-Disebalik...Lens@ Kehidupan-

" -Pelbagai Kisah Mampu Diungkapkan.....-"

Lens@bah_izz

Angkat Kain Di Jemuran....

Published by ab@h_Izz under , on Thursday, January 13, 2011
.


"Angkat kain dijemuran....,Udah keringg......." hi..hii2.  Alhamdulillah....minggu ni cuaca begitu baik sekali, risau gak minggu lepas asyik hujan jer belah-belah sini, dan ada tempat yang dah banjir . Cuti hujung minggu lepas memang lepak kat rumah jer hari cuti. Esok dah start  cuti  pulok...moga keadaan cuaca akan mengizinkan aku & family keluar jalan-jalan....Boring dah anak-anak aku dok kat dlm rumah jer.. Share

Bila 'Orang Lama' Sudah Merajuk......

Published by ab@h_Izz under , , on Thursday, January 13, 2011
.
KUALA LUMPUR - Datuk Misbun Sidek mengeluarkan kenyataan yang paling mengejutkan semalam, beliau sedia membuka rundingan dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berhubung peletakan jawatannya, namun jika pertemuan tersebut gagal menemui penyelesaian, maka beliau akan berundur selama-lamanya daripada badminton.
- Sumber Utusan hari ini.-

Memang agak mengejutkan..., siapa yang tak kenal dengan Misbun, walaupun dia bukan lagi seorang pemain yang akan bermain untuk negara sekarang ,tapi bagi aku sebagai jurulatih , dia juga adalah antara penyumbang kepada elemen kejayaan seseorang pemain itu sendiri. 

Kita pun tak pasti , apakah punca sebenarnya kemelut ini berlaku. Harap-harap ianya tak berpanjangan dan merugikan Negara semestinyalah. Tapi bila dah Misbun merajuk...susahla cam ni, macam kata Misbun dengan nada sebaknya dirumahnya semalam....

"
"Persatuan mahu saya melahirkan juara, tetapi sebagai jurulatih saya memerlukan sokongan. Saya tidak minta yang bukan-bukan tetapi apabila ada benda yang saya minta, itu bukan untuk diri saya,  itu adalah untuk pemain saya....

"Saya tidak mahu ditafsir sebagai seorang yang meminta kerana kepentingan peribadi, saya tiada kepentingan peribadi. Saya hanya mahu jadikan pemain-pemain dari peringkat bawah naik ke peringkat dunia, kami mendaki dari bawah dan ia tidak mudah,'' 

" Apabila saya keluar maka saya mahu keluar dan berehat terus."  "

Betul jugak kut, Ala...Macam orang nak kita buat macam ini,macam itu,tapi ...bila kita mintak ini minta itu untuk nak buat macam ni macam itu pun tak bagi ...Macam mana kan? Ha..haa2

Itulah....kalau budak-budak yang merajuk memang senang untuk dipujuk,bagilah dia 'jajan' hilanglah tu rajuk dia, Tapi kalau orang tua(orang lama) memang sukar kita nak memujuknya. Iyer kut! Share

'Jajan' dulu....Sekarang pun ada lagi, Tapi...

Published by ab@h_Izz under , on Wednesday, January 12, 2011
.
Tau kan 'jajan'..ha..ha2, orang johor kut panggil cam tu...dulu aku semua jenis makanan ringan aku panggil 'keropok' jer... belasahh !


" Tora datang lagi...., Ding Dang..." itulah antara suara iklan kat TV yang budak-budak  time aku dulu nantikan. Memang kuat pengaruh iklan itu pada masa dahulu. Sehinggakan sanggup kumpul duit dan keluar pi cari kat kedai apek untuk mendapatkan mainan baru yang ada kat dalamnya.

Dulu sapa yang tak kenal,tapi sekarang....anak-anak aku pun dah tak pandang, apatah lagi  nak di 'komersialkan' kat TV, depa pun dah tak layan...iskh..iskh..

p/s: Moralnya tak elok pun makan jajan banyak-banyak.. Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ShoutMix chat widget