" Niat Memang Baik...,Tapi Cara Yang Betul. "
Published by ab@h_Izz under Ganu, Niat, Pikir-Pikirkan lah on Monday, February 14, 2011 .
Location@Petronas Complex,Kerteh. |
Rasanya banyak lagi perkara-perkara yang kita/orang lain lakukan adalah sedemikian tanpa sedar ataupun dah buat baru sedar. Antara berkaitan dengannya yang saya ingat adalah :
1. Selalu berlaku pada Hari Jumaat, ketika khatib sedang membaca khutbahnya, dah baik dah kita menegur anak-anak kita supaya tidak membuat bising ketika khutbah . Kita pun berkatalah ...'diammm'. Maka samalah ,akan sia-sialah sembahyang Jumaat kita .
2. Kalau kita perhatikan kat tandas-tandas awam, kat dalam lif , dinding yang berconteng-conteng ni memang dah sinonim...tapi, selalunya cerita yang ditulis itu akan bersambung-sambung. Tapi yang tak kenanya, yang menasihatinya pun menggunakan medium sama untuk memberi keinsafan kepada penconteng -penconteng itu.
3. Bab nak tegur kesalahan orang/orang nak tegur kesalahan kita pun kena ada caranya. Niat kita/sesorang itu memang baik, nak perbetulkan kesalahan yang dilakukan. Ada orang boleh terima, ada orang tidak. Mungkin dengan cara yang lembut sudah memadai. Dia akan mendengarnya. Tak perlu nak tinggikan suara atau memarahinya, silap-silap boleh cari gaduh lagi.
Ada banyak lagi kut perkara-perkara sedemikian berlaku. Tapi....
Apa-Apa Pun Niat Tidak Akan Menghalalkan Cara.
Share
8 Comments...TQ:
laa...tkleh amik gambaq situ pasai apa pulak..ehehh
salam singgah buat abah_iz...memang bagus nasihat yg diberi tu...tapi bg org yg nak menyampaikan nasihat tu perlu lah dengan cara yang betul..agak dah jd mcm ketam la plak, suruh anak dia jalan betul... memang selalu berlaku mcm ni...
yg dilarang tu la biasanya kita nk buat...mcm kt supermarket dh siap tulis jangan sntuh...yg tulh rasa nk pegang2...hi.....
kenapa tak boleh ambik gambar kat situ ye...
nak jugak tau...
@ainnoraini
Saya pun tak berapa pasti, mungkin atas sebab2 keselamatan nagara.Memandangkan plant Petronas adalah aset negara, takut ada pihak yang cuba mensabotaj dengan menyampaikan maklumat2 lokasi /kedudukan/pintu masuk/ layout plant tersebut untuk tujuan yg tertentu . Mungkin plant ini memang berada di laluan jalan utama, langkah 'menyoroknya' tidak dapat dilakukan. Tapi kat kerteh ni juga ada satu plant petronas lagi yang memang atas arahan keselamatan tiada 'sign board' petronas diletakkan..hanya menggunakan no tertentu. Pergi sorang dulu memang tak jumpa.
-staff petronas tolong perbetulkan jika salah:)
Kdg2 kita x perlu tegur..sebab mereka yang membaca mmg sudah memahaminya..namun dek hasutan syaitan, apa yg dilarang tulah akan cuba dilakukan...dah jadi lumarah pulak...kata orang, selagi tak cuba kita tak kan tau akibatnya...
@DiaUmaiNiNaz
haah..nanti jadi macam ketam lak..tak pun cakap tak serupa bikin..sama ja.
@CTE
@NzA
kalau ada sifat ingin tahu tu baguslah..
-tapi kalau org dah larang tu, faham2 sendirilah kan!
-haah..lumrah, nak tengok mesti nak pegang..
Post a Comment