-Disebalik...Lens@ Kehidupan-

" -Pelbagai Kisah Mampu Diungkapkan.....-"

Lens@bah_izz

Showing posts with label Ummiizz. Show all posts
Showing posts with label Ummiizz. Show all posts

APabila Gambar Album FBnya Di Plagiat....

Published by ab@h_Izz under , , on Friday, February 11, 2011
 .


Ini berkenaan kisah wife aku a.k.a ummi izz...yang hobinya sejak berpindah kat sini dan dapat pulak jiran yang suka hantar-hantar makanan ni, maka tu yang start rajin nak 'try & error' segala jenis resepi yang diambil di internet. Jiran sebelah rumah pulak memang 'terer' memasak, Tercabar jugakla aku rasa, tu yang ada saja resepi baru yang akan cuba dibuat, tak kanla nak hantar yang lebih kurang jer atau asyik2 kuih tu jer, mentang-mentangla kuih tu jer yang pandai..ha..ha2.

Sampailah sekarang, kalau bukak wall FB dia, penuh la post-post masakannya ,dah boleh buat  Album koleksi masakannya. Tapi semalam, dia cukup 'tak puas hati' sikit, apabila terjumpa satu blog masakan yang menggunakan hasil gambarnya. Cantik sangat hasil 'crop'nya tanpa menampakkan watermarknya. Apalah salahnya bagi 'kredit' sikit kat tuannya, tak rugi pun, cuma tanda kita berterima kasih.  Tak pun bagi jer kredit tu kat pakcik google.......hi..hi

" ni lah blog masakan itu.....serupa tapi tak 'sama'.....
Maka dengan itu, aku 'meracunnya' , supaya buatlah blog sendiri......pada orang lain gunakan dia punya gambarnya baik dia masukkan kat blog dia. Benda dah ada, dan hari-hari akan ada....so, malam tadi ,ntah kul berapa tidur, terhasilya koleksinya di blog :

Album@Suke-Suke Masak  jemput singgah katanya..

Share

" Nice to See......" ( Hobi Baru Bini Aku)

Published by ab@h_Izz under , , on Saturday, January 08, 2011
.

Nice to see....tapi bagi aku & anak-anak yang dah merasa, Mmmrrm....memang lazat yang amat .hha.ha2. Kena puji sikitla , pasal ni kek ummiizz yang buat, atas permintaan anak-anak aku dan boring kut takleh pi mana-mana cuti ni,...cuaca kat luar tak mengizinkan lagi. 

Dan ini jugak la hobi baru wife aku sejak cuti lama ni.Setiap hari akan merayap kat mana2 blog masakan untuk mencuba sesuatu yang baru. Seingat aku blog yang selalu dia singgah blog 'Mat Gebu' kut. Pandai mamat tu masak-masak ...hi..hi. Aku jer yang pandai makan....

Hok ni petang tadi punya...lepas ni takyah dah nak gi makan kat Secret R atau beli kek besday anak-anak kan!....

" Nak meleleh aku tengok coklat tu...melelehh....hi..hi"
Dah siap deko....time untuk merasa lak....

" kek coklat bulan bintang kut..hi..hi2 "

Itulah antara hobi baru wife aku, kepas ambik gambar ni, cam biasalah...upload kat FB, biasanya kat geng-geng masak dia lah....alaa yg Kongsi Resepilah..My Resepilah...aku pun tak faham, patutlah pun asyik sibuk memanjang jer FB dia....Hi..hi ,Layan jelah.... Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ShoutMix chat widget