-Disebalik...Lens@ Kehidupan-

" -Pelbagai Kisah Mampu Diungkapkan.....-"

Lens@bah_izz

Malam-Malam Cari Makan...

Published by ab@h_Izz under , , on Sunday, December 26, 2010
.
Malam ni ada bola..Malaysia lwn Indon. Pastinya ramai yang gie Bukit Jalil, aku jer yang tak berkesempatan walaupun tiket dah dibeli.Tak pun malam ni ramai yang melekat kat TV untuk sama-sama sokong team Malaysia. Aku dah bagitau kat ummizz dan anak-anak, malam ni tak leh kacau, tak leh gi jalan-jalan nanti terlepas. Ha..ha2.

@ Gerai Warna Kuning , Pantai Kelulut, Mara

Memandangkan malam ni tak boleh nak keluar mana-mana.Tu yang kami ambik kesempatan untuk bersama family keluar cari makan malam semalam. Dan sudah tentunya kalau nak makan seafood kat tempat aku ni, aku lebih suka pergi kat gerai @Pantai Kelulut,Marang berbanding kat area Pantai Batu Buruk@KT. Lagipun kat sini lagi sedap kut, kalau duduk kat ngan pantai lagi best, sejuk berangin bersama deruan ombak......dan lagi satu murah lagi la compare aku makan kat sana.
...Kami makan yang kunyah2 jer (ringan kut..hi..hi2) Jom layan gambar kasi lapar..

Makan ABC, anak2 aku memang suka...Istimewanya : lambat sikit habis kalau order ni..ha..haa2, Keburukannya : kalau tak pandai makan memang comot, cam anak2 aku yang nak makan sendiri.

Kerang Bakar : Anak-anak aku memang tak suka, busuk katanya. Sedap memang sedap tapi susah nak makan,tu yang sampai guna dua-dua belah tangan....

Haaa..ni baru betul Sotong Goreng Tepung, ada setengah tempat tepung jer lebih...cam cekodok sotong. Kat sini sotong dia besar-besar ...

Alhamdulillah Misi Berjaya.....sure akan gie lagi sini untuk menu yang seterusnya.Ni pun dah tak larat nak habiskan.......habisssss
Share

5 Comments...TQ:

Anisa said...[Reply to comment] @ 12/26/10, 7:39 PM

kerang sedap
hee

Unknown said...[Reply to comment] @ 12/26/10, 8:02 PM

Sedap tgk kerang bakar...

ab@h_Izz said...[Reply to comment] @ 12/26/10, 10:50 PM

@ Anisa HT
@ Shaeila Malek
@ Sweetsyaza

..peminat kerang nampaknya,..baik untuk tambah darah..ha.ha

puas aku makan & lebih puas aku tengok malaysia main malam ni...hebatmu

Puteri Katek said...[Reply to comment] @ 12/26/10, 11:28 PM

wah!!!! sedapnya!!!!!......nak!!!!!!!!

JR said...[Reply to comment] @ 12/26/10, 11:49 PM

Saya tak suka kerang sejak kecil. Bagaimana nak buat bagi saya suka?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ShoutMix chat widget