-Disebalik...Lens@ Kehidupan-

" -Pelbagai Kisah Mampu Diungkapkan.....-"

Lens@bah_izz

Muzium Terbesar Malaysia

Published by ab@h_Izz under , , , on Saturday, November 06, 2010
Salam....Hari ni kita buat aktiviti lawatan sambil belajar ye...


@ Muzium Terengganu

Ha..haa dah lama tak dengar perkataan tu...dulu masa sekolah rendah, time2 cuti sekolah panjang je, mesti ada yang buat lawatan cam tu. Aku dulu sempat gak join 2 ,3 tempat kat dlm Mesia ikut rombongan bas sekolah,....yang paling dekat ngan tempat aku dulu,kami pi Penang la...pi bukit bendera dan lain2lah, dan time tu tengah femes ngan jambatan Pulau Pinang, memang teruja nak tengok dekat2 jambatan tu..hi.hii2, dan time tu lak boleh berenti tengah2 dan ambik gambar, ambik gambar ngan masing2 pakai t-shirt jambatan tu..hi..hiii2

Dan yang paling jauh aku gie....mana lagi KL la. Mulala cakap pun cam orang KL masa tu, semua bunyi..er..er kat belakang...ki..kiliii2, Ingat lagi mandi dan tidur semua kat SK Bangsar yg dekat RTM tu....tidor ramai2 kat atas meja kelas, yela time tu mana ada bajet nak tidur hotel....belasah je, janji dapat pi KL. Tempat pertama yang kami pi adalah Muzium Negara...jakun masing2 tengok KL masa tu...hu..huu2


- tempat 'wajib' bagi bebudak sekolah buat lawatan sambil belajar-

Sebut pasal Muzium, tadi baru balik dari Muzium Terengganu setelah last aku gie time rombongan sekolah yang dulu, masa tu darjah 4 kut....lama gak tu, yela...kalau tempat tu boleh buat port 'dating' aku dulu2, rasanya kerap kut aku gie sana . Sebenarnya takde dalam plan pun nak gi Muzium, tapi bila lalu kawasan tu, ramai lak manusia,tu yang nak join sama, rupanya diaorang tu semua nak tengok pameran haiwan berbisa la.....Layan gak la tengok ular2,kala, jengking dan macam2lah...yang tak bestnya tak semua yang real, ada yang dah kena sumpah jadi batu...hi..hi2, awet muda la tu . Ingatkan dulu Muzium Negara yang aku gi tu dah yang terbesar rupanya.......

- Tula tiket masuk...& event penarik...-

Tapi baru sekarang aku tau yang Muzium Terengganu ni adalah yang terbesar sekali kat Malaysia dan Asia Tenggara kut... Bangga aku dah pernah masuk, walaupun malu gak baru tau ...hii..hi2. Oooo..patut aku tak habis2 jalan2 tadi, tak sempat nak tengok pelbagai bahan sejarah yang berkaitan Negeri Terengganu khususnya, anak2 aku buat ragam lak ...time tu gak la masing2 lak minumla, laparla. Tak sempat nak snap gambar2 menarik...oppps lupa lak, kt bhg dalam diorang tak bagi ambik gambar....pulak! .Tak dapat nak tunjuk kat korang semua.....mana2 tak gi lagi, jom boleh gi Muzium yang terbasar kat Malaysia ni.

Tip Bagaimana ke sana?

( ...tidak sesuai bagi couple2, banyak tempat2 gelap kat sana..bahaya ,hi..hii2 )

Jarak dari Bandar Kuala Terengganu adalah dalam 10 km je. Paling mudah untuk ke sana hanya pergi ke Kampung Losong yang terkenal dengan keropok lekornya.

Lepas tu... kami callo, jalan jalan cari makan la pulak.....


@ Snow Ice Cafe ,KT

Share

13 Comments...TQ:

RIS-FAMILI said...[Reply to comment] @ 11/6/10, 11:20 PM

Aikk... sama la aktiviti kita hari ni. Ni dah kali ketiga pergi tapi setiap kali pegi disbbkan bawa sedara mara yg datang jauh.

ab@h_Izz said...[Reply to comment] @ 11/6/10, 11:28 PM

@RIS-FAMILI

laa..awat tak habaq, boleh tukar2 tiket,jaga pintu tu tak koyak pun keratan sebelah tiket tu, beli sekali pastu leh pas-pas...hi..hi

M a W a D D a H said...[Reply to comment] @ 11/7/10, 8:50 AM

siap ada tips untuk yang bercouple tue..hahaha

jalan2 itu bestkan...nak2 sambil makan kepok lekor...yummy...hehe

♥ Cik Puan Pinky ♥ said...[Reply to comment] @ 11/7/10, 9:43 AM

tak penah masuk muzium seumur hidup.
ngeeee

Kembara Perantau said...[Reply to comment] @ 11/7/10, 9:51 AM

salam bro jumpa kitak di bangi ya....nak tanya lah snow ice cafe dimana ya?sik pernah ku pergi....

Hairil Rizal said...[Reply to comment] @ 11/7/10, 11:30 AM

Antara tarikan menarik la kan kat K.Tganu ni?

Kalo kesana insyaAllah akan jejak kaki kat Muzium terbesar nie.

ab@h_Izz said...[Reply to comment] @ 11/7/10, 1:32 PM

@M a W a D D a H

sekadar peringatan...he..hee2
memang best kalau onkosnya lagi byk..

ab@h_Izz said...[Reply to comment] @ 11/7/10, 1:38 PM

@♥cutebabygirl♥

ohhhh rugi tu,kena pegi..sebelum muzium yg ada jadi muzium lak nnt.

ab@h_Izz said...[Reply to comment] @ 11/7/10, 1:43 PM

@Kembara Perantau

yup..check-in untuk aku sekali, baru bukak jer..kt area ronbot bt/bersurat...nyaman gak

ab@h_Izz said...[Reply to comment] @ 11/7/10, 1:46 PM

@Hairil Rizal

gitulah bro, aku pun baru nak jalan2/pusing2 kat sini..byk lagi tak gi.

PCL said...[Reply to comment] @ 11/8/10, 10:47 AM

(nasib baik tak bawak depa p zoo)...
..makan kat ice cafe sempoi nampak!!...kt sini iceroom jd la.

|| NaFiRaa || said...[Reply to comment] @ 11/8/10, 2:06 PM

seronoknye!!! lagi2 bawak budak2!! saya dulu darjah 6 baru dapat gi sana.. teringin plak nak gi lagi skali~

hentian said...[Reply to comment] @ 11/9/10, 7:28 AM

IM pergi tahun lepas dengan ibu_suri. Tak terkampoi ....

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ShoutMix chat widget