dapat status G6PD ni, sebenarnya seseorang itu ada pantang larangnya. Kadang-kadang terlupa...
Bila anak demam/sakit ,terlupa nak maklumkan kat doktor yang anak aku ni kekurangan G6PD, maka bolehlah dia bagi ubat-ubat yang sesuai, sebab sesetengah ubat boleh mengundang bahaya .
Tak boleh beli/makan/simpan Kacang Parang. Antara Makanan yang perlu dijauhi, takut dia termakan.
Tak boleh beli/simpan/pakai Ubat Gegat kat rumah/kereta dll.
Tak boleh makan sebarang ubat,ubat tradisional, jamu atau ubat senseh.
Pada dasarnya G6PD tidak berbahaya tetapi jika ‘pantang larang’ dilanggar, proses hemolisis boleh berlaku di dalam darah seterusnya memberi komplikasi seperti sesak nafas atau pitam.
Tanda utama yang boleh dikesan jika bayi terdedah kepada benda larangan ialah kencing berdarah. Darah yang pecah itu serta merta akan tersumbat di saluran kencing. Ibu bapa perlu segera membawa anak ke hospital bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk.
Satu lagi.....
Bila dah besar nanti, kena dapatkan jugalah ‘rantai perubatan’ yang menandakan pemakainya kekurangan G6PD. Sebab kalau ada apa-apa, ia membantu sekiranya berlaku kecemasan sekali gus membolehkan doktor memberikan rawatan bersesuaian.
Sebenarnya, Ibu bapa yang mempunyai anak penghidap G6PD tidak perlu bimbang dengan tahap kesihatan bayi mereka. Seperti kanak-kanak lain, mereka akan membesar secara normal tetapi kekurangan enzim ini akan berlanjutan hingga mereka dewasa. Cuma kena pastikan mereka dijauhkan daripada bahan yang boleh membawa komplikasi.
# Sumber dari pamplet yang doktor bagi kat aku masa anak aku baru lahir dulu kena tahan wad@ppum selama 9 hari.
Orang cakap kalau gatai tangan hok belah kanan tu....nak dapat duit la tu. Tak pun gatai tangan yg memang tangannya tak boleh dok diam . Tapi,.... aku sejak 2-3 hari ni tengah gatai tekak la pulak, termasuklah family aku yang lain-lain. Musim panas kut sekarang ni. Tu yang sedap je belasah air tebu yg jual tepi-tepi jalan atau minum ais.
Orang cakap lagi...nak baik sakit tekak, makan aiskrim, baru sejuk tekak tu,gatai pun hilang....memang dah buat pun, tapi belum baik lagi, mungkin kena perisa lain pulak kut. Tadi baru try gula-gula macam kat atas tu, ambik yg 'extra strong' punya, dengan harapan mungkin lagi kuat nak halau gatai tu, macam iklan dia kat TV tu. Apa yang 'extra stong' pun aku tak tau, rasa manis semacam jer...
Kadang-kadang terpikir gak, boleh pakai ker teori sapa ntah ni, kalau nak baik kita buat/makan apa-apa agen penyebabnya. Macam makan aiskrim , gula-gula tu lah....dll , entahlah, hopefully bertambah baik la jadinya.... .':(
Mungkin sebab hari ini cuti kut, aku tersenyum....atau makcik kat pasar ni yang membuat aku tersenyum tadi, atau......
Tak apelah, yang nyata......
Tiada harga atas senyuman ,tapi senyum sangat berharga bagi orang yang diberi senyuman.
Memberikan senyuman kepada seseorang tidak akan membuat kita bertambah miskin, tetapi seseorang yang menerima senyuman , hatinya akan semakin kaya.
Hanya memerlukan waktu singkat untuk tersenyum, tapi ingatan akan senyuman yang kita berikan itu akan terkenang dalam waktu yang lama.
Tidak peduli betapa lemah atau kuatnya seseorang untuk membuat dirinya agar tersenyum, bahkan orang cacat pun boleh memberikan senyuman kerana tenaga untuk tersenyum ada dalam hati yang tulus.
Sebuah senyuman dalam keputus asaan menjadi air sejuk di tengah padang pasir tandus.
Senyuman juga menjadi ubat yang boleh mengubati penyakit yang bernama masalah dan mengubati kerunsingan agar merasa santai.
