-Disebalik...Lens@ Kehidupan-

" -Pelbagai Kisah Mampu Diungkapkan.....-"

Lens@bah_izz

Ilmu baruku...

Published by ab@h_Izz under , on Friday, April 08, 2011
Sejak kebelakangan ini aku banyak 'study' tentang ilmu yg berkaitan dengan faraid ni...Bukan apa yang pergi takkan kembali, tapi yg hidup inilah yang perlu mengurus kehidupan ini sebaik yang mungkin. Termasuklah mendokumenkan apa-apa yang patut untuk pengurusan pusaka arwah abah_izz kepada waris2 yang berhak.

Aku seakan tak percaya yang aku perlu berdepan dengan isu pusaka ni. Nak tak nak aku perlu memulakan langkah proaktif supaya pusaka arwah suamiku dapat diwarisi dengan cara yang baik. Mudah-mudahan...

" Pusaka bukan sekadar mesti diurus, bahkan pusaka juga mesti dirancang. Kenapa kita mesti merancang pusaka? Hal ini penting kerana ia adalah perkara yang pasti. Pasti apa? Pasti mati! "
Peringatan itu perlu diambil berat bagi orang yang masih hidup cam aku ni. Kalau tidak merancang takut-takut nanti waris kita akan terlibat dengan "fitnah harta" plak. Nauzubillah!

Sekadar berkongsi ilmu, 2 instrumen utama yang perlu dilakukan sebelum mengagihkan harta si mati ialah 'membersihkan hartanya' dan mengenalpasti siapa saja yang berhak menerima warisan. Part pembersihan harta tu memang kena dilangsaikan dahulu seperti
@ biaya pengurusan mayat termasuklah menggali kubur, biaya mengusung, sewa kereta jenazah, membeli kain kafan, memandikan dan lain-lain.
@ Hutang piutang - (hutang kepada Allah dan hutang pada manusia)
     Hutang kepada Allah seperti zakat, kifarat, nazar dan haji yang belum   ditunaikan. Hutang kepada manusia seperti pembiayaan perumahan, pembiayaan peribadi, pembiayaan kenderaan, kad kredit, pinjaman pelajaran, hutang dengan individu.
@ wasiat si mati mengenai hartanya seperti yang dibolehkan oleh syara'.

Setelah diselesaikan perkara2 di atas barulah harta si mati yang masih ada diagihkan kepada para ahli warisnya yang berhak. Ya Allah permudahkanlah urusanku...Aku baru jer dalam proses mengenalpasti status hutang-hutang yang ada. Begitu banyak lagi prosedur yang perlu aku lalui selepas ini...Semoga semua proses berjalan dengan lancar dan mudah sehinggalah lebihan harta peninggalan arwah abah_izz itu nanti tetap mendatangkan pahala baginya w'pun abah_izz telah berada di alam barzakh sampaila arwah selamat dari seksa api neraka. Amin !

p/s : sikit atau banyaknya harta bukan persoalan pokok yang penting bagaimana kita nak memanfaat harta ketika hidup dan apa pula yg patut dibuat ke atas harta tersebut apabila seseorang itu sudah mati ! Share

Normalkah aku rasa begini ?

Published by ab@h_Izz under , on Thursday, April 07, 2011
Saat ini,inilah yang aku rasakan...Ya Allah tabah dan cekalkanlah hatiku dalam menahan rindu ini. Hanya rindu padaMu sahaja yang kekal abadi.


Share

Celoteh Anakku

Published by ab@h_Izz under , on Tuesday, April 05, 2011
Sembang2 ngan anakku yang berusia 4 tahun,Ainin Sofiya.Kepetahannya bercakap seringkali membuatku terhibur...


Situasi 1 :(perbualan seharian kami bila time nak tido )


Ainin : Ummi...ainin nak abah...
Ummi : Abah kan dah mati...
Ainin : Oohh abah dah yang kena tanam kat pasir tu ye...
Ummi : emmm (sayu )
Ainin : ainin nak abah...(dgn nada merengek n tak puas ati)
Ummi : nantila bila ainin dah besar cam mak cu n mak wa, abah datang..nnti cuti kita gi kubur ye, tgk abah.


Situasi 2 : (bila dah beberapa minggu...)
Ainin : ainin nak abah...
Ummi : abah kan dah x de...
Ainin : tapi mase dulu ader jer...
Ummi : tu dulu, ni skarang. Ainin ingat x yg abah sakit kt hspital tu...nnti kita gi kubur lg ye.
Ainin : ala gi kubur pun, x dapat jumpa ngan abah pun..


Sayu n aku terkedu. Aku pujuk anakku2 ini dgn memberikan setiap org ankku ini dgn sehelai baju yg sringkali arwah pakai utk mengubat rindu. Setakat ini caraku tadi dpt merawat sikit emosi "kehilangan" yg dialami oleh mereka.




Ramai yg kata muka si Ainin banyk ikut arwah abahnya especially part matanya. Tapi tulah yg si ainin ni mmg byk cakap tp si arwah ni jenis pendiam...Ainin2x... Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ShoutMix chat widget