Hijrahku bersama kenangan...
Published by ab@h_Izz under Akunyer Kisah, Hijrah on Thursday, March 31, 2011Sudah tiba masanya aku berhijrah kembali ke tempatku dan membawa bersama segala kenangan suka duka sepanjang kehidupanku di Kuala Terengganu. Tiada apa lagi yang perlu ditunggu kerana sememangnya penghijrahanku ke sini hanyalah semata-mata untuk menjadi "full time housewife" kepada abah_izz. Sedikit pun tidak pernah ku kesal mengambil "cuti tanpa gaji" kerna untuk sentiasa bersama-sama dengan abah_izz. Aku puas dengan pengorbanan yang telah ku lakukan walaupun seketika cuma.
Sedikit demi sedikit, aku kumpul kekuatan untuk menjalani kehidupan yang seterusnya apatah lagi dengan peninggalan amanat yang paling besar iaitu anak-anakku. Buat abah_izz, ummi akan berusaha sedaya upaya memberi didikan yang terbaik seimbang dunia dan akhirat pada anak-anak kita, insya allah. Alhamdulilah Izzah anak sulungku berjaya mengekalkan kedudukan no 1 dalam ujian baru-baru ni. Kenangan manis untuk Izzah sebelum dia berpindah ke sekolah barunya....
Penghijrahan kali ini sungguh bermakna bagiku yang membawa perubahan besar dalam kehidupan ummi_izz sekeluarga. Aku kembali kepada kepangkuan keluarga. Bersyukur padamu Ya Allah kerna aku masih ada mak, abah dan adik-beradik untuk anak-anak abah_izz mendapat belaian kasih sayang. Dari segi kerjaya, insya allah aku kan kembali sebagai seorang guru. Terima kasih pada rakan-rakan seangkatan yang tidak putus-putus memberi kata-kata semangat untukku.
Pada rakan blogger yang masih sudi menjenguk blog abah_izz, terima kasih di atas sokongan moral yang diberikan. Akan tetap ummi_izz mengupdatekan entry walaupun tidak serajin arwah abah_izz buat tatapan anak-anak untuk kenang-kenangan akan datang.
"Kalau abang dah x der, sape lah yang nak jage blog ni ?" itulah kata gurauan yang pernah arwah suarakan semasa mengupdate ntry tentang penyakit G6PD. Tapi masa tu aku tak jawab sebab aku rase soalan tu tak penting..... Share