-Disebalik...Lens@ Kehidupan-

" -Pelbagai Kisah Mampu Diungkapkan.....-"

Lens@bah_izz

Disebalik... Sebijik Buah Delima

Published by ab@h_Izz under , , on Tuesday, January 18, 2011
.
Minggu lepas ada jiran sebelah rumah ,bagi 2 bijik buah delima, seingat aku,lama dah aku tak makan buah ni, dulu pun time orang balik Mekah mesti ada bagi buah ni sekali ngan buah zaitun,..tapi sekarang ,dah pun ada orang tanam buah ni. Bagi anak-anak aku pulak, tentulah ni 1st time makan dan jumpa, siap tanya lagi buah apa & boleh makan ke tak?


Malangnya dah habis licin delima tersebut, barulah aku google-google apa ada pada buah ni. Kalau aku tahu dulu, mesti aku makannya dengan penuh berkhemah....ha..ha2, betul !...banyak kelebihan sebenarnya...Antaranya :
  • Kajian menunjukan delima boleh memusnahkan sel kanser payu dara tanpa memudaratkan sel sihat dan menghalang sel kanser payu dara membentuk.
  • Kajian keatas tikus makmal menunjukan delima merencat pembentukan kanser paru-paru, melambatkan pertumbuhan kanser prostat.
  • Pengambilan delima boleh menghalang pembentukan plaque daripada melonggok dalam salurdarah arteri, mengurangkan aras LDL atau kolesterol jahat dan meningkatkan aras HDL atau kolesterol baik.
  • Delima boleh menurunkan tekanan sistolik sehingga 5 peratus. Fakta ini amat membantu dalam pengawalan penyakit jantung atau sistem kardiovaskular.
  • Kajian juga menunjukan delima boleh mencegah dan melambatkan penyakit nyayuk atau penyakit Alzheimer.
  • Beberapa kajian menunjukan delima boleh mengurangkan pembentukan plaque gigi, mencegah kemerosotan rawan dan menghalang radang sendi.
  • Pengambilan delima oleh ibu mengandung boleh melindungi otak neonate daripada rosak selepas tercedera.
  • Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman.
  • Jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Oleh sebab itu buah delima tidak disarankan kepada mereka yang menghidap demam. 
  • Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis.
  • Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan. 
Sebab itulah  dalam al Quran,  Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya yang menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga.

Oleh itu...amal-amallkanlah selalu & kena minta lagi kat jiran ni...hi Share

Ada Lagi....Kesian Polis Ni...

Published by ab@h_Izz under , on Monday, January 17, 2011
.

dia 'orang' ni pun tak merempit...........agak jer la..
Kat tempat aku ni malam tadi....ishk..iskh..malas nak 'chaare'...

KUALA TERENGGANU 16 Jan. – Seorang anggota polis trafik berpangkat koperal cedera di leher setelah tertusuk ranting pokok hiasan selepas motosikalnya terbabas ketika sedang mengejar mat rempit yang melarikan diri daripada sekatan jalan raya di Gong Badak hari ini.

Mangsa, Robuan Ahmad, 51, yang kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini bagaimanapun dilaporkan berada dalam keadaan stabil. – Utusan

Ada lagi..tak habis-habis dengan kisah mat rempit itu dan ini, kalau tak menyusahkan org lain takper jugak. Serba serbi ambik kat diaorang...kes ragutlah,rogolllah,samsenglah..etc

Pelik aku....apa yg dapat, aku pun tak tau,dulu aku pun naik moto gak..takat bawak laju tu dah ler, lain2 tu takyah la.

Kekadang, terpikir gak...sampai bila diorang nak merempit macam tu, mungkin kut dah accident nanti, mungkin dah kahwin nanti bila bini tak bagi keluar malam, mungkin bila dah tua....atau  bila dah mati..itu memang dah semestinya......

Share

La Ikro Ha Fiddin ( Tiada Paksaan Dalam Beragama)

Published by ab@h_Izz under , on Monday, January 17, 2011
.
Cantik pulak aku tengok siAmani ni pakai tudung...selalu berlakon 'raged' jer..hi..hi2
 Malam tadi baru habis menonton cerita diatas kat astro....pendapat aku bagus gak citer ni, tengok ni pun sebab nak temankan umiizz, tengok dia khusuk semacam je..

Antara Sinopsisnya...

"Kisah ini mengisahkan Nurlia, lakonan Sharifah Amani yang sentiasa mengalami masalah dalam hidup dia tetapi tetap berpegang teguh dengan ajaran Islam. Zach X Factor pula membawa watak Dr Edward yang kematian bakal isteri di hari perkahwinan.

Susan Lankaster pula sebagai biarawati manakala Fauzi Nawawi pula membawa watak seorang yang menggunakan nama agama untuk kepentingan peribadi.Kemudian, Dr Edward dan Nurlia ni ditakdirkan berjumpa, berkawan, dan mempunyai perasaan antara satu sama lain. Disebabkan berpegang teguh pada agama, Nurlia tidak menerima cinta Edward sehinggalah Edward memutuskan untuk membunuh diri. Tapi akhirnya dia telah meninggal dunia akibat terjatuh..dan Edward sebenarnya telah sempat meninggal dunia dalam Islam bersama  3  pengorbanan murni yang sempat dilakukan....Matanya , Buah Pinggangnya..dan Hatinya..."

Aku pun tak tau nak ulas camner....suka pun ada,sedih pun ada..mesej pun ada....nnt ada ulangan kita tengok, Layannn.....

sumber http://www.blogged.my/gotopingbar. Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ShoutMix chat widget