-Disebalik...Lens@ Kehidupan-

" -Pelbagai Kisah Mampu Diungkapkan.....-"

Lens@bah_izz

G6PD......Hampir Terlupa Aku.

Published by ab@h_Izz under , , on Wednesday, February 23, 2011
.
Note: G6PD adalah sejenis enzim dalam sel darah merah. Ianya berfungsi melindungi sel darah merah dari dimusnahkan dengan lebih awal.


Sebenarnya anak aku ni salah seorang yang mempunyai kekurangan G6PD. Hampir aku terlupa...bukan 'aku lupa' macam  (Azmi RL), memandangkan keletah & tumbesarannya macam kanak-kanak yang lain . Jadi bila dah dapat status G6PD ni, sebenarnya seseorang itu ada pantang larangnya. Kadang-kadang terlupa...
  • Bila anak demam/sakit ,terlupa nak maklumkan kat doktor yang anak aku ni kekurangan G6PD, maka bolehlah dia bagi ubat-ubat yang sesuai, sebab sesetengah ubat boleh mengundang bahaya .
  • Tak boleh beli/makan/simpan Kacang Parang. Antara Makanan yang perlu dijauhi, takut dia termakan.
  • Tak boleh beli/simpan/pakai Ubat Gegat kat rumah/kereta dll.
  • Tak boleh makan sebarang ubat,ubat tradisional, jamu atau ubat senseh.
Pada dasarnya G6PD tidak berbahaya tetapi jika ‘pantang larang’ dilanggar, proses hemolisis boleh berlaku di dalam darah seterusnya memberi komplikasi seperti sesak nafas atau pitam.
Tanda utama yang boleh dikesan jika bayi terdedah kepada benda larangan ialah kencing berdarah. Darah yang pecah itu serta merta akan tersumbat di saluran kencing. Ibu bapa perlu segera membawa anak ke hospital bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk.
Satu lagi.....
  • Bila dah besar nanti, kena dapatkan jugalah ‘rantai perubatan’ yang menandakan pemakainya kekurangan G6PD. Sebab kalau ada apa-apa, ia membantu sekiranya berlaku kecemasan sekali gus membolehkan doktor memberikan rawatan bersesuaian.
Sebenarnya, Ibu bapa yang mempunyai anak penghidap G6PD tidak perlu bimbang dengan tahap kesihatan bayi mereka. Seperti kanak-kanak lain, mereka akan membesar secara normal tetapi kekurangan enzim ini akan berlanjutan hingga mereka dewasa. Cuma kena pastikan mereka dijauhkan daripada bahan yang boleh membawa komplikasi.

# Sumber dari pamplet yang doktor bagi kat aku masa anak aku baru lahir dulu kena tahan wad@ppum selama 9 hari.


Share

Kalau Gatai Tangan Takpa Lagi...

Published by ab@h_Izz under , , , on Monday, February 21, 2011
 .


Orang cakap kalau gatai tangan hok belah kanan tu....nak dapat duit la tu. Tak pun gatai tangan yg memang tangannya tak boleh dok diam . Tapi,.... aku sejak 2-3 hari  ni tengah gatai tekak la pulak, termasuklah family aku yang lain-lain. Musim panas kut sekarang ni. Tu yang sedap je belasah air tebu yg jual tepi-tepi jalan atau minum ais.

Orang cakap lagi...nak baik sakit tekak, makan aiskrim, baru sejuk tekak tu,gatai pun hilang....memang dah buat pun, tapi belum baik lagi, mungkin kena perisa lain pulak kut. Tadi baru try gula-gula macam kat atas tu, ambik yg 'extra strong' punya, dengan harapan mungkin lagi kuat nak halau gatai tu, macam iklan dia kat TV tu. Apa yang 'extra stong' pun aku tak tau, rasa manis semacam jer...

Kadang-kadang terpikir gak, boleh pakai ker teori sapa ntah ni, kalau nak baik kita buat/makan apa-apa agen penyebabnya. Macam makan aiskrim , gula-gula tu lah....dll , entahlah, hopefully bertambah baik la jadinya.... .':(


Share

Senyum Di Pagi Jumaat.....

Published by ab@h_Izz under , , on Friday, February 18, 2011
.

Mungkin sebab hari ini cuti kut, aku tersenyum....atau makcik kat pasar ni yang membuat aku tersenyum tadi, atau......



