-Disebalik...Lens@ Kehidupan-

" -Pelbagai Kisah Mampu Diungkapkan.....-"

Lens@bah_izz

Aku,Hutang & Facebook....

Published by ab@h_Izz under , , on Tuesday, January 04, 2011

Semalam masa aku kat office, dalam banyak-banyak call, aku dapat satu official call dari unit penguatkusaan MARA. Memang panggilan ini disambungkan kepada aku sebab nama yang dicari memang betullah sebijik sebijan nama dan bin macam aku dan perbualan antara kami adalah cam ni...

Peg. MARA :" Salam...ni En Mohd Nasir Bin Ismail.., saya en...dari..."

aku cuma mengiyakannyalah , sebab aku pun memang kadang-kala ada berurusan dengan jabatan-jabatan  kerajaan gak, cuma yang tak sedapnya dia ada mempersoalkan...

Peg. MARA :" Sebelum ni encik ada membuat pinjaman untuk belajar kat oversea,dan dari sistem kami, kami masih belum menerima Hutang Pinjaman encik sebanyak RM120K" .

- Kat situ memang aku terkejut, sebab memang aku tak pernah ambik loan dari MARA , lagi pun aku memang tak pernah belajar kat oversea. Seberang laut cam kat Penang pun tak pernah..hi..hi2.
tapi aku tak gelabahlah, sebab memang aku rasa ni memang kes salah orang, dan bila aku cuba dia bacakan nombor i/c ternyata ianya salah. Aku takler nak marah kat pegawai MARA tu sebab dia pun tak tau, cuma dia cakap ,dapat info aku ni dari penjamin ke-2 yang mungkin akan dikenakan  tindakan oleh MARA keatasnya, dan penjamin ke-2 pula bercakap ngan aku....

Penjamin Ke-2 : " Minta maaflah encik, sebenarnya saya dapat info ni  dari Facebook, saya tengok gambar encik kat FB seakan-akan dengan si Peminjam MARA ni, dan dapatkan  nombor office encik ni melalui google office encik kat terengganu."

Patutlah.., Memanglah dapat, office aku cuma satu state satu jer..ha..ha2, katanya lagi..


Penjamin Ke-2 : "Sebenarnya,memang dah lama saya cari Peminjam yang saya jamin ni, sebab Penjamin 1 (Bapa Peminjam) dah pun meninggal, dan saya telah di cari oleh MARA untuk melangsaikan hutang belajarnya, dan sebelum ni, dia ada datang ke Pejabat MARA untuk selesaikannya melalai ansuran, tetapi dia tipu dan lost contact sekarang..tu yang saya tertekan, dan kalau bukan encik saya Minta maaf banyak-banyaklah... "

Kesianlah pulak sapa yang buat kat dia cam ni.So, Moralnya......

1. Kepada yang dah buat pinjaman ,terutamanya pinjaman belajar kat mana-mana tu, nak tak nak,kenalah bayar.
2. Jangan susahkan orang lain atas kesenangan yang kita dapat, takder penjamin tak lulus loan kita, so..kalau takleh nak bagi apa-apa,bagilah dia dok bersenang-senang.
3. Bahaya gak FB ni..tak boleh bagi detail2 peribadi yang lengkap sangat..banyak yang salah guna nanti..kena privacykan.
4. Sebelum nak bertindak sesuatu tu, kena pastikan ianya 'confirm' baru buat tindakan susulan. 
5. Dah salah, kenalah minta maafkan...tapi aku dah maafkan pemanggil tadi,sebab dia pun dah minta maaf. ....oklah tu..

Share

Bila Anak-Anak Mula Sekolah.....

Published by ab@h_Izz under , , on Monday, January 03, 2011
.
Hari ni dah pun bermula sesi persekolahan untuk tahun 2011. Ramai ibubapa ambil kesempatan sama-sama bercuti dan pergi sekolah sekali. Termasuklah aku, tapi tahun ni dah tak yah cuti dah...anak dah darjah 2 kan. Cuma gi sekolah just beli buku tulis jer. Sempat gak tengok gelagat budak sekolah darjah 1 yang pelbagai ragam. Ada yang suka ,ada yang menangis, ada yang tidor dll. Itulah nanti yang menjadi hiasan berita-berita TV malam nanti....tak caya jom tengok malam ni.
Google pic:   " alaaa....siannya, cari  mak yerr.."

Antara yang mengubah senario kehidupan bila anak-anak mula bersekolah antaranya adalah...

1. Kena bangun awal sikitlah, cam aku pun bangun awal jugaklah sikit. Sebab nak gi awal sikit, kena hantar anak dulu pastu baru gi kerja. Anak-anak sekarang tak sama dulu kut, aku gi sekolah dulu pun jalan kaki hi..hi2. Yela..sekolah kat luar bandar kan!, basikal pun tak  mampu nak beli.
Tapi...dah maju sikit ni, lain la pulak jadinya. Banyak pulak yang anasir-anasir jahat..

2. Jalan-jalan banyak yang 'jam' time sekolah dah bukak ni, dulu 'sangkut' sikit-sikit jer.Kat sini ok lagi. Dulu aku duduk kat area Summit,memang 'jam' memanjang, bila time cuti sekolah je ok sikit. Agak-agak banyak sungguh budak-budak gi sekolah yang mak ayah dia hantar kot, satu dua murid satu kereta,  tu yang jadi macam tu.Patutla hebat budak-budak sekarang.

3. Bila anak dah sekolah juga, maknanya kita kenalah 'plan' apa yang patut, tanggungjawab juga sudah lebih. Keperluannya seboleh-bolehnya kena adakan, latihan &  kerja rumahnya juga kena ambil tahu, pembelajaran selepas kelas pun kena ambik tahu. Penting tu, ni nak anak dapat nombor yang baik dalam periksa , tapi tak ambil kisah pun hal persekolahan mereka. Mana boleh cam tu, harapkan cikgu semuanya pun takleh gak.


P/S : Teringatla pulak zaman-zaman sekolah  darjah 1 dulu-dulu, gi sekolah saing jalan kaki atas jalan tanah merah dengan seluar 'katok' pendeknya. hi..hii2..



Share

.......sELamAT tAhUN bARu 2011.....

Published by ab@h_Izz under , on Saturday, January 01, 2011
.

Ucapan Selamat Tahun Baru 2011 buat semua para Bloggers , Pengunjung dan   Pengikut  -Diseb@lik.. Potret Kehidup@an- ab@h_izz



Salah Silap..Terkasar bahasa..tersilap Tulis...Harap Dimaafkan...Semoga kita sama2 dapat memeriahkan lagi dunia bloggers ini bersama Azam Tahun baru,Azam yang perlu dipenuhi serta Azam yang akan membuat kita lebih baik dari yang terdahulu.

SELAMAT TAHUNN BARU 2011.
Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ShoutMix chat widget