-Disebalik...Lens@ Kehidupan-

" -Pelbagai Kisah Mampu Diungkapkan.....-"

Lens@bah_izz

Macam-Macam Minggu Ni

Published by ab@h_Izz under , , on Saturday, November 27, 2010
Esok dah nak balik ke KT semula. Dah 2 minggu kat USJ ni, ingatkan nak balik cuti Raya Haji jer….pastu kena sambung lagi seminggu pasal kena attend kursus. Minggu ni agak sibuk sikit….Sibuk ngan attend kursus hujung2 tahun ni dan dalam masa yang sama pi cari & beli baju kasut sekolah & lain2 untuk anak aku yang nak masuk darjah 2 tahun depan. Senang sikit…dah dekat ngan Mydin kat sini, baik beli kat sini…lagi pun beli awal2, senang nak cari size yang nak…tahun lepas, beli last2 minit, size pulak susah nak jumpa, kekadang habis, terpaksa gi cari 2,3 kedai.
Minggu ni aku attend kursus ‘Crane Inspection,safety,operation & assersor ‘@ GPOS, Shah Alam. Yang menarik kursus ni adalah bila time testing/praktikal bawa Kren. Ingatkan susah…tapi memang susah dibuatnya..Hi..hii2. Baru 1st time cuba, masa testing angkat load macam2 jadi nya.
 
PB250272 PB250276
‘Crawler Crane…nampak cam ganas, tapi officer pompuan pun boleh buat.
PB250323 PB250320
tengah testing…kalau terkial-kial, tak masukla ‘load’ tu & ambik masa yg lama.
PB250285 PB250322
‘Mobile Crane’….sama tapi tak serupa.
PB250299 PB250326
Yang tinggi ni ‘Tower Crane’..selalu jumpa kat site bangunan tinggi. Hari tu dah operate yang ni..ni lagi mencabar sebab nak bawak kena panjat dulu…kalau angkat load lagi terasa ‘Goyang’nyer…aku lagi la goyang…ha..haa2
Sebenarnya aku dah complete untuk ketiga2 kren di atas. Senangla nanti nak keje jadi operator kren kalau dah pencen gomen ni nanti…hii..hi2.
Maka dah habis kursus, kena masuk opis la..., bermakna anak-anak aku pun kena balik jugak lah sekali ke KT.Anak2 pulak macam tak nak balik KT jer esok, tu la…payah gak dok lama2 kat rumah atok dia ni. Bukan apa, nakal sangat diaorang ni,sian la pulak kat atok mak dia, tak sempat nak rehat, asyik kena layan diaorang jer…rumah pun tak sempat nak kemas. So…balik jugalah besok….kita buat2 melancung ke Terengganu pulak ye….cuti2 Malaysia,lagipun tak habis lagi jalan2 kt sana.Ha..haa2
Share

6 Comments...TQ:

|| NaFiRaa || said...[Reply to comment] @ 11/27/10, 9:52 AM

wahhhh... lama betol bercuti.. walaupon sambil cuti kena gi kursus.. kiranya bercuti sambil keje.. anak2 mesti sonok dapat jumpe nenek ngan tok dia..

Hairil Rizal said...[Reply to comment] @ 11/27/10, 1:05 PM

Bab panjat tower crane tu gerenti saya fail!

Insan Marhaen said...[Reply to comment] @ 11/27/10, 4:38 PM

tengok gambaq kren ni teringat posting IM tentang kren yang sujud ke bumi di jambatan pulau pinang satu ketika dulu hingga jem berjam-jam...

abah_izz said...[Reply to comment] @ 11/27/10, 6:07 PM

@|| NaFiRaa ||

wuii..lama gakler, cuti panjang yg gomen bagi..hi..hi2. Anak2 la yg seronok sampai taknak balik....

abah_izz said...[Reply to comment] @ 11/27/10, 6:11 PM

@Hairil Rizal

gayat ke bro!..panjat pakai full body hardness, jatuh pun tergantung jer..ha..ha2

abah_izz said...[Reply to comment] @ 11/27/10, 6:14 PM

@Insan Marhaen

itu rasanya mobile crane kut...tu drebar tu kena ambik course lagi..belajaq bagi kompeten takda la terbalik lagi.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ShoutMix chat widget