Tak apelah, yang nyata......

Tiada harga atas senyuman ,tapi senyum sangat berharga bagi orang yang diberi senyuman.
Memberikan senyuman kepada seseorang tidak akan membuat kita bertambah miskin, tetapi seseorang yang menerima senyuman , hatinya akan semakin kaya.

Hanya memerlukan waktu singkat untuk tersenyum, tapi ingatan akan senyuman yang kita berikan itu akan terkenang dalam waktu yang lama.

Tidak peduli betapa lemah atau kuatnya seseorang untuk membuat dirinya agar tersenyum, bahkan orang cacat pun boleh memberikan senyuman kerana tenaga untuk tersenyum ada dalam hati yang tulus.

Sebuah senyuman dalam keputus asaan menjadi air sejuk di tengah padang pasir tandus.
Senyuman juga menjadi ubat yang boleh mengubati penyakit yang bernama masalah dan mengubati kerunsingan agar merasa santai.

Tapi senyuman tidak boleh dibeli, diminta, dipinjam, atau dicuri kerana senyuman adalah sesuatu yang tidak berharga bagi sesiapa pun kecuali jika senyuman itu diberikan kepadanya.


              
Share dari sumber yg telah diedit ( Bahasa Indon)  dari : http://blogspreneur.info/senyum

Share

Pahit Akan Manis Akhirnya....

Published by ab@h_Izz under , , , on Wednesday, February 16, 2011
 .
Bila anak-anak demam/batuk/selsema....
Susahnya nak bagi makan ubat kat anak-anak aku ni, tak sedapla, pahitla....semuanya ada. Kalau deman/batuk pergi klinik pun macam tak guna, doktor bagi ubat yang minum, memang akan kena paksalah untuk makannya. Silap-silap tak makan-makan. Baik minta ubat yang selain darinya , itu pun kalau ada. Termasuklah uminya sendiri......sanggup tak makan ubat batuk yang pahit dan minta beli jenama lain yang kurang pahitnya.

Tu yang kena bagi tau sorang-sorang.....Mana ada ubat yang sedap sayang oi!!! Pahit lagi ada le.... tapi yang pahit itulah sebenarnya yang menjadi penawar kannn....macam lagu ukay's  juga  " Pahit Akan Manis Akhirnya .."


Tapi lagu ni liriknya lain macam sikit......bukan pasal ubat tu yang akan manis akhirnya....tapi madu tu yang akan menjadi pahitnya......Antara petikan liriknya;

 "...Wanita manakah
Sanggup berkongsikan kasih
Walau madu bagiku
Tapi hempedu bagimu

Terkadang harus terima
Suratan dariNya
Tidak salah kalau kasih dibahagi
Seadilnya....."

Lama dah tak dengar lagu ukay's ni....sedap pulak dibuatnya....hi..hi2 .


Share

Salam Maulidur Rasul.......

Published by ab@h_Izz under , on Monday, February 14, 2011
.

Selamat Menyambut Hari Keputeraan 
Nabi Muhammad S.A.W 1432H/2011M

Share

" Niat Memang Baik...,Tapi Cara Yang Betul. "

Published by ab@h_Izz under , , on Monday, February 14, 2011
 .

Location@Petronas Complex,Kerteh.
Macam yang aku buat ni la...Niat aku sebenarnya memang nak bagi tau pada semua, yang tempat ni memang tak boleh ambil gambar....Tapi cara aku ni, memang dah sah-sah la salah kan ! ha..ha2

Rasanya banyak lagi perkara-perkara yang kita/orang lain lakukan adalah sedemikian tanpa sedar ataupun dah buat baru sedar.  Antara berkaitan dengannya yang saya ingat adalah :

1.  Selalu berlaku pada Hari Jumaat, ketika khatib sedang membaca khutbahnya, dah baik dah kita menegur anak-anak kita supaya tidak membuat bising ketika khutbah . Kita pun berkatalah ...'diammm'. Maka  samalah ,akan sia-sialah sembahyang Jumaat kita .

2. Kalau kita perhatikan kat tandas-tandas awam, kat dalam lif , dinding yang berconteng-conteng ni memang dah sinonim...tapi, selalunya cerita yang ditulis itu akan bersambung-sambung. Tapi yang tak kenanya, yang menasihatinya pun  menggunakan medium sama untuk memberi keinsafan kepada penconteng -penconteng itu.

