-Disebalik...Lens@ Kehidupan-

" -Pelbagai Kisah Mampu Diungkapkan.....-"

Lens@bah_izz

Minggu Yg Busy..Rumah Oh Rumah !

Published by ab@h_Izz under , on Tuesday, April 19, 2011
 -
Busy ke ? Tak der lah sangat, cuma pening2 lalat jer uruskan mcm2 hal ! Alkisah ummi_izz br jer dpt cari umah sewa tuk menempatkn perabot2 yg ade. Yelah skarang abah_izz dah x de, so ummi_izz stay ngan famili dulu. Nak tggal sorang ngan ank yg kecik2 tu takut la plak.

Bukan sng nak cari umh sewa kat area Subang Jaya ni. Mak aii nak sewa rumah flat tu je pun dh cecah RM600. Mcm x berbaloi jer..klu just nak letak brg jer! Tapi cari pnya cari akhirnya dpt lah gak umah sewa kat area Saujana Putra atas sikit dr Putra Heights. Kat ctu sewanya ok lg sbbnya jauh sket dari shopping mall dan belum ade bnyk pembangunan...

Dlm ummi_izz sibuk nk masuk umah sewa bulan depan, aku tgh duk berkira2 nak cari penyewa baru tuk umah sewa abah_izz & ummi_izz kat BBR, Klang. Nak cari yg memenuhi kriteria ! Buat masa ni ummi_izz masih sayu lagi akan kenangan kat umah BBR. Kami hanya sempat duk kat ctu setahun jagung je !

kat cnilah ummi_izz skluarga duk berehat tenangkn fikiran
Bercakap ttg umah plak, just nk kongsi info ni. Jika berlakunya kematian, harta tak alih contohnya rumah, biasanya ader MRTA iaitu insurans gadaijanji. Bermakna hutang rumah tu dah ader yg cover. So tak perlu risau. Tapi depend juga pd kes. Lets say pinjaman rumah tu dibuat atas 2 nama contoh suami isteri, so klu salah seorg meninggal, bermakna separuh dari baki hutang yang ada perlu dibayar oleh peminjam yg satu lg.

Itu br nak settle kan insurans rumah lum lg yg lain2...1st thing mestilah nak settle kn benda yg beso dulu. Ye lah rumah kan kpluan asas...lg plak harga rumah skarang ni dah macam tak reasonable langsung. Just imagine dgn RM300 ribu dlm keadaan skarang ni pun belum tentu boleh dpt rumah teres 2 tgkat kat area2 yg membangun. Lg plak klu developer nya mmg dah terkenal... Share

Nak makan kek...

Published by ab@h_Izz under , on Sunday, April 10, 2011
-
"Ummi, buatlah kek macam yang masa abah ader dulu...". Huh anak2ku dah mengidam rupanyer ! Nasib bek bukan aku yg mengidam. Rayuan ank2ku begitu 'power' tak sampai hati pulak nak menolaknya. Mungkin diorang pun prasan aku x semangat masuk ke dapur cam dulu lg. "Berilah sedikit masa pada ummi yer, wahai ank2ku..." hati kecilku berkata.

Kenangan 4 thn lps, abah_izz musti beli kek time besday ank..sajer suke2 !
Sepanjang aku menjadi full time house wife slama 8 bulan, aku manfaatkan masa lapang ku dengan blaja membuat biskut2, kek dan kuih muih. Tak attend kelas formal pun. Anganku nak tunggu ank dah beso sikit, br nk serius dlm bidang ni. Tapi jodohku pada kerjaya cikgu rupanya lebih kuat. Kalau dikenang2kan, abah_izz la yg berhajat sangat aku menceburi bidang perguruan ni sehingga dia sanggup tgk aku pergi buat KPLI selama setahun. Aku pulak sejak berkawen pntang kena berjauhan dgn abah_izz. Sanggup buat rayuan pd kolej IBMM tak nak tinggal asrama. Apatah lagi time tu aku dah ade anak sulungku. Aper klass nak duduk asing2 ni..

Time jd weekend housewife setahun lamanya, (skejap jer.. )skali lagi stiap 6 bln skali aku apply nak tuko skola. Tp x dapat. Huhu..Aku siap kata lg kat abah_izz "ke mana jer abang pindah, sayang ngan ank2 tetap nak ikut abang, kecuali ajal jer dapat memisahkan kita ". Ayat dasat time tu, abah_izz tersenyum jer.

Ya allah kenangannya bagiku...ok lah berbalik citer kek tadi, ank2 aku dah siap makan pun. Puas hati tengok dorang gembira. Kalau la ader abah_izz, pastilah dia org pertama jd tukang rasanyer. Kenangan lg !!!!

Klu ader yg sudi nak try, klik la kat cni dapur ummi_izz tuk skodeng respinya. Jumpa lagi ! Share

Anda bersedih? Dengarlah...

Published by ab@h_Izz under , on Saturday, April 09, 2011
-

La Tahzan...Jangan bersedih wahai hatiku...sememangnya kita mudah bersyukur apabila dalam keadaan senang tapi amat payah bersyukur apabila kita ditimpa musibah. Bila dengar ceramah ni, terubat hatiku...

