Senyum Di Pagi Jumaat.....
Published by ab@h_Izz under Pikir-Pikirkan lah, senyum, senyuman on Friday, February 18, 2011.
Mungkin sebab hari ini cuti kut, aku tersenyum....atau makcik kat pasar ni yang membuat aku tersenyum tadi, atau......
Tak apelah, yang nyata......
Mungkin sebab hari ini cuti kut, aku tersenyum....atau makcik kat pasar ni yang membuat aku tersenyum tadi, atau......
Tak apelah, yang nyata......
Tiada harga atas senyuman ,tapi senyum sangat berharga bagi orang yang diberi senyuman.
Memberikan senyuman kepada seseorang tidak akan membuat kita bertambah miskin, tetapi seseorang yang menerima senyuman , hatinya akan semakin kaya.
Hanya memerlukan waktu singkat untuk tersenyum, tapi ingatan akan senyuman yang kita berikan itu akan terkenang dalam waktu yang lama.
Tidak peduli betapa lemah atau kuatnya seseorang untuk membuat dirinya agar tersenyum, bahkan orang cacat pun boleh memberikan senyuman kerana tenaga untuk tersenyum ada dalam hati yang tulus.
Sebuah senyuman dalam keputus asaan menjadi air sejuk di tengah padang pasir tandus.
Senyuman juga menjadi ubat yang boleh mengubati penyakit yang bernama masalah dan mengubati kerunsingan agar merasa santai.
Tapi senyuman tidak boleh dibeli, diminta, dipinjam, atau dicuri kerana senyuman adalah sesuatu yang tidak berharga bagi sesiapa pun kecuali jika senyuman itu diberikan kepadanya.
Share dari sumber yg telah diedit ( Bahasa Indon) dari : http://blogspreneur.info/senyum
Share
13 Comments...TQ:
Assalamu'alaikum Ab@h_Izz,
Sebuah senyuman ada kalanya memberi satu kepuasan kepada sipenerima. Senyum sumbing pulak kenapa ye? Hehehe....
senyum tu kan sedekah~
senyum jugak mampu memberi kekuatan kepada penerimanye..:)
@Kakzakie
Waalaikumsalam..,kakzakie mungkin itu bukan senyuman yg asli, sebab bukan senyuman yg ikhlas...itu mungkin hanya 'sengihh' org utara cakap..
Senyum la Seindah suria..
Jemput ke:ALL IN ONE
senyum, x perlu kata apa2....
nice entry.. sgtt betul... huhuh senyum sokmo!
as'salam abah izz...
senyum x perlu kata apa2 (smbil nyanyi kt sini....)
alangkah bahagia nya kalau selalu boleh melempar kan senyum yg mcm tu..huhuu
Apa nak kata yer... omputeh kata SWEET... org kita kata MANIS.
Entri ini SWEET!
Senyum ialah sedekah yang paling kecil modal nya...
Sebab Miecyber's Blog lambat loading sebelum ini...
senyum tu sedekah dan satu senaman jugak :)
senyum itu sedekah.....
Post a Comment