-Disebalik...Lens@ Kehidupan-

" -Pelbagai Kisah Mampu Diungkapkan.....-"

Lens@bah_izz

Bila anak-anak happy... : ))

Published by ab@h_Izz under , , on Sunday, January 16, 2011
 .

Semalam bawak anak-anak gi jalan-jalan kat pantai Batu Burok, KT. Memang selalu sangat pergi sana...itulah pantai paling dekat ngan rumah. Kadang2 sebelah malam pun kami pergi. Pernah juga sekali sekala bawak makanan dari rumah dan makan kat sana, best pulak buat cam tu....



Tak kisahlah kat mana-mana pun..ataupun apa juga aktiviti yang diatur,janji kita dapat juga bersama-sama anak-anak seterusnya merapatkan hubungan kekeluargaan bersama , bila tengok anak-anak happy...kita pun happy bersama dan tak rugi masa yg ada, kita luangkan bersama mereka setelah mereka ditinggalkan oleh kita semasa bekerja.........




Share

Roti Canai Banjir...Teh Tarik.

Published by ab@h_Izz under , on Saturday, January 15, 2011
.
Dah sarapan...kita sarapan dulu, nak sarap roti canai banjir & teh tarik mamak punya, susah nak dapat mamak punya kat sini...asyik nasi dagang/nasi minyak jer...


Ok..sarap dulu, roti canai ku sudah kembang...:) Share

Cuti tetap cuti.....Aper nak buat ?

Published by ab@h_Izz under , on Friday, January 14, 2011
.
Kat sini ari ni dah start cuti. Negeri lain esoklah kan start cuti..2 hari jer. Betul, walaupun cuma 2 hari..cuti tetap cuti, tak kisahlah cuti tu untuk ape , yang penting pengisiannya. 

Ada orang  suka akan hari cuti, sebab dia boleh bekerja dengan dibayar gaji lebih...
Ada pulak orang yang cutinya dihabiskan dengan berehat secukup-cukupnya....yakni tidur yang panjang.
Ada pulak yang tak suka berehat, memenatkan badan pula dengan aktiviti-aktiviti lain..cth. berkebun, mengemas ..etc
Ada juga  pengisian cuti itu ikut keadaan ,ikut musim, ikut berapa panjang cuti itu...baru plan yang seterusnya...
                              ....Dan ada juga orang, cuti tak cuti sama sahaja......

 "kat sini kalau dah tau nak gi mana...gi pantailah jawabnya....anak2 pun suka..berehh"

Plan aku..hari ni Jumaat, tak boleh sangat nak gi mana2..byk tempat yg tutup. jalan-jalan belah malam sambil makan-makan oklah.Cuma esok jelah yg nak keluar mana-mana, habiskan masa dengan family. Banyak lagi tempat-tempat kat KT/Ganu ni tak pergi lagi walaupun dah setahun lebih dok sini. Orang jauh pun dah sampai....ha..ha2, Dak per ,pelan-pelan kayuh.


Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ShoutMix chat widget