-Disebalik...Lens@ Kehidupan-

" -Pelbagai Kisah Mampu Diungkapkan.....-"

Lens@bah_izz

Melawat Mangsa Kebakaran Pelantar@HSNZ

Published by ab@h_Izz under , , on Thursday, December 16, 2010
Tengahari tadi time rehat aku keluar jap ke Hospital HSNZ meluangkan masa melawat salah sorang mangsa kebakaran Pelantar Minyak Bekok C baru-baru ni. Tak sempat nak pergi semalam, memandangkan time tu tengah berkursus dan dapat tahu pun bila aku tengok berita malam tu. 

Sumber: Harian Metro...member aku kat dalam bulatan merah tu.....
Sebenarnya salah seorang mangsa tu, adalah kawan baik aku time belajar kat uitm dulu ...satu kelas  dan satu rumah. Time aku kerja kat terengganu ni pun aku selalu jumpa dia masa inspection. Rasanya last jumpa 2 minggu lepas kat plant Petronas masa shutdown baru-baru ni, dan tak sangka pulak dia adalah salah seorang mangsa.Member aku ni adalah salah seorang yang kerjanya memang supervise berkenaan safety di plant dan pelantar.
aku ngan dia baru-baru buat inspection bersama untuk wakil yang berbeza.....

Time aku sampai, member aku ni baru sedar dari tidur, katanya baru lepas makan ubat . Malam pertama kejadian,doktor memang bagi ubat tidur agar mendapat rehat yang cukup..dan kalau tak bagi ubat tu,memang tak boleh tidur punya. Terasa kesakitan/perit kesan melecur kat muka dan tangannya.

Sempat bertanya khabar..dan dia ada citer serba sedikit cam mana boleh jadi accident tersebut dan tak sampai hati nak tanya lebih-lebih,memandangkan keaadaan mukanya yang berbalut kain dan yang tinggal hanyalah mata dan mulutnya sahaja.Apa yang aku ingat katanya " Time tu yang aku ingat...hanyalah Mati "

Alhamdulillah...keadaanya agak stabil,walaupun tangan dan mukanya masih berbalut. Kini ditemani oleh isterinya dan ahli keluarga yang banyak memberikan sokongan serta pihak majikannya yang memberikan sumbangan  dan kebajikan yang baik dan sewajarnya .

" Aku doakan semoga rakanku dan semua yang terlibat dipermudahkan olehNya , cepat beransur pulih hendaknya. Moga-moga pulih dari Trauma yang dihadapi untuk kembali bertugas nanti....InsyaAllah...Aminn"
Share

Kalau Nak Cari Salah.....

Published by ab@h_Izz under , on Monday, December 13, 2010
" Beribu Kebaikan Yang Dibuat.....Boleh Dihapuskan Oleh Hanya Satu Kesalahan Yang Dilakukan" 

Biasalah, kalau benda yang buruk atau yang salah selalunya orang akan selalu ingat....Ada yang ingat sampai mati dan ada juga yang sampai tak akan maafkan di dunia akhirat. Begitulah bezanya....tapi kalau selalu  buat baik pun , kadang-kadang tak pandang pun. Ntah ingat ke tak ingat.....Itulah lumrah kehidupan sebenar.

Kalau nak cari kesalahan orang , memang senang, tapi memang payah nak melihat kesalahan sendiri.  Kalau orang tu nak cari salah kita,walaupun tak jumpa dia akan cari jugaklah salah tu,walaupun itu mungkin kesalahan yang tersangat-sangat kecil. Macam pepatah idon ni cakap...layannz

" Kesalahan orang lain dibeberkan seperti menampi dedak, tetapi kesalahan sendiri disembunyikan seperti pemburu burung unggas yang menutupi dirinya dengan ranting pohon."
Nasihat untuk diriku dan semua......
Janganla macam ni....cubalah untuk kita 
menjadi pemaaf & saling bermaafan.

## picture from google..tq
Share

Suka & Tak Suka - Di tag oleh ' Gadis Kampung'

Published by ab@h_Izz under on Friday, December 10, 2010

Salam....

Terima kasih pada "Gadis Kampung" atas tag yg diberi...boleh terjah sana. Macam2 ada...tutorial pun banyak. Rasanya dah dekat seminggu dapat. Cuma tak sempat nak balas...baru jer habis berkursus lagi . Sempena cuti kat sini hari ni...."aku terima tag ni.....TQ

<
<
<



Gambor wajib kena letaklah
Meneruskan syaratnya kena la jawab beberapa soklan:

NAMA BLOG ANDA & SEBAB APA NAMA MACAM TU

Nama Blog aku..." Diseb@lik...Potret Kehidup@n.". Tak ada sebab pun aku letak nama tu. Cuma aku rasa ,bila nak tulis Entri yang ada gambar lebih senang nak meng'ayat'. Tu yang letak nama tu, cam orang cakap 'sekeping gambar, kita boleh discribe beribu patah perkataan'...ingat nak letak nama tu jer..tapi panjang sangat..ha..haa2

5 PERKARA YANG ANDA SUKA & TAK SUKA

1. SUKA dengan cara kerjaya saya sekarang ni,  sebabnya bila bekerja di Negeri tersebut, saya boleh pergi menjelajah semua tempat, boleh masuk semua tempat dan semestinya selepas kerja aku akan cari tempat2 makan yg  best untuk makan kat situ....tapi Aku juga TAK SUKA ngan kerjaya aku ni sebabnya selalu kena pindah-pindah, kalau boleh pilih takperla...Tapi kena menurut perintah.

2. Pasal Makan memang aku SUKA, makan jer apa saja, dapat jiran lak yang suka tukar2 makanan, dan sekarang ni pun ummiizz sejak cuti panjang ni pun dah rajin cuba resepi2 internet...sampai FB dia ,post semua pasal masakan dia. So.... aku makan jer. Tapi TAK SUKA bila dah makan ada 'orang cakap' badan aku dah naik....tapi suruh makan..hi..hii2

3. Pasal sukan memang aku SUKA, tak kisahlah apa jenis permainan sukan. Yang No.1 bola la...suka tengok live kat stadium, kena support sukan tempatan dulu. Kalau ada games besar /final untuk team Perak/Malaysia aku akn  gie...tapi sekarang team yg aku TAK SUKA adalah MU dan tak suka juga bila 15hb ni tak dapat tengok M'sia vs Vienam@ Bukit Jalil...kena kursus lak...........

4. Sebab maksud nama aku yang suka menolong, aku memang SUKA menolong, tapi aku memang TAK SUKA kalau ada orang yang ambik kesempatan.Kadang-kadang ada perasaan yg tak ikhlas bila nak tolong/derma pada situasi2 yang boleh meragukan.

5.  SUKA ambil gambar, tak kisahlah gambar pemandangan, aksi-aksi teletah dan perkembanagan anak-anak aku,benda2 pelik semua aku suka 'snap'.....puas hati bila dapat tengok & simpan . Tapi yang aku TAK SUKA nak tengok gambar sendiri sekeping sebulan pun payah....

Itu sahaja antaranya......Memandangkan dah lama dapat,cam nilah..sesiapa yang SUKA aku hadiah tag ni kat korang.....yang mana TAK SUKA, buat cammaner...wassalam






Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ShoutMix chat widget