-Disebalik...Lens@ Kehidupan-

" -Pelbagai Kisah Mampu Diungkapkan.....-"

Lens@bah_izz

Bukan Salah Ibu Mengandung...Tapi.....

Published by ab@h_Izz under on Tuesday, August 17, 2010
Note: Maaf kiranya gambar2 dlm entry kali tak menyenangkan anda. Sekadar memberi ingatan & kesedaran..tiada kena mengena yang hidup atau yang tiada.. (walaupun bayi2 tu semuanya dah tiada....) renung-renungkanlah...

KEJAMAMNYER..........MANUSIA







Ah lan Wa Shahlan.....

Entry Kali nie aku berkisar pada kisah sosial yang nyata sekarang ini....Iklim sosial kita kian teruk dan parah.....Akhir - akhir ini , negara kita semakin menggerunkan . Sungguh menakutkan apabila statistik jenayah rogol , zina dan buang bayi ini semakin berleluasa seperti tidak menunjukkan tempoh tamatnya.
....




Macam tajuk entry aku kali ni...memang betul pun, tapi...tak layak pun dipanggil 'ibu' jika si empunya diri sanggup melakukan kezaliman sedemikian rupa....binatang pun sayangkan anak2 nyer....kecualilah 'haruan'......tulah..sebabnya 'haruan'juga antara penyumbang kes2 macam ni... tapi..dlm kes sebegini kita jangan salahkan sebelah pihak je....kalau dapat, dengan mamat2 tu sekali yang terima hukuman dunia yang telah dipersetujui iaitu...'hukuman mati...jika didapati bersalah...tapi...yang pasti tak akan terlepas hukuman akhirat nanti.....

ANTARA RENTETAN KES2 BUANG BAYI.....(yang tak jumpe lagi ,Wallah Hualam.....tk tau berape banyak.....Nauzibillah)

SANDAKAN [ 3 Julai 2010 ] Mayat seorang bayi perempuan ditemui di tapak pelupusan sampah di Batu 8 Jalan Fook Kim . Sandakan Sabah .
JOHOR BHARU [ 12 Julai 2010 ] Mayat bayi lelaki yang disimpan di dalam sebuah beg plastik di kawasan semak ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan itu . Johor Bharu .
JOHOR BHARU [ 22 Julai 2010 ] seorang bayi perempuan ditinggalkan dalam sebuah beg berhampiran hentian bas dekat Hospital Sultan Ismail sebelum ditemui seorang pekerja kilang wanita yang sedang menunggu bas di tepi jalan pesiaran Mutiara Emas yang mengesyaki sesuatu apabila melihat sebuah beg bergerak - gerak .
KUALA LUMPUR [ 24 Julai 2010] Mayat bayi perempuan baru lahir yang dibungkus dalam beg plastik ditemui bersama longgokan sampah di Flat Sri KelantanBandar Baru Sentul. Mayat yang masih bertali pusat dan diselimuti dengan kain batik itu ditemui dalam tong sampah oleh pengutip barangan lusuh ketika menggeledah tong sampah di flat itu .
NIBONG TEBAL [ 31 Julai 2010 ] Seorang bayi perempuan yang masih hidup ditinggalkan berbalut dengan plastik dan kertas surat khabar di kaki lima sebuah bangunan kedai di taman Cegar Simpang Ampat .
KUALA LUMPUR [ 6 August 2010 ] seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditinggalkan dalam sebuah lubang paip dalam longkang berhampiran sebuah stesen minyak di Klang Gate.
GEORGE TOWN [ 9 August 2010 ] Janin bayi lelaki dipercayai digugurkan ditemui seorang lelaki pemungut tin kosong dalam tong sampah di Pasar Borong Pulau Mutiara Jalan Makloom.
TAMPIN [ 10August 2010 ] Tidak sampai 4 jam selepas dilahirkan , seorang bayi perempuan terpaksa menahan sejuk lapar sambil menangis akibat ditinggalkan dihadapan sebuah rumah di Air Kuning Selatan dekat Gemencheh .
TANAH MERAH [ 12 August 2010 ] Bayi perempuan masih bertali pusat dipercayai dibuang sejak seminggu lalu ditemui seorang murid di dalam lubang kumbahan najis di belakang asrama sebuah kolej di bandar Bukit Bunga .
MELAKA [ 12 August 2010 ] Bayi baru dilahirkan dan masih hidup ditemui dalam tong sampah berdekatan pondok kawalan sebuah kilang plastik di Ayer keroh . Bayi perempuan yang masih bertali pusat itu dimasukkan dalam sebuah beg pakaian berwarna hitam sebelum dibuang ke dalam tong sampah.
KELANTAN , MELAKA DAN KUALA LUMPUR [13 August 2010 ] 3 kes lagi pembuangan bayi telah dilaporkan dalam tempoh 24 jam di kelantan , Melaka dan Kuala Lumpur .
PETALING JAYA [ 15 August 2010 ]- Meskipun kerajaan telah mengumumkan akan bertindak tegas terhadap pesalah kes buang bayi, ia masih gagal memberi kesedaran malah perbuatan itu berlaku lagi. Kali ini, mayat seorang bayi perempuan ditemui dalam sebuah beg sandang yang tersangkut di tebing Sungai Tambun, Kota Damansara di sini hari ini.











Tiada berkesudahan......Tapi sampai bilakah ??





Share

3 Comments...TQ:

ummi_izz said...[Reply to comment] @ 8/17/10, 5:34 PM

kejamnyer....inilah manusia yang berhati binatang.

ACHTUNG! said...[Reply to comment] @ 8/20/10, 5:14 PM

Salam...
Yang kita bimbangi, andai balak Allah tiba lantaran kemurkaanYa, kita semua turut terima padahnya. Seperti Acheh, tidak ada yang terkecuali melainkan yang benar-benar beroleh rahmat Allah.

Kita bimbang kerana kita masih mengambil langkah tindakan selemah-lemah iman. Kerajaan dan pihak berwajib pula bagaikan memejam sebelah mata dan memandang aspek lain untuk melihat bencana ini...

Zina...
Punca utama...
Couple...punca ZINA...
Mak ayah...Punca anak bercouple...
Siapa yang bersalah?
Kerajaan salah...
Mak ayah salah...
Anak-anak pun salah...
Masayarakat pun salah!
X salah Allah timpakan balak...Nauzubillah!!!

ab@h_Izz said...[Reply to comment] @ 8/20/10, 5:54 PM

betul tu BB...kita kena sama2 benteras dan elakkan kejadian sebegini..pergaulan yang bebas..masyarakat/jiran/kita tak ambil peduli...kena jugak jaga tepi kain orang lain.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ShoutMix chat widget