-Disebalik...Lens@ Kehidupan-

" -Pelbagai Kisah Mampu Diungkapkan.....-"

Lens@bah_izz

Hijrah...dan Aku

Published by ab@h_Izz under , on Wednesday, December 08, 2010
Salam Maal Hijrah...Selamat Tahun Baru..Selamat Berhijrah

Sedar tak sedar dah masuk tahun baru Islam rupanya...semua orang ada azam,dan semua orang ingin berhijrah...berhijrah dari fizikal,lisan dan hati untuk mencari dan menjadi yg lebih baik antara yang terbaik. Aku pun nak 'Hijrah ' jugak....

Sebenarnya hijrah tidak mungkin terjadi tanpa apa-apa sebab yang mendesak. Tengok hari ini, orang berhjrah dari kampung ke kota kerana desakan menuntut ilmu, mencari kerja, berkahwin, berniaga, tekanan hidup, dan sebagainya termasuklah aku.

ANTARA HIJRAH AKU......( 1431H-1432H )

1. Tahun lepas aku dah pun berhijrah tempat...dari Klang ke KT dan  akan berharap  tahun depan akan berhijrah lagi.Bukan untuk berhijrah lain tempat, tapi  hijrah balik semula ,kalau boleh...hi..hii2 (balik area lembah klang). 

2. Alhamdulillah...Hijrah perjawatan aku dari Pangkat sekian ke Pangkat sekian...tapi nak semua ini, tu yg kena Hijrah yang no.1.

3.  Mendapat anak lelaki (baby izz) yang sebelum ni,yg 1st ,2nd & 3rd  semuanya perempuan....Alhamdulilah. 

4. Yang ni Ummi Izz & anak-anak pulak yang berHijrah ikut aku...yg mana 6 buan pertama aku jadi weekend husband kena ulang alik KT-KL...

5. Hijrah dari segi lisan dan hati  untuk mendekatkan diri kepadaNya  masih perlu aku lakukan dan pertingkatkan lagi..rasanya belum sempurna ataupun cukup.Kena banyak berHijrah lagi.

"Sebenarnya Hijrah amat perlu dalam kehidupan kita. Kena berhijrah dan terus berhijrah dari satu tahap ke tahap yang seterusnya. Paling kurang sekadar untuk sesuap nasi sebagai usaha untuk hidup, apatah lagi dalam mencari kesenangan, keamanan, keadilan, kebahagiaan dan keselesaan."






Share

Kenapa Kena Tengok Orang Lain....

Published by ab@h_Izz under , on Monday, December 06, 2010
" Orang lain boleh ...tak kan aku tak boleh"....


Itulah antara ungkapan yang selalu kita dengar, atau kita sendiri yang cakap macam tu. Tak kisahlah dalam kategori mana atau keadaan mana perkataan itu selalu diungkapkan.

Dari sudut positif (+) ,sebenarnya 'orang lain' itu mampu merubah keadaan kita. Kalau kita nak berjaya, rasanya tak salah kita tengok orang yang lebih berjaya dari kita, mungkin boleh dijadikan sebagai pendorong atau semangat.

Sudut Negatif (-) pulak, selalu ada perasaan tak puas hati terhadap kejayaan atau sesuatu yang orang lain lebih. Mulalah nak dengki atau sanggup melakukan sesuatu yang kadang-kadang tidak kena pada caranya. 

Tapi kadang-kadang juga, banyak yang gunakannya sebagai alasan untuk melepaskan diri. 'Orang lain' yang  sebenarnya takde kena mengena akan dijadikan alasan....contohnya:  " ala...dia pun sama, tak buat kerja pun..." dia boleh ponteng..takkan aku tak bolehh" itulah senangnya jadikan orang lain alasan nak melepaskan diri.

Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan kita apa2 yang kita lakukan , tak kisahlah yang baik ke yang tak baik ke kebanyakan akan refer pada orang lain.Sebenarnya tak salah pun kalau kita ambik contoh yang baik-baik, yang boleh kita jadikan ikutan,pendorong, sumber untuk memperbaiki hidup kita dan mungkin orang lain juga akan menjadikan kita atau melihat kita jika kita pun berjaya.

Yang baik kita jadikan ikutan...Tapi kalau kita dah berjaya jangan lupa lak kat 'orang lain' dan  biarlah nanti kita juga meletakkan orang lain dalam diri kita dalam apa jua keaadaan....


Share

Mata Anda....

Published by ab@h_Izz under , on Thursday, December 02, 2010
Cuba lihat 3 titik hitam pada perkataan IZZ selama 10 saat,kemudian lihat dinding kosong berhampiran anda......" nampak tak apa?.....tak nampak, Iskh-iskh2....ala yg tengah gitu-gitu tu..."

Banyak lagi gambar2 yang kadang-kadang kita tengok boleh mengelirukan kita, ataupun kita berasa pelik cam na boleh jadi camni. Hasil ujikaji yg telah dibuat seperti diatas, sebenarnya itu bukanlah keajaiban yang ada pada perkataan/objeknya tapi adalah keajaiban pada yang Menciptakan dan Memberikan kita MATA  dan inilah yang dinamakan Ilusi Mata....



"Bersyukurlah....kita masih lagi dikurniakan penglihatan......Tak seperti ada rakan kita yang tak bernasib baik.So..Tengoklah benda2 yang baik-baik...ingatlah,

"Boleh pandang-pandang....Jangan pegang-pegang....Nice to see, nice to hold....." Cawww
Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ShoutMix chat widget