Tapi senyuman tidak boleh dibeli, diminta, dipinjam, atau dicuri kerana senyuman adalah sesuatu yang tidak berharga bagi sesiapa pun kecuali jika senyuman itu diberikan kepadanya.
Share dari sumber yg telah diedit ( Bahasa Indon) dari : http://blogspreneur.info/senyum
Published by ab@h_Izz under
Anak-anak,
Madu,
Pahit,
Ubat
on Wednesday, February 16, 2011
.
Bila anak-anak demam/batuk/selsema....
Susahnya nak bagi makan ubat kat anak-anak aku ni, tak sedapla, pahitla....semuanya ada. Kalau deman/batuk pergi klinik pun macam tak guna, doktor bagi ubat yang minum, memang akan kena paksalah untuk makannya. Silap-silap tak makan-makan. Baik minta ubat yang selain darinya , itu pun kalau ada. Termasuklah uminya sendiri......sanggup tak makan ubat batuk yang pahit dan minta beli jenama lain yang kurang pahitnya.
Tu yang kena bagi tau sorang-sorang.....Mana ada ubat yang sedap sayang oi!!! Pahit lagi ada le.... tapi yang pahit itulah sebenarnya yang menjadi penawar kannn....macam lagu ukay's juga " Pahit Akan Manis Akhirnya .."
Tapi lagu ni liriknya lain macam sikit......bukan pasal ubat tu yang akan manis akhirnya....tapi madu tu yang akan menjadi pahitnya......Antara petikan liriknya;
"...Wanita manakah
Sanggup berkongsikan kasih
Walau madu bagiku
Tapi hempedu bagimu
Terkadang harus terima
Suratan dariNya
Tidak salah kalau kasih dibahagi
Seadilnya....."
Lama dah tak dengar lagu ukay's ni....sedap pulak dibuatnya....hi..hi2 .
Macam yang aku buat ni la...Niat aku sebenarnya memang nak bagi tau pada semua, yang tempat ni memang tak boleh ambil gambar....Tapi cara aku ni, memang dah sah-sah la salah kan ! ha..ha2
Rasanya banyak lagi perkara-perkara yang kita/orang lain lakukan adalah sedemikian tanpa sedar ataupun dah buat baru sedar. Antara berkaitan dengannya yang saya ingat adalah :
1. Selalu berlaku pada Hari Jumaat, ketika khatib sedang membaca khutbahnya, dah baik dah kita menegur anak-anak kita supaya tidak membuat bising ketika khutbah . Kita pun berkatalah ...'diammm'. Maka samalah ,akan sia-sialah sembahyang Jumaat kita .
2. Kalau kita perhatikan kat tandas-tandas awam, kat dalam lif , dinding yang berconteng-conteng ni memang dah sinonim...tapi, selalunya cerita yang ditulis itu akan bersambung-sambung. Tapi yang tak kenanya, yang menasihatinya pun menggunakan medium sama untuk memberi keinsafan kepada penconteng -penconteng itu.
3. Bab nak tegur kesalahan orang/orang nak tegur kesalahan kita pun kena ada caranya. Niat kita/sesorang itu memang baik, nak perbetulkan kesalahan yang dilakukan. Ada orang boleh terima, ada orang tidak. Mungkin dengan cara yang lembut sudah memadai. Dia akan mendengarnya. Tak perlu nak tinggikan suara atau memarahinya, silap-silap boleh cari gaduh lagi.
Ada banyak lagi kut perkara-perkara sedemikian berlaku. Tapi....
Memandangkan dah banyak sangat kut gerai-gerai yang menjual jagung sepertinya. Tu yang dia buat macam tu...mungkin strategi pemasaran bagi menarik dan memudahkan pelanggannya untuk singgah.Baguslah ada keinginan untuk terus maju macam tu. Rezeki ada di mana-mana......
p/s : Kepada yang suka singgah membeli di gerai-gerai tepi jalan ni, Utamakan keselamatan....nak berhenti, berhentilah di tempat yang selamat.
Published by ab@h_Izz under
Ikan,
Menjala,
Pantai
on Saturday, February 12, 2011
.
