-Disebalik...Lens@ Kehidupan-

" -Pelbagai Kisah Mampu Diungkapkan.....-"

Lens@bah_izz

G6PD......Hampir Terlupa Aku.

Published by ab@h_Izz under , , on Wednesday, February 23, 2011
.
Note: G6PD adalah sejenis enzim dalam sel darah merah. Ianya berfungsi melindungi sel darah merah dari dimusnahkan dengan lebih awal.


Sebenarnya anak aku ni salah seorang yang mempunyai kekurangan G6PD. Hampir aku terlupa...bukan 'aku lupa' macam  (Azmi RL), memandangkan keletah & tumbesarannya macam kanak-kanak yang lain . Jadi bila dah dapat status G6PD ni, sebenarnya seseorang itu ada pantang larangnya. Kadang-kadang terlupa...
  • Bila anak demam/sakit ,terlupa nak maklumkan kat doktor yang anak aku ni kekurangan G6PD, maka bolehlah dia bagi ubat-ubat yang sesuai, sebab sesetengah ubat boleh mengundang bahaya .
  • Tak boleh beli/makan/simpan Kacang Parang. Antara Makanan yang perlu dijauhi, takut dia termakan.
  • Tak boleh beli/simpan/pakai Ubat Gegat kat rumah/kereta dll.
  • Tak boleh makan sebarang ubat,ubat tradisional, jamu atau ubat senseh.
Pada dasarnya G6PD tidak berbahaya tetapi jika ‘pantang larang’ dilanggar, proses hemolisis boleh berlaku di dalam darah seterusnya memberi komplikasi seperti sesak nafas atau pitam.
Tanda utama yang boleh dikesan jika bayi terdedah kepada benda larangan ialah kencing berdarah. Darah yang pecah itu serta merta akan tersumbat di saluran kencing. Ibu bapa perlu segera membawa anak ke hospital bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk.
Satu lagi.....
  • Bila dah besar nanti, kena dapatkan jugalah ‘rantai perubatan’ yang menandakan pemakainya kekurangan G6PD. Sebab kalau ada apa-apa, ia membantu sekiranya berlaku kecemasan sekali gus membolehkan doktor memberikan rawatan bersesuaian.
Sebenarnya, Ibu bapa yang mempunyai anak penghidap G6PD tidak perlu bimbang dengan tahap kesihatan bayi mereka. Seperti kanak-kanak lain, mereka akan membesar secara normal tetapi kekurangan enzim ini akan berlanjutan hingga mereka dewasa. Cuma kena pastikan mereka dijauhkan daripada bahan yang boleh membawa komplikasi.

# Sumber dari pamplet yang doktor bagi kat aku masa anak aku baru lahir dulu kena tahan wad@ppum selama 9 hari.


Share

Kalau Gatai Tangan Takpa Lagi...

Published by ab@h_Izz under , , , on Monday, February 21, 2011
 .


Orang cakap kalau gatai tangan hok belah kanan tu....nak dapat duit la tu. Tak pun gatai tangan yg memang tangannya tak boleh dok diam . Tapi,.... aku sejak 2-3 hari  ni tengah gatai tekak la pulak, termasuklah family aku yang lain-lain. Musim panas kut sekarang ni. Tu yang sedap je belasah air tebu yg jual tepi-tepi jalan atau minum ais.

Orang cakap lagi...nak baik sakit tekak, makan aiskrim, baru sejuk tekak tu,gatai pun hilang....memang dah buat pun, tapi belum baik lagi, mungkin kena perisa lain pulak kut. Tadi baru try gula-gula macam kat atas tu, ambik yg 'extra strong' punya, dengan harapan mungkin lagi kuat nak halau gatai tu, macam iklan dia kat TV tu. Apa yang 'extra stong' pun aku tak tau, rasa manis semacam jer...

Kadang-kadang terpikir gak, boleh pakai ker teori sapa ntah ni, kalau nak baik kita buat/makan apa-apa agen penyebabnya. Macam makan aiskrim , gula-gula tu lah....dll , entahlah, hopefully bertambah baik la jadinya.... .':(


Share

Senyum Di Pagi Jumaat.....

Published by ab@h_Izz under , , on Friday, February 18, 2011
.

Mungkin sebab hari ini cuti kut, aku tersenyum....atau makcik kat pasar ni yang membuat aku tersenyum tadi, atau......



Tak apelah, yang nyata......

Tiada harga atas senyuman ,tapi senyum sangat berharga bagi orang yang diberi senyuman.
Memberikan senyuman kepada seseorang tidak akan membuat kita bertambah miskin, tetapi seseorang yang menerima senyuman , hatinya akan semakin kaya.

Hanya memerlukan waktu singkat untuk tersenyum, tapi ingatan akan senyuman yang kita berikan itu akan terkenang dalam waktu yang lama.

Tidak peduli betapa lemah atau kuatnya seseorang untuk membuat dirinya agar tersenyum, bahkan orang cacat pun boleh memberikan senyuman kerana tenaga untuk tersenyum ada dalam hati yang tulus.

Sebuah senyuman dalam keputus asaan menjadi air sejuk di tengah padang pasir tandus.
Senyuman juga menjadi ubat yang boleh mengubati penyakit yang bernama masalah dan mengubati kerunsingan agar merasa santai.

Tapi senyuman tidak boleh dibeli, diminta, dipinjam, atau dicuri kerana senyuman adalah sesuatu yang tidak berharga bagi sesiapa pun kecuali jika senyuman itu diberikan kepadanya.


              
Share dari sumber yg telah diedit ( Bahasa Indon)  dari : http://blogspreneur.info/senyum

Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ShoutMix chat widget