3. Bab nak tegur kesalahan orang/orang nak tegur kesalahan kita pun kena ada caranya. Niat kita/sesorang itu memang baik, nak perbetulkan kesalahan yang dilakukan. Ada orang boleh terima, ada orang tidak. Mungkin dengan cara yang lembut sudah memadai. Dia akan mendengarnya. Tak perlu nak tinggikan suara atau memarahinya, silap-silap boleh cari gaduh lagi.

Ada banyak lagi kut perkara-perkara sedemikian berlaku. Tapi....

Apa-Apa Pun Niat Tidak Akan Menghalalkan Cara.
Share

'Drive Thru' : Kat Sini Pun Boleh....

Published by ab@h_Izz under , on Sunday, February 13, 2011
.

Location@ Jalan Marang-Dungun
Memandangkan dah banyak sangat kut gerai-gerai  yang menjual jagung sepertinya. Tu yang dia buat macam tu...mungkin strategi pemasaran bagi menarik dan memudahkan pelanggannya untuk singgah.Baguslah ada keinginan untuk terus maju macam tu. Rezeki ada di mana-mana......

p/s : Kepada yang suka singgah membeli di gerai-gerai tepi jalan ni, Utamakan keselamatan....nak berhenti, berhentilah di tempat yang selamat.

Share

Bukan Roti Canai Saja Yang Kena Tebar....

Published by ab@h_Izz under , , on Saturday, February 12, 2011
 .


Wahh, bestnya dapat menjala seperti itu. Kalau kat kampung aku ni , dipanggil  'malunta'....cari sendirilah kut dalam bahasa apa istilah tu..ha..ha2. Dulu-dulu kat kampung aku, masa semua kerja-kerja bersawah menggunakan kudrat manusia, maksud aku tractor atau mesin padi belum digunakan lagi, ikan sepat,haruan, keli ,puyu  dll mesti banyak  time tu menghuni telaga-telaga dan parit-parit. Sekali tebar jala, penuh satu kawasan telaga itu, memang takde can dah ikan-ikan tu nak lari. Hasilnya,pasti berat dengan ikan -ikan masa nak angkat. Itulah kepuasannya.....

Tapi aku dari dulu sampai sekarang,apa yang aku terkilan....aku masih belum lagi mahir akan 'skill' menebarnya.Mungkin orang ingat senang kut,kadang-kadang jadi...kadang-kadang menguncup tak kembang-kembang.

Takper, nanti aku jumpa pakcik ni lagi, aku akan belajar darinya.....

Share

APabila Gambar Album FBnya Di Plagiat....

Published by ab@h_Izz under , , on Friday, February 11, 2011
 .


Ini berkenaan kisah wife aku a.k.a ummi izz...yang hobinya sejak berpindah kat sini dan dapat pulak jiran yang suka hantar-hantar makanan ni, maka tu yang start rajin nak 'try & error' segala jenis resepi yang diambil di internet. Jiran sebelah rumah pulak memang 'terer' memasak, Tercabar jugakla aku rasa, tu yang ada saja resepi baru yang akan cuba dibuat, tak kanla nak hantar yang lebih kurang jer atau asyik2 kuih tu jer, mentang-mentangla kuih tu jer yang pandai..ha..ha2.

Sampailah sekarang, kalau bukak wall FB dia, penuh la post-post masakannya ,dah boleh buat  Album koleksi masakannya. Tapi semalam, dia cukup 'tak puas hati' sikit, apabila terjumpa satu blog masakan yang menggunakan hasil gambarnya. Cantik sangat hasil 'crop'nya tanpa menampakkan watermarknya. Apalah salahnya bagi 'kredit' sikit kat tuannya, tak rugi pun, cuma tanda kita berterima kasih.  Tak pun bagi jer kredit tu kat pakcik google.......hi..hi

" ni lah blog masakan itu.....serupa tapi tak 'sama'.....
Maka dengan itu, aku 'meracunnya' , supaya buatlah blog sendiri......pada orang lain gunakan dia punya gambarnya baik dia masukkan kat blog dia. Benda dah ada, dan hari-hari akan ada....so, malam tadi ,ntah kul berapa tidur, terhasilya koleksinya di blog :

Album@Suke-Suke Masak  jemput singgah katanya..

Share

Tangan Yang Menghayun Buaian...