Share

Ilmu baruku...

Published by ab@h_Izz under , on Friday, April 08, 2011
Sejak kebelakangan ini aku banyak 'study' tentang ilmu yg berkaitan dengan faraid ni...Bukan apa yang pergi takkan kembali, tapi yg hidup inilah yang perlu mengurus kehidupan ini sebaik yang mungkin. Termasuklah mendokumenkan apa-apa yang patut untuk pengurusan pusaka arwah abah_izz kepada waris2 yang berhak.

Aku seakan tak percaya yang aku perlu berdepan dengan isu pusaka ni. Nak tak nak aku perlu memulakan langkah proaktif supaya pusaka arwah suamiku dapat diwarisi dengan cara yang baik. Mudah-mudahan...

" Pusaka bukan sekadar mesti diurus, bahkan pusaka juga mesti dirancang. Kenapa kita mesti merancang pusaka? Hal ini penting kerana ia adalah perkara yang pasti. Pasti apa? Pasti mati! "
Peringatan itu perlu diambil berat bagi orang yang masih hidup cam aku ni. Kalau tidak merancang takut-takut nanti waris kita akan terlibat dengan "fitnah harta" plak. Nauzubillah!

Sekadar berkongsi ilmu, 2 instrumen utama yang perlu dilakukan sebelum mengagihkan harta si mati ialah 'membersihkan hartanya' dan mengenalpasti siapa saja yang berhak menerima warisan. Part pembersihan harta tu memang kena dilangsaikan dahulu seperti
@ biaya pengurusan mayat termasuklah menggali kubur, biaya mengusung, sewa kereta jenazah, membeli kain kafan, memandikan dan lain-lain.
@ Hutang piutang - (hutang kepada Allah dan hutang pada manusia)
     Hutang kepada Allah seperti zakat, kifarat, nazar dan haji yang belum   ditunaikan. Hutang kepada manusia seperti pembiayaan perumahan, pembiayaan peribadi, pembiayaan kenderaan, kad kredit, pinjaman pelajaran, hutang dengan individu.
@ wasiat si mati mengenai hartanya seperti yang dibolehkan oleh syara'.

Setelah diselesaikan perkara2 di atas barulah harta si mati yang masih ada diagihkan kepada para ahli warisnya yang berhak. Ya Allah permudahkanlah urusanku...Aku baru jer dalam proses mengenalpasti status hutang-hutang yang ada. Begitu banyak lagi prosedur yang perlu aku lalui selepas ini...Semoga semua proses berjalan dengan lancar dan mudah sehinggalah lebihan harta peninggalan arwah abah_izz itu nanti tetap mendatangkan pahala baginya w'pun abah_izz telah berada di alam barzakh sampaila arwah selamat dari seksa api neraka. Amin !

p/s : sikit atau banyaknya harta bukan persoalan pokok yang penting bagaimana kita nak memanfaat harta ketika hidup dan apa pula yg patut dibuat ke atas harta tersebut apabila seseorang itu sudah mati ! Share

Normalkah aku rasa begini ?

Published by ab@h_Izz under , on Thursday, April 07, 2011
Saat ini,inilah yang aku rasakan...Ya Allah tabah dan cekalkanlah hatiku dalam menahan rindu ini. Hanya rindu padaMu sahaja yang kekal abadi.


Share

Celoteh Anakku

Published by ab@h_Izz under , on Tuesday, April 05, 2011
Sembang2 ngan anakku yang berusia 4 tahun,Ainin Sofiya.Kepetahannya bercakap seringkali membuatku terhibur...


Situasi 1 :(perbualan seharian kami bila time nak tido )


Ainin : Ummi...ainin nak abah...
Ummi : Abah kan dah mati...
Ainin : Oohh abah dah yang kena tanam kat pasir tu ye...
Ummi : emmm (sayu )
Ainin : ainin nak abah...(dgn nada merengek n tak puas ati)
Ummi : nantila bila ainin dah besar cam mak cu n mak wa, abah datang..nnti cuti kita gi kubur ye, tgk abah.


Situasi 2 : (bila dah beberapa minggu...)
Ainin : ainin nak abah...
Ummi : abah kan dah x de...
Ainin : tapi mase dulu ader jer...
Ummi : tu dulu, ni skarang. Ainin ingat x yg abah sakit kt hspital tu...nnti kita gi kubur lg ye.
Ainin : ala gi kubur pun, x dapat jumpa ngan abah pun..


Sayu n aku terkedu. Aku pujuk anakku2 ini dgn memberikan setiap org ankku ini dgn sehelai baju yg sringkali arwah pakai utk mengubat rindu. Setakat ini caraku tadi dpt merawat sikit emosi "kehilangan" yg dialami oleh mereka.




Ramai yg kata muka si Ainin banyk ikut arwah abahnya especially part matanya. Tapi tulah yg si ainin ni mmg byk cakap tp si arwah ni jenis pendiam...Ainin2x... Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ShoutMix chat widget