-Disebalik...Lens@ Kehidupan-

" -Pelbagai Kisah Mampu Diungkapkan.....-"

Lens@bah_izz

Majlis Anugerah Kecemerlangan.....

Published by ab@h_Izz under , , on Monday, November 15, 2010
Salam..,

Pagi tadi sempat hadir untuk majlis anugerah kecemerlangan anak...


dulu abah aku teman.....sekarang aku sebagai abah temankan

Dulu masa aku kat sek rendah, panggil majlis penyampaian hadiah jer...sekarang je byk sekolah yg panggil majlis anugerah...nampak grand sikit kut...hi..hii2 tak mengapalah, yg penting tujuannya sama, nak bagi penghargaan kat murid2 sekolah berjaya dan menjadi perangsang kepada yang kurang berjaya untuk sama2 terpilih pada tahun depan....


izzah 'atirah.....3 sticker untuk 3 kali turun naik...

Sebenarnya anak aku yang sulung 'izzah 'atirah' baru darjah 1 ,akan terlibat sama untuk majlis tu. Sebelum tu masa nak kursus kat Bangi dah siap hantar surat kat cikgu kelas bagitau akan cuti awal seminggu untuk bercuti panjang cuti sekolah, tapi dah ada kat KL dapat call dari cikgu kelas yg bagi tau izzah tu akan dapat beberapa hadiah pada majlis tu, maka tak sampai hati la pulak nak kata tak yah pergila kat dia....kang nanti tak dapat nak rasa hasil usaha yang dia buat sebelum ni,mungkin lak lepas ni dia kata sama ja tak dapat apa2 pun kalau belajar rajin2. Tu yang bagi dia peluang untuk rasa dihargai. Maka...balikla semula semuanya ke KT untuk tidak menghampakannya.

Aku sebagai bapa pun tumpang gembira sekali, walaupun aku tau yang banyak ajar dia umiizz la, Antara sebabnya aku bangga dan tumpang gembira adalah banyak sangat 'pe el' nya masa dia mula2 nak masuk sekolah rendah. Bermula aku ditransfer ke ganu , dan masa tu aku jadi weekend husband dulu , anak aku pergi sekolah seminggu sehari je.Hari Jumaat time memang aku cuti baru nak pergi, tu pun aku yang hantar/ambik. Hari2 lain yang ponteng aku buat reka alasan bagi surat kat cikgu supaya kedatangan tak kosong dan elakkan kena tindakan buang lak, sampaila pertengahan tahun sebelum pindah semua family aku kat ganu ni barulah ok.

Yang kat ganu ni pun adalah sekolah yang ke-3 dia pindah, dari sekolah sesi pagi sebab susah sangat nak bangun pagi tukar sekolah yang ada sesi petang, dah tukar petang pun tak nak gi sekolah gak , dia kata tak sapa yang tengok dia pergi sekolah..pulakkk! Yela...sapa ada time tu, bibik jelah. Macamtulah berterusan sampai pertengahan tahun...sapa yang tak risau, tu yang usaha siap bagi minum air bacaan doa supaya lembut hati/seronak nak pergi sekolah.


anak ummi......

Alhamdulillah...dah pindah KT ni, anak aku tu seronok lak nak gi sekolah, mungkin syok dengar orang2 ganu ni cakap kut..hi..hii2. Lagi satu terima kasih kat umiizz yang jadi cikgu dia, walaupun sekarang ni tengah 'cuti' panjang jadi cikgu kat sekolah.

Kekadang risau gak yang kerja pindah2 ni cam aku, persekolah anak2 mungkin terganggu, aku harap anak2 aku tak macam tu, bagi aku ni baru permulaan...baru darjah 1, masih terlalu panjang untuk dilalui...masih banyak lagi cabaran untuk sesorang itu berjaya, cuma yang aku harap anak2 aku nanti dapat belajar dengan berjaya dan cemerlang walau di mana pun berada, walau apa pun keadaannya.

p/s: tengah tunggu basikal barunya.....kadang-kadang kita kena bagi reward gak untuk hasil kejayaannya.




Share

6 Comments...TQ:

aNiS tHe BumbleBee said...[Reply to comment] @ 11/16/10, 2:12 AM

huii...cabaran betulaa kan jadi ibu bapa ni..ni budak kecik kt umah ni pun samalaa..nk kena bg minum air jampi skit ni bagi rajin g skolah.

kami yg jenis berpindah2 negara ni pun susah gak rasanya..baru nk reti bahasa negara tu,kena pindah negara lain.Yg bahasa melayu mmg hancus.loghat kedah ja yg boleh.adoiiiyaii!

p@kcikLie said...[Reply to comment] @ 11/16/10, 1:51 PM

Tahniah Izzah, pakngah ucapkan cam kak Hanis jugak la tapi izzah lebih dpt 3 sticker...bagusla harap boleh teruskan kejayaan demi kejayaan .

Kembara Perantau said...[Reply to comment] @ 11/16/10, 11:25 PM

Tahniah juga dari KB utk anakanda izzah..Teruskan usahamu, semoga menjadi teladan adik2....mintak byk sikit kat abah hadiah tu...

abah_izz said...[Reply to comment] @ 11/19/10, 11:42 AM

@aNiS tHe BumbleBee

betui tu...pindah randah dlm mesia ni pun haru gak,lagila macam hang no,lepas ni pi mana lak?..takpala,untung pa byk bahasa boleh speaking....

abah_izz said...[Reply to comment] @ 11/19/10, 11:43 AM

@p@kcikLie

tahniah gak buat hanis....dpt no 1

abah_izz said...[Reply to comment] @ 11/19/10, 11:47 AM

@Kembara Perantau

TQ KB,..nnt anak hang boleh ajar anak aku speaking sarawak kalau pi sana...hi..hi2

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ShoutMix chat widget