-Disebalik...Lens@ Kehidupan-

" -Pelbagai Kisah Mampu Diungkapkan.....-"

Lens@bah_izz

Planning Cuti CNY...@ Kelantan

Published by ab@h_Izz under , , on Monday, January 31, 2011
 .

Hari weekend yang lepas, tak gi mana-mana pun, malas nak keluar. So, akunya aktiviti 'outing' dslr outdoor pun takderla. Ntah, rasa macam malas jer nak jalan-jalan, banyak lagi tempat menarik kat Ganu ni aku belum gi. Mungkin dah duduk dekat-dekat ni bila2 pun boleh pergi kut. Cuti CNY ni pun rasanya ,ramai gak yg plan akan gi melawat kat sini.... So , Selamat Datang di ucapkan..

Planning aku cuti CNY, mungin tak balik kampung & tak balik KL. Kalau diikutkan sehari jer dapat cuti am kat sini, sekolah anak aku pun tak ambik cuti gantian ( Melayu belake.. ). Sebab tak balik, bukan dah lupa kat kampung..hi..hi ( InsyaAllah bulan 3 , cuti sekolah seminggu akan balik juga kesana..)

" Nak gi Airport ni  la.........nak ambik gambar signboard ni...hi..hi "

Mungkin plan  cuti CNY ni, akan ke Kelantan kut. Memang dah pernah sampai pun Kelantan tu, cuma lalu jelah, tu pun masa aku balik kampung ikut Grik. Ni lah nak ambik peluang jalan-jalan kat sana, singgah beli apa yang patut. Umiizz pun tak pernah jejak lagi kat walaupun aku rasa kami memang banyak kawan-kawan dari belah-belah sana, cuma sedara jer yg takde kat pantai Timur ni.

Tujuan pergi, nak jalan-jalan tempat best, nak jalan-jalan cari makan,nak tangkap gambar , nak jumpa memba-memba, nak beli toto &  orang cakap best gi sana......
Share

Ohhh...Apam, Yang ku beli masa Balik....

Published by ab@h_Izz under , on Friday, January 28, 2011
 .

Mungkin tu yang yang namanya apam balik kut...ha..ha2, pandai jela. Makan minum petang tadi, sedap la pulak, tapi aku rasa, yang jual sekarang, makin lama, makin nipis lak...boleh nampak bayang sebelah dah aku tengok.



Dulu aku rasa, makan satu pun dah kenyang. Tak tau la pulak..ada banyak versi apam balik lak. Try google kat http://ms.wikipedia.org/wiki/Apam_balik..OOOOooo baru ku tau ada....versi Apam Balik Keropok, patutla nipis semacam je, rasanya bukan salah yang jual kut, aku kut yang salah, dia buat versi tu...kalau nak yg macam tebal2..jagung banyak2 ,buat sendiri la kan!...



Sedikit info pasal ni..

Apam balik atau juga dikenali sebagai apom balik, merupakan sejenis kuih tradisi Malaysia dan Singapura, sesuai dimakan pada waktu pagi dan petang secara bersantai. Ia merupakan sejenis kuih apam berkulit tebal yang dibakar dengan lapisan mentega dan ditaburi inti kacang dan jagung di atasnya dan kemudian dilipat dua. Apam balik sedap dimakan panas-panas.

Secara kasar terdapat dua jenis apam balik iaitu:-
  1. Apam balik tradisional: Merujuk kepada apam balik yang biasanya bersaiz kuali yang gebu.
  2. Apam balik keropok: Merujuk kepada apam balik kecil yang garing, kulitnya nipis dan rangup seperti keropok.


    Share

    Sehari untuk Seminggu....

    Published by ab@h_Izz under , , on Friday, January 28, 2011
    .

    Sehari ke Pasar untuk Bekalan seminggu...

    Selalu macam tulah...tak rajin sangat pergi pasar, cukup kut..leh simpan stok dlm peti ais.Agak-agak emergency leh singgah lagi...sekarang pun dah banyak dah kedai-kedai runcit  yg sekali ngan mini pasar ni. Tak pun boleh singgah juga kedai2 makan kat tepi jalan..ha,,ha2

    Dulu, masa dok Klang, walaupun dekat juga ngan Pasar Besar,Klang, memang susahla nak pergi sana. Lebih banyak pergi tempat lain. Pasar juga..tapi Pasaraya Besar. Mengapa orang suka pergi ke Pasaraya Besar ??Mungkin dah jadi trend @ hampir semua pasaraya besar kini dah pun menyediakan kemudahan pasar basah. Bezanya, kalau aku pergi pasar basah,,sorang jelah..ha.haa2, anak-anak lagi la tak nak ikut. Tapi kalau gi yg satu lagi....semua nak ikut dan boleh lama-lama lagi smpai sarap & lunch sekali kat situ.

    Bila aku dah dok sini, aku kena ikut  sini dan suka pergi  pasar pagi jumaat@Rusila yang selalunya meriah, semua yang jual 'orang kita' dan ....macam2 ada..


    Share
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
     

    ShoutMix chat widget