G6PD......Hampir Terlupa Aku.
Published by ab@h_Izz under Anak-anak, G9PD, Ubat on Wednesday, February 23, 2011.
Note: G6PD adalah sejenis enzim dalam sel darah merah. Ianya berfungsi melindungi sel darah merah dari dimusnahkan dengan lebih awal.
Sebenarnya anak aku ni salah seorang yang mempunyai kekurangan G6PD. Hampir aku terlupa...bukan 'aku lupa' macam (Azmi RL), memandangkan keletah & tumbesarannya macam kanak-kanak yang lain . Jadi bila dah dapat status G6PD ni, sebenarnya seseorang itu ada pantang larangnya. Kadang-kadang terlupa...
- Bila anak demam/sakit ,terlupa nak maklumkan kat doktor yang anak aku ni kekurangan G6PD, maka bolehlah dia bagi ubat-ubat yang sesuai, sebab sesetengah ubat boleh mengundang bahaya .
- Tak boleh beli/makan/simpan Kacang Parang. Antara Makanan yang perlu dijauhi, takut dia termakan.
- Tak boleh beli/simpan/pakai Ubat Gegat kat rumah/kereta dll.
- Tak boleh makan sebarang ubat,ubat tradisional, jamu atau ubat senseh.
Pada dasarnya G6PD tidak berbahaya tetapi jika ‘pantang larang’ dilanggar, proses hemolisis boleh berlaku di dalam darah seterusnya memberi komplikasi seperti sesak nafas atau pitam.
Tanda utama yang boleh dikesan jika bayi terdedah kepada benda larangan ialah kencing berdarah. Darah yang pecah itu serta merta akan tersumbat di saluran kencing. Ibu bapa perlu segera membawa anak ke hospital bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk.
Satu lagi.....
- Bila dah besar nanti, kena dapatkan jugalah ‘rantai perubatan’ yang menandakan pemakainya kekurangan G6PD. Sebab kalau ada apa-apa, ia membantu sekiranya berlaku kecemasan sekali gus membolehkan doktor memberikan rawatan bersesuaian.
Sebenarnya, Ibu bapa yang mempunyai anak penghidap G6PD tidak perlu bimbang dengan tahap kesihatan bayi mereka. Seperti kanak-kanak lain, mereka akan membesar secara normal tetapi kekurangan enzim ini akan berlanjutan hingga mereka dewasa. Cuma kena pastikan mereka dijauhkan daripada bahan yang boleh membawa komplikasi.
# Sumber dari pamplet yang doktor bagi kat aku masa anak aku baru lahir dulu kena tahan wad@ppum selama 9 hari.