Published by ab@h_Izz under , , on Wednesday, February 09, 2011

.

" Ummi...Buai la.........."

Selalu gak mendengar ungkapan ini ;

Tangan Yang Menghayun Buaian...Boleh Menggoncang Dunia. Tentulah ianya dikhususkan untuk insan yang kita sayangi...iaitu Ibu. Menggambarkan betapa besarnya peranan dan tanggungjawab mereka .Tapi bukan sampai buaian ini pun masih mengharapkan ibu kita menghayunkannya. Tunggu dululah yer si Ainin Sofiya.....

Tapi...bila bercakap tentang ibu, terbayang ibuku yang berada di kampung. Untuk tahun ni, belum berkesempatan lagi bertemu , cuma bertanya khabar & kesihatan. Patutkah aku ! 

Jarak dan masa bukanlah alasan rasanya. Kalau nak seribu daya.....Tapi , itu semua perlukan perancangan. . CNY yang lalu ,aku tak ambik cuti tambahan, cuti sekolah seminggu ni, aku belasah semuanya. Ke Parit Buntar sikit...Ke Subang Jaya sikit. Sama-sama dapat saling menziarahi ,sementara ibubapa kita masih ada......

Mungkin ada sinar kebahagian pada mereka, walaupun mereka sebenarnya lebih rindukan cucu-cucunya dari anak-anakya yang dah besaq-besaq ini..hi..hi2.


.
.
. Share

Apa La Aku Ni.....

Published by ab@h_Izz under , , on Tuesday, February 08, 2011
.

Betapa eratnya mereka...
Saling berkejaran..tak pernah kenal erti penat dan jemu dan..
Sentiasa inginkan perubahan....


Inginkan begitu juga, tapi...baru kerja banyak sikit, inspection nak kena buat merata tempat, mulalah kepenatan dan jemu melanda. Ni belum lagi kena involve beberapa siri inspection TA kat  Petronas  yang  equipmentnya agak banyak tahun ni.

Tapi bila cuti, tak gi mana-mana baru-baru ni, nak pergi kerja pulak, tu yang cancel cuti untuk 3 hari yang telah diambil dan diluluskan.

Ni baru awal tahun, kata azam nak berubah....Apa aku ni....

Share

" Dulu Lain...Sekarang Lain.."

Published by ab@h_Izz under , on Sunday, February 06, 2011
.


Bila lalu kat pantai tadi, aku tengok dah colourfull layang-layang sekarang. Nak bentuk apa, warna apa, gambar apa, semua boleh dapat. Untungnya kanak-kanak sekarang. Rasa nak main..... minta je duit kat mak ayah, terus boleh main, senang pulak tu nak naikkannya....tambah-tambah main kat tepi pantai yang anginnya memang sepoi-sepoi banyaknya.

Tapi disebalik itu, sebenarnya dia orang rugi, tak dapat mengenalnya dengan lebih dekat . Kita dulu kalau nak main, terpaksalah cari buluh, raut lidinya dan hanya bercorakkan kertas surat kabar lama sebagai badannya. Kalau nak cantik sikit, gunalah kertas warna. Itu pun belum tentu naiknya keudara. Tak mahir pasang terajunya, menjunamlah ianya. Aku masih ingat.......nak bermain pun terpaksa menunggu tatkala musim menuai padi habis . Itu sajalah tempat permainan selapang-lapangnya duhulu.....orang cakap , dulu lain sekarang lain....Betul! aku akur....seperti :

Pesanan Sayidina Umar Al Khatab :

" Didiklah anak-anakmu mengikut zamannya kerana mereka dilahirkan bukan pada zamanmu."
Share

Pantun @ Selamat Bercuti CNY.....

Published by ab@h_Izz under , on Wednesday, February 02, 2011
.


Buat yang menyambut CNY...Gong Xi Fa Cai diucapkan...
Yang lain-lain Selamat Bercuti, Selamat Berkahwin , Selamat Bertunang ...dan selamat hendaknya semua. Mungkin ramai yang dah pun bercuti panjang ataupun last day ini hari sebelum ke destinasi percutian masing-masing , diucapkan dengan iringan pantun ini ......

"Makan Limau Di Chinese New Year....
Tinggal Sebijik Di Atas Kalender 
Berhati-hatilah Di Jalanrayer...
Jangan Sampai Ada Yang Takder."





Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ShoutMix chat widget