-Disebalik...Lens@ Kehidupan-

" -Pelbagai Kisah Mampu Diungkapkan.....-"

Lens@bah_izz

Pesta Kutip Syiling RM75K

Published by ab@h_Izz under , on Wednesday, January 19, 2011
.
Pagi-pagi lagi aku dah terasa best baca paper hari ni..


Orang ramai mengambil kesempatan mengutip duit syiling yang bertaburan di atas lebuh raya dalam kemalangan yang mengakibatkan sebuah kereta BMW melanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda yang membawa duit syiling di susur keluar Pedas, Negeri Sembilan, semalam. 
REMBAU 18 Jan. - Jika sebelum ini, orang ramai hanya memperlahankan kenderaan untuk menyaksikan sesuatu kemalangan di lebuh raya, namun berbeza pada hari ini apabila mereka berpusu-pusu datang dengan lebih dekat.


Tinjauan Utusan Malaysia di lokasi kejadian mendapati orang ramai 'hilang pertimbangan' sehingga ada yang sanggup mencangkung di tengah-tengah lebuh raya untuk mengutip wang syiling itu.
Wang syiling berkenaan turut dikutip di kawasan rumput hingga menyebabkan kedua-dua laluan lebuh raya berkenaan menjadi sesak.

Persoalannya,....Mungkinkah aku juga akan melakukan perkara yang sama jika aku berada ditempat kejadian..dan 'akan hilang pertimbangan'  untuk memikirkan rasa malu, keselamatan dan rezeki yang datang bertaburan yang belum tentu ke'Halalannya'.
Share

8 Comments...TQ:

wida said...[Reply to comment] @ 1/19/11, 9:00 AM

syiling2 yg kita kutip tu tentu2 tak halal..kesian pada tuan punya duit tu.

PCL said...[Reply to comment] @ 1/19/11, 9:27 AM

kalau aku suruh budak2 tlg kutip...teringat dulu2 ada majlis kenduri kawin buat cmtu (tabur syiling)...hahaha..apa la pengatin wt cmtu!...tinggal kenangan.

ej said...[Reply to comment] @ 1/19/11, 10:38 AM

hahahha.. bacer gak paper, igtkan gimik je.. rupernyer bebetol.. huish... bahaya sungguh. sampai plus kener tutup jalan la sebab tanak dieorg nih kener langgar. almost 75K rasanya duit syiling tu..

Aziela said...[Reply to comment] @ 1/19/11, 2:52 PM

diorang nie kutip syiling tu dengan seronoknya utk apa ekk? takkan nak buat bayar public phone kot kan... tapi sangat takutla nak menyara diri dan keluarga dan sesiapa saja dengan duit tak halal...jadi darah daging sampai mati tu..adoiii la

|| NaFiRaa || said...[Reply to comment] @ 1/19/11, 3:08 PM

banyak jugak syiling yg bertaburan tu kan~ sampai guna penyodok untuk kutip syiling tuh~

NzA said...[Reply to comment] @ 1/19/11, 5:35 PM

kerana duit manusia lupa.......

Unknown said...[Reply to comment] @ 1/20/11, 8:40 PM

astafirullah..
manusia kini hanya memandang RM...
syiling apalah sangat???

adeh

ZulkifliMN said...[Reply to comment] @ 1/28/11, 11:33 PM

Kesian pada pemilik.. patut dipulangkan syiling tu..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ShoutMix chat widget