-Disebalik...Lens@ Kehidupan-

" -Pelbagai Kisah Mampu Diungkapkan.....-"

Lens@bah_izz

- Hujung Minggu -

Published by ab@h_Izz under on Saturday, October 02, 2010

Selamat Sejahtera Hendakya.....

Boring gak nak dok rumah time2 cuti ni, coz semalam pun tak kuar mana2 pun...dok umah aje tengok tv sambil makan kuih2 raya yang ada 'balance'.......Malam plan nak gie makan luar pun tak jadi......bebudak semuanya baru kul 8.00 malam dah ngantuk..penat sangatla tu main kt luar sampai tak ingat balik...Okla, taman ni kenderaan tak banyak lalu lalang...bolehla main lari2 & main basikal area depan rumah....cepat lak tu anak2 ku yang 3 orang tu dapat geng selain kawan ngan jiran sebelah rumah yang ada anak kembar 3 seiras .



Memang banyak pun tempat2 menarik kat area KT ni...tapi dah dok kat sini tak tau lak nak gie mana...asyik2 gie pantai boring gak anak aku...lagi pun bukan leh gie mandi pun. Main pasir jelah sambil tengok ombak beralun dipersisir pantai.Nak gie mandi kat kolam renang tutup la pulak.....tak tau bile leh guna ( pusat akuatik Ganu ) ish..ish2. Kekadang nak ajak gak gie window shopping....jalan2 ,tengok2,cuci mata,makan2 kt fastfood....tapi memandangkan shopping2 Mall kt sini agak 'terhad' tak jadila....setiap masa penuh ngan manusia.



Bagi tak menghampakan anak2 aku...gie jugaklah kat area pantai, tapi kat area yang penuh ngan playground...sambil main2 pasir gak. Budak2 kat mana pun takper..janji ade dia punya tempat main jadila......lepas penat main pastu makan aiskrim pulak...lagi la suka.....


OTW nak balik...sempat lagi yang sibaju oren tu 'mengendeng2' nak suruh belikan basikal baru yang ade tayar kat tepi, takder la jatuh katanya...sebelum ni naik basikal kakak dia sambil sandarkan kat tepi dinding jer...sian la pulak...pastu dah beli,kena la belikan untuk adiknya lak...
Memangpun dah macam kembar lak....semua nak sama. Tu yang tak sabar2..sampai2 terus je main kat dalam rumah, sementara si 'hero' kecik dah kepenatan sambil tidur meniarap kat dalam buai.....kakaknya lak, moody pasal tak dapat basikal baru & terus mengadu nak demam. Alkisahnya....



p/s : Esok hari minggu dah nak sekolah....harap2 si kakak tu...kembali sihat hendaknya.
: Aku lak esok ade kerja kat area kerteh/kemaman....nak kena gerak awalla.



Share

4 Comments...TQ:

Insan Marhaen said...[Reply to comment] @ 10/2/10, 10:53 PM

bagi IM mandi sungai lagi best. Kenapa tak pergi Kuala Woh, on the way pi Cameron Highlands...

abah_izz said...[Reply to comment] @ 10/3/10, 12:35 AM

@Insan Marhaen

Jauh sangat tu IM...sekitar KT je cukupler..Thanks 4 info..nnt leh gie sana.

Insan Marhaen said...[Reply to comment] @ 10/3/10, 8:19 PM

seronok melihat anak kecil bermain. keletah mereka menunjukkan kesucian mereka yang belum dicemari...

Yati said...[Reply to comment] @ 10/10/10, 1:31 PM

Tempat bawak anak jalan-jalan kat sini pun terhad. Laut pun jauh. Tapi budak-budak, hujung minggu, bagi dia orang happy, kita mak bapak pun dah happy. Hari biasa dah sekolah pulak.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ShoutMix chat widget