Antara Langsat, Duku & Dokong......
Published by ab@h_Izz under Makan-Makan, Pikir-Pikirkan lah on Saturday, October 23, 2010
Salam...
Dokong...Jom layan dulu..., aku beli ni 2kg..RM4.oo....Manis...., betul2 Hooliyau!
Share
Baru balik dari pasar...Pasar Awam Marang, dekat ngan jeti untuk para nelayan turunkan hasil tangkapan ikan2.....dan juga jeti kalau sesape nak gie Pulau Kapas....Harga?? Tak delah murah sangat kat sini, walaupun dok sebelah ngan jeti tu...tapi ikan2 kat sini fresh la. Nak buat stok seminggu....kena kerja luar KT lagi. Masa dok Klang dulu....takkan gienya pasar-pasar basah ni eee..ee .. Ha..haa lebih suka gie Giant@Tesco.....sejuk sikit....pastu tu boleh makan2 lagi....semua leh ikut, sampai tak sempat masak la tengahari tu......kih..kih2 ( taktik si umi_izz)
Bukan nak citer pasal ikan2...nak citer pasal buah, masa keluar masuk pasar tu banyak kali lak terserempak ngan buah kuning yang sengaja dilonggok2...hi...hi takkan nak susun sebijik2 kut. Sajala pi tanya ni buah apa walaupun aku tahu tu buah langsat...Tapi akulak rasa cam tak puas hati bila tokey tu cakap.." ni bukan langsat bang...ni buah Dokong". Saja cover malu aku pun tanyala...."bukan sama ke? dia jawab...."lain bang hok ni lagi sedap..lagi manis dari langsat, buah pun lain sikit..hok ni comey lagi " . Aku pun kata "Ooo....." walaupun penuh kekonfiusan.....tu belum buah Duku lak...yang aku tau spesis cam tu gak.... Layan jelah dulu, nanti aku try google kat tenet camner boleh jadi cam tu..... tak pasal2 dah kena pikir benda ni pulak...Hisshh
Dokong...Jom layan dulu..., aku beli ni 2kg..RM4.oo....Manis...., betul2 Hooliyau!
Sedikit info yang aku dapat dari tenet....
1. Duku-Langsat :
Duku-langsat ialah hasil kacukan semulajadi di antara duku dan langsat. Di Malaysia, pokok ini hanya tumbuh di beberapa kawasan di Terengganu terutama sekali di tebing-tebing Sungai Terengganu dan Sungai Telemong dalam daerah Kuala Terengganu.
2. Dokong :
i. Dokong Kering
ii. Dokong Air
iii. Dokong Biji / Dokong Air
1. Duku-Langsat :
Duku-langsat ialah hasil kacukan semulajadi di antara duku dan langsat. Di Malaysia, pokok ini hanya tumbuh di beberapa kawasan di Terengganu terutama sekali di tebing-tebing Sungai Terengganu dan Sungai Telemong dalam daerah Kuala Terengganu.
2. Dokong :
Rupa bentuk dan warnanya sama seperti langsat, cuma kulitnya tebal sedikit, tidak bergetah dan rasanya manis. Di Terengganu, buah ini dikenali sebagai 'duku' tetapi ini tidaklah tepat.
i. Dokong Kering
Ditanam secara komersial kerana buah sangat manis, kulit tidak bergetah, kandungan biji yang rendah dan kebanyakan biji adalah keset. Buahnya tersusun rapat di tangkai.
ii. Dokong Air
Kandungan air dalam buah jenis ini adalah tinggi. Air akan terpancut keluar apabila kulit ditekan. Isi buah kurang manis jika dibandingkan dengan isi buah dokong kering. Kulitnya nipis tetapi bergetah. Tidak ekonomik ditanam secara komersial kerana nilai dan sambutan pasaran adalah rendah.
iii. Dokong Biji / Dokong Air
Setiap ulas mengandungi satu biji benih yang besar dan bernas. Isinya sangat nipis, tidak berair dan rasanya masam-masam manis. Kulitnya lebih tebal dari dokong kering dan dokong air dan tidak bergetah. Buah tidak mempunyai nilai komersial tetapi bijinya boleh diguna sebagai sumber benih
sumber dari http://www.pertanianperak.gov.my
3. Langsat :Pokok Langsat merupakan sejenis tumbuhan yang berasal daripada hutan Semanjung Malaysia, dan kini ditumbuh secara meluas di kawasan-kawasan tropika disebabkan buahnya yang manis. Pokok ini kini juga didapati di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Lansium domesticum Jack.
