Ilmu baruku...
Published by ab@h_Izz under Faraid, Fardhu kifayah on Friday, April 08, 2011
Sejak kebelakangan ini aku banyak 'study' tentang ilmu yg berkaitan dengan faraid ni...Bukan apa yang pergi takkan kembali, tapi yg hidup inilah yang perlu mengurus kehidupan ini sebaik yang mungkin. Termasuklah mendokumenkan apa-apa yang patut untuk pengurusan pusaka arwah abah_izz kepada waris2 yang berhak.
Aku seakan tak percaya yang aku perlu berdepan dengan isu pusaka ni. Nak tak nak aku perlu memulakan langkah proaktif supaya pusaka arwah suamiku dapat diwarisi dengan cara yang baik. Mudah-mudahan...
" Pusaka bukan sekadar mesti diurus, bahkan pusaka juga mesti dirancang. Kenapa kita mesti merancang pusaka? Hal ini penting kerana ia adalah perkara yang pasti. Pasti apa? Pasti mati! "
Peringatan itu perlu diambil berat bagi orang yang masih hidup cam aku ni. Kalau tidak merancang takut-takut nanti waris kita akan terlibat dengan "fitnah harta" plak. Nauzubillah!
Sekadar berkongsi ilmu, 2 instrumen utama yang perlu dilakukan sebelum mengagihkan harta si mati ialah 'membersihkan hartanya' dan mengenalpasti siapa saja yang berhak menerima warisan. Part pembersihan harta tu memang kena dilangsaikan dahulu seperti
@ biaya pengurusan mayat termasuklah menggali kubur, biaya mengusung, sewa kereta jenazah, membeli kain kafan, memandikan dan lain-lain.
@ Hutang piutang - (hutang kepada Allah dan hutang pada manusia)
Hutang kepada Allah seperti zakat, kifarat, nazar dan haji yang belum ditunaikan. Hutang kepada manusia seperti pembiayaan perumahan, pembiayaan peribadi, pembiayaan kenderaan, kad kredit, pinjaman pelajaran, hutang dengan individu.
@ wasiat si mati mengenai hartanya seperti yang dibolehkan oleh syara'.
Setelah diselesaikan perkara2 di atas barulah harta si mati yang masih ada diagihkan kepada para ahli warisnya yang berhak. Ya Allah permudahkanlah urusanku...Aku baru jer dalam proses mengenalpasti status hutang-hutang yang ada. Begitu banyak lagi prosedur yang perlu aku lalui selepas ini...Semoga semua proses berjalan dengan lancar dan mudah sehinggalah lebihan harta peninggalan arwah abah_izz itu nanti tetap mendatangkan pahala baginya w'pun abah_izz telah berada di alam barzakh sampaila arwah selamat dari seksa api neraka. Amin !
p/s : sikit atau banyaknya harta bukan persoalan pokok yang penting bagaimana kita nak memanfaat harta ketika hidup dan apa pula yg patut dibuat ke atas harta tersebut apabila seseorang itu sudah mati ! Share

3 Comments...TQ:
susah jugak yer.tpi sy yakin ummi izz pasti boleh uruskan semuanya dgn baik..insyaallah. sama2 kita berdoa
Insyaallah, kalau kena caranya berkat dan pahala untuk ummi_izz juga...semoga dipermudahkan semua urusan...
ko dah uruskan tuh so ko dpt pengetahuanlah... sambil2 share kt sini...
Post a Comment