Wahh, bestnya dapat menjala seperti itu. Kalau kat kampung aku ni , dipanggil 'malunta'....cari sendirilah kut dalam bahasa apa istilah tu..ha..ha2. Dulu-dulu kat kampung aku, masa semua kerja-kerja bersawah menggunakan kudrat manusia, maksud aku tractor atau mesin padi belum digunakan lagi, ikan sepat,haruan, keli ,puyu dll mesti banyak time tu menghuni telaga-telaga dan parit-parit. Sekali tebar jala, penuh satu kawasan telaga itu, memang takde can dah ikan-ikan tu nak lari. Hasilnya,pasti berat dengan ikan -ikan masa nak angkat. Itulah kepuasannya.....
Tapi aku dari dulu sampai sekarang,apa yang aku terkilan....aku masih belum lagi mahir akan 'skill' menebarnya.Mungkin orang ingat senang kut,kadang-kadang jadi...kadang-kadang menguncup tak kembang-kembang.
Takper, nanti aku jumpa pakcik ni lagi, aku akan belajar darinya.....
Ini berkenaan kisah wife aku a.k.a ummi izz...yang hobinya sejak berpindah kat sini dan dapat pulak jiran yang suka hantar-hantar makanan ni, maka tu yang start rajin nak 'try & error' segala jenis resepi yang diambil di internet. Jiran sebelah rumah pulak memang 'terer' memasak, Tercabar jugakla aku rasa, tu yang ada saja resepi baru yang akan cuba dibuat, tak kanla nak hantar yang lebih kurang jer atau asyik2 kuih tu jer, mentang-mentangla kuih tu jer yang pandai..ha..ha2.
Sampailah sekarang, kalau bukak wall FB dia, penuh la post-post masakannya ,dah boleh buat Album koleksi masakannya. Tapi semalam, dia cukup 'tak puas hati' sikit, apabila terjumpa satu blog masakan yang menggunakan hasil gambarnya. Cantik sangat hasil 'crop'nya tanpa menampakkan watermarknya. Apalah salahnya bagi 'kredit' sikit kat tuannya, tak rugi pun, cuma tanda kita berterima kasih. Tak pun bagi jer kredit tu kat pakcik google.......hi..hi
" ni lah blog masakan itu.....serupa tapi tak 'sama'.....
Maka dengan itu, aku 'meracunnya' , supaya buatlah blog sendiri......pada orang lain gunakan dia punya gambarnya baik dia masukkan kat blog dia. Benda dah ada, dan hari-hari akan ada....so, malam tadi ,ntah kul berapa tidur, terhasilya koleksinya di blog :
Tangan Yang Menghayun Buaian...Boleh Menggoncang Dunia. Tentulah ianya dikhususkan untuk insan yang kita sayangi...iaitu Ibu. Menggambarkan betapa besarnya peranan dan tanggungjawab mereka .Tapi bukan sampai buaian ini pun masih mengharapkan ibu kita menghayunkannya. Tunggu dululah yer si Ainin Sofiya.....
Tapi...bila bercakap tentang ibu, terbayang ibuku yang berada di kampung. Untuk tahun ni, belum berkesempatan lagi bertemu , cuma bertanya khabar & kesihatan. Patutkah aku !
Jarak dan masa bukanlah alasan rasanya. Kalau nak seribu daya.....Tapi , itu semua perlukan perancangan. . CNY yang lalu ,aku tak ambik cuti tambahan, cuti sekolah seminggu ni, aku belasah semuanya. Ke Parit Buntar sikit...Ke Subang Jaya sikit. Sama-sama dapat saling menziarahi ,sementara ibubapa kita masih ada......
Mungkin ada sinar kebahagian pada mereka, walaupun mereka sebenarnya lebih rindukan cucu-cucunya dari anak-anakya yang dah besaq-besaq ini..hi..hi2.
Published by ab@h_Izz under
Azam 2011,
Pantai,
Penat
on Tuesday, February 08, 2011
.
Betapa eratnya mereka...
Saling berkejaran..tak pernah kenal erti penat dan jemu dan..
Sentiasa inginkan perubahan....
Inginkan begitu juga, tapi...baru kerja banyak sikit, inspection nak kena buat merata tempat, mulalah kepenatan dan jemu melanda. Ni belum lagi kena involve beberapa siri inspection TA kat Petronas yang equipmentnya agak banyak tahun ni.
Tapi bila cuti, tak gi mana-mana baru-baru ni, nak pergi kerja pulak, tu yang cancel cuti untuk 3 hari yang telah diambil dan diluluskan.
Ni baru awal tahun, kata azam nak berubah....Apa aku ni....