Warna kulitnya adalah antara kuning dan coklat, dan seringnya bertompok-tompok, dengan tekstur yang licin atau lekit-lekit. Apabila kulitnya dikopek, isinya yang terdiri daripada hiris-hiris yang berasingan didedahkan. Isinya yang lut cahaya adalah manis, tetapi biji-bijinya adalah pahit dan tidak dimakan.
Nama spesies lain atau nama lain untuk langsat: dokong, duku, lansa, langseh, langsep, lanzon, lanzone, lansone, duku, atau kokosan.
Warna kulitnya adalah antara kuning dan coklat, dan seringnya bertompok-tompok, dengan tekstur yang licin atau lekit-lekit. Apabila kulitnya dikopek, isinya yang terdiri daripada hiris-hiris yang berasingan didedahkan. Isinya yang lut cahaya adalah manis, tetapi biji-bijinya adalah pahit dan tidak dimakan.
Nama spesies lain atau nama lain untuk langsat: dokong, duku, lansa, langseh, langsep, lanzon, lanzone, lansone, duku, atau kokosan.
ni lak sumber dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Langsat
What everlah....susah nak compare kalau takder real punya buah2 tu semua...yang penting yang mana sedap/manis aku balun....hi..hihii...............
25 Comments...TQ:
terhimbau rindu pada kg ulu slim, tempat IM dilahirkan...
sumenye sedap! tapi tak lawan manggis aaa :)
hurm...same la abg izz, saya pun suke dukung/langsat/duku yg manisss n sedap saja...mmg balunnn habis2an...hahahaha...
waaah!sedap dokong.dulu kt baling,famous lah pasal buah dokong ni.smpai trademark pekan baling tu,siap ada tugu dokong lagi.hihihi!
abah izz
first time ayu ke terengganu/kelantan..terus jatuh cinta dgn buah dokong...
ayu tak makan langsat sbb kelat...ayu makan duku sebab sedap
tapi ayu lagi suka dokong sebab manis tanpa masam..
di johor? susah nak jumpa dokong..semuanya tak real...benci...
@Insan Marhaen
IM..tempat jatuh lagi dikenang..banyak kot buah ni kt sana.
@Puteri Dyla Qistina
eehh,lari tajuk dah ni..hi..hi2
itu hari beli tanya la gak buah dari mana, sebab ala ke pahang lama dah abih... dari tengganu dia kabo. baru ni beli kat penjual lain, dia kabo dari siam pulokkkk
@aNiS tHe BumbleBee
oo..baru tau ade tugu buah tu kat Baling. Ni mesti orang sana suka baling nak dptkan buah tu kan!....he..he2 jgn marah orang Baling..
@Siti Ruhayu Ab Rahman
Mai la belah2 sini skrg....tgh musim kut...tapi yg kt sini pun kelantan nyer.
Ada jugak ke dokong yang tak real...ahakss
@cemomoi
ni yg aku beli dia kabo dr kelantan...taktik kut nk makap lebih..ha2
@eMMe
Balun jgn tak balun...pulun kedah pulun..oppss , tk kesampaian lak Kedah mlm ni...
sy skrg ni dok tgk dokong jual tepi jalan, rasa tingin je nak beli. tapi bila dh dpn mata, xde plk sy nk mkn, hehe...
blogwalking~~ hehehe~ boleh kan?
yg 'begetah' tu lagi best !!!
..ada yg xleh tahan dgn kesannya..bole sakit urat klu bnyk makan...entahla..life begin 40th kot!
sedapnye!! saya suka buah duku!! tahun nih tak puas makan duku~ yum yum~
asal leh mkn xkire ape dah..dokong ke lgsat..hehe
@AshAnas
kalau nk makan...kena beli sikit2 jer..tak tahan lama & takleh simpan dlm petiais..cpt hitam
@Said Saiful Fazli
hii..hii leh,balun jer..
@p@kcikLie
yg 'bergetah' takut 'melekat'...,takper baru nak mula tu...
@|| NaFiRaa ||
kena makan puas2 tu ,takut nnt dokleh makang...@ takut nnt pi suruh gak hubby cari time habis musim....
@~Nani3@InTaN~
haah..samalah...balunnn puas2
Adik beradik,sepupu sepapat antara rambai,duku,langsat,dokong,duku-langsat,tampoi,sentul
info kurang tepat
Hg oqang baling ka
